Rabu, 30 Disember 2009

cinta, hanyalah cinta

baru2 nih cinta hatiku dapat tawaran


tapi sekarang nih dia tengah menelaah di matrikulasi tangkak, johor.
semalam dia tanya aku, mana patut dia pilih
kalau pilih tawaran atas ni, dia kena tinggalkan matrik yang dia dah pun belajar hampir setahun, bulan 4 nih dah habis
tapi kalau pilih tawaran atas nih, kalau dia boleh skor 3.0 keatas, boleh lompat terus ke degree.

kalau tengok atas tu tarikh dah pun lepas, tapi pihak dari sana ada telefon dia,
dia cakap kalau masuk lambat pun boleh..

aku pun tak tahu mane patut dia pilih,
aku suruh dia fokus exam di matrik isnin ni dulu,
penasihat dia suruh buat solat istiharah (tak tau eja)
bagusla kalau dia buat..

kalau dia pilih tawaran atas nih,
punah harapan aku nak sambung degree di UPM sama2 dengan dia.
bertambah lagi jarak diantara kita,
9 bulan aku dah berjauhan dengan dia,
dia duduk di Terengganu,
sekarang ni di matrik tangkak,
aku duduk di nilai,
sekarang ni belajar di Maluri, Cheras..
nak jumpa sebulan sekali pun susah
bila dia cakap Perak,
macam nak terberak aku dengar..

"tak apalah cin,
apa pun adanya,
i selalu sokong apa kehendak u,
u buat yang terbaik ok.."

berita baik,
aku dengan hero hubungan kami dah kekal selama lebih 9 bulan,
ini pertama kali hubungan aku kekal lama macam nih
harap2 lebih lama lagi=)

Sabtu, 26 Disember 2009

tak apa, aku kan kuat...

tangis semalam
luka yang tak pernah bersemuka
ya aku cukup kuat
cukup kuat untuk diam berlagak kuat
bodohnya..

semalam pahlawan telefon setelah sekian lama kami tak borak panjang macam tu,
cukup untuk aku senyum sebentar,
tak lama lepas tu,
pintu diketuk,
bak di depan pintu,
dengan muka bengis,
marahkan aku tidur lambat,
bergegar lutut,
tunduk kebawah takut sangat..

semalam jugak yull ada cakap sesuatu yang agak menghampakan aku,
terlalu sulit untuk aku bicarakan disini..

abang aku buat hal lagi,
amma menangis lagi,
aku pun peluk dia,
menangis bersama..

lelaki......
oh lelaki..

bak lelaki,
abang pun lelaki...

hero lelaki..
bekas kekasih pun lelaki..

ingin sahaja aku benci kaum adam ini
tapi apalah hawa ini tanpa mereka..

berita baik,
aku sudah berjaya berhenti rokok
susah jugak

nafsu makan susah nak kawal
macam babi kelaparan aku telan
bila jatuh sekali sekala,
yang ada cuma wringley's double mint chewing gum..

tak apa,
aku kan kuat...

berita baik la,
keputusan exam dah pun keluar,
macam sem yang lepas,
aku pas dengan semua a,
pointer 4.00,
alhamdullilah,
amma cukup bangga ada anak punya aku..

aku sms bak,
cuba khabarkan berita baik ini,
tapi dia cuma balas
"salam, tahniah.jangan nak lupa diri. fokuskan pada matlamat"

tak apa,
aku kan kuat..

Rabu, 16 Disember 2009

protect your explanation

Here u are telling lies playing games
Innocents look like I’m the one to blame

Trying so hard to win the game

You are so closed to me and u were nearly died

Here u are down on your knees again
Deadly pale angry face

I love to see the way your heart breaks

Make me smile and say goodbye

You try your hardest to protect your explanation
Until now they had come,

A question

Selasa, 15 Disember 2009

what by gone let by gone

kadang2 words tuh agak bagus untuk digunakan,
tapi bagi aku what by gone should be take as a lesson,
it can reminds us not to repeat the same mistakes,
but please, no regrets,
just lessons learn.

bagi aku benda yang paling bodoh kalau dibuat dalam hidup ni adalah regret
kita sendiri yang buat benda tu,
dah tu pandai2 lah tanggung
nak menyesal tak kemana kan?
anggapla semua kekesalan tu sebagai satu perkara yang positif untuk kita terus melangkah ke hari seterusnya.

kalau nak dikata pasal kisah silam,
semua orang punya kisah hitam masing2 yang sakit untuk diterima,
tapi takkan pasal kesalahan yang dibuat pada satu masa dahulu,
nak musnahkan semua langkah yang seterusnya,
jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

aku punya kisah silam yang hitam,
bukan setakat hitam tapi berkerak macam bontot kuali,
pada mulanya aku sumpah seranah mereka2 yang dah banyak habiskan masa aku,
duit aku,
tapi bila dipikirkan balik,
aku patut bersyukur dengan dugaan yang dikurniakan tu,
sebab itu merupakan pelajaran yang terbaik dalam hidup.
cuba bayangkan, hidup tanpa cabaran dan dugaan,
bahagia je tiap2 hari,
kita tak akan ada memori untuk diingat,
kita tak akan ada pelajaran untuk dipelajari,
kita tak akan kenal erti kesusahan,
dan jika tiba2 dugaan datang bertepek2,
kita akan jadi orang yang paling lemah.
just go forwards=)

entri kali ini khas untuk hero yang selama ni banyak mendorong aku ke jalan yang lebih baik
thank you for teaching me what life really means
untuk kawan yang baru frust menonggeng dengan hubungan dia. jangan nangis lagi k

Khamis, 10 Disember 2009

hump..haish..arh..ntahla..grr..huh

mak cik punya wifi yang kurang pemurah
sejak dua menjak nih, aku dah jarang online sebab sebelum nih aku just curi line orang dan berwifi free.tapi sekarang ni dia dah letak password...hump..but it doesnt stop me to write=)

cuti sem
pejam celik mata, hujung bulan ni aku dah pun jadi senior. sem 4 dah aku. birthday baru lepas, 19 tahun dan aku tapi perangai masih budak-budak lagi.
sejak dua menjak ni, aku dijangkiti satu virus yang sangat digeruni...

hantu shopping..
duit banyak habis ke shopping, kalu duit tak da, window shooping pon jadilah..haish...nak jadi apa la nih

balik rumah..
cuti sebulan, so balik la rumaha famili di nilai, cuaca sini panas tak macam kl.
sesak2 pon, tak ada la terik macam kat sini
dah biasa tido dalam aircond kat rumah sewa, bila balik rumah sendiri dah macam cacing kepanasan..arh..terbakar je rasa

attitude problem
bak dan mak cakap, aku ada attitude problem.
aku pon tak paham celah mana yang aku salah
aku selalu bangun lewat, tapi kerja rumah, sapu, mop, sidai baju, lipat baju semua aku setel
dorang cakap aku malas..ntahlah tang mana
kadang2 rasa macam dalam tadika lagi pon ada
keluar lepak minum ngan membe pon tak lepas kadang2 tu..ntahla..apa yang kurang lagi

fulus talk
biasiswa dapat rm630 sebulan
tapi..
sewa rumah rm 110
yuran start sem nih rm500
alat tulis, kertas2, buku2 rm200+/-
bajet makan untuk sebulan rm350
top-up rm 60+/-
bil api air rm60+/-
brape dah ek?
grr...

hero ku..
last skali kita orang jumpa 22 november, bila dikira belum pon genap sebulan tak jumpa, tapi rindu yang amat
jauhnya kita nih
sorang di tangkak, sorang di kl
semua cakap kitaorang tak adalah jauh sangat
tapi bila masing2 dah tak ada transport
jauh 100m pon dah rasa perit
baru2 nih dia apply untuk outing, kami plan mau tengok twilight sama2, tapi tak dapat
dijangkakan, bulan 1 baru kita orang dapat jumpa..
harap2 dia baik2 aja disana..
huh..

Khamis, 26 November 2009

it is not that simple....

bermula pada bulan puasa yang lalu, mungkin semua pengikut blog tahu yang aku dah mula pakai tudung.
ya saya happy dengan perubahan ini dan ramai juga memberi respons yang baik.
setelah hampir 4bulan membawa imej bertudung ini, aku mula sedar bahawa sebenarnya gadis bertudung selalunya jadi bahan utama untuk orang umpatkan kerana imej yang dibawa ini sangat besar tanggungjawabnya,

cari gaduh
beberapa minggu yang lalu, aku dan gadis2 ku hang out di bb.lihat wang di saku tak sampai rm10, menuju ke atm.
oh, lemah sekali, beratur seperti beluncas. ah, tunggu sajalah sambil ditemani gadisku. sambil menunggu sumbat telinga dengan headphone, sambil berboorak dengan gadis.
setelah hampir 15 minit beratur aku mengeluh "apalah yang lambat sangat nih" pada gadisku...
beberapa saat lepas itu aku lihat kakak di barisan hadapan aku kena marah dengan kakak yang sedang temankan kawannya keluarkan duit. aku buat2 tak dengar dan sememangnya tak dengar apa yang digaduhkan sebab telinga sudah disumbat headphone.
tiba2 kakak di barisan hadapan tunjuk2 aku, aku terpinga2.
setelah kawannya selesai keluarkan duit, kakak yang marah2 tadi pandang aku dengan mata nak terkeluar dan tepekkan "pakai je tudung, mulut tak reti nak jaga. dah la pakai tudung, mulut kurang ajar!"
aku terpinga, apa salah aku? adakah dia terasa dengan keluhan aku pada gadisku yang tak ada niat langsung dengan kakak kerek yang umur linkungan 30-an berskirt pendek, mekup tebal seinci tu..
cuma yang aku boleh cakap, perlukah dia bertindak sekejam itu dan sedrastik itu...perasan..perasan...memalukan diri sendiri..

nampak tengkuk
aku teringin mencuba menggayakan tudung gaya ala2 rasta yang lilit2 kepala dengan selendang jaring2 ala2 wanita negro selalu pakai.
aku pernah pakai begitu dua kali, kawan2 cakap cantik dan kena dengan gaya aku yang agak kasar.
tapi.....
beberapa hari yang lepas, aku berjumpa dengan hero. aku cuba pakai macam tu lagi, respons yang sangat negatif aku dapat sebab dia cakap nak tengkuk dan leher....
tolonglah bagi aku masa untuk berubah sedikit demi sedikit...semua orang tak bolehlah harapkan yang aku boleh berubah semuanya dalam sekelip mata..plz

depan rumah
semalam aku lepak di depan rumah dengan kawan, dia lelaki. aku macam malas nak pakai tudung sebab hanya di depan rumah. ye saya tahu itu aurat, tapi hanya sebentar sahaja aku keluar rumah.
masuk sahaja ke rumah ayah tepek "pakai tudung, tapi jumpa jantan dengan rambut macam nih depan rumah" ya, rambut aku agak rock, tapi plz bagi time untuk aku berubah sedikit demi sedikit...plz

pulang lewat
sudah menjadi tabiat remaja bagi peringkat aku, waktu aktif bersosial 8-3 pagi. ya aku akui tak elok untuk anak gadis keluar pada masa2 tersebut. bukan aku buat selalu, kadang2 aja bila sudah lama tak lepak dengan membe.
sebelum2 ini ayah cam relax je aku pulang lewat. tapi semenjak aku bertudung, sifatnya berubah. asal pulang lewat jeling tajam nak mampos dan tepek "pakai je tudung, tapi macam ni"...salah ke aku tetap menjadi ana yang sama cuma yang ubahnya adalah imej...bagilah aku time, plz...

merokok
ini dugaan terbesar, aku perempuan bertudung yang merokok. tanggapan orang sangat2 buruk bagi golongan seperti aku ini.
tapi aku lontarkan jauh2 pendapat orang semua, bagi aku untuk ape menjadi hipokrit semata2 mahu menutup pekung didada dan tunjukkan diri aku ini malaikat sangat.

so people, fuck off man..u have ur own life to live so pissed off plz

Jumaat, 2 Oktober 2009

lost...

ya allah ya tuhanku,
mengapa engkau kurniakan kebahagian,
tetapi pada hujung cerita begini jadinya?

jika inilah dugaanmu ya allah,
kuatkanlah semangatku,
agar aku bisa tersenyum dengan seikhlas hati,
menanggung bebanmu dengan tabah,
agar aku bisa menjadi umat yang dikasihi..

sahabat........

Selasa, 29 September 2009

easy cook..

ada satu hari aku masak untuk hero. hanyalah magie dan lauk paprik campur satu tapaware besar. semuanya habis licin dimakan..

semalam, ketika hero sedang bosan makan di matrik, dia sms
"cin..i nk mkn u msk lg..meggi hrtue sdp owh.."
"next time i nk mam lg paprik lg bleh cin?sdp owh.."
"sdap kot..ade ayam lgla..pergh..um.."
"kalu syr byk sdp tue..u plak yg suap..mis dat moment.."
p/s: aku tak makan sayur, mungkin sebab tu aku letak sikit je kot sayur

"i sangap gle td nk mam meggi..sbb tringat u msk..then td mmbr i dtg i tnye die ade maggi ke x..skali die bg magie hot cup tom yam..gle best cin.."
"siyes syg u cin..n i love ur cook hny.."

cukup dengan semua nih mampu buat aku tersenyum lebar untuk satu hari tanpa perlu pikir masalah2 BODOH tu, dia buat aku lupa semua benda tu.

disini aku ingin kongsi rahsia aku buat magie dan paprik yang hero suka sangat tuh=)

resepi 1
khas untuk student2 yang selalu makan magie, ini cara saya

boleh guna magie kari atau tom yam, tapi aku lebih prefer magi tom yam sebab lebih pedas, tapi kari pon ok
bahan2 yang diperlukan
1.sos titam
2.sos cili
3.kicap
4.lada hitam

cara2 nya
1. guna periuk macam biasa dan masukkan kuantiti air seperti biasa juga
2.racik dalam 3biji bawang putih, kemudian campak sahaja kedalam
3.masukkan 1sudu setengah sos tiram, 2sudu sos cili, 1sudu kicap dan sedikit lada hitam.
4.masukkan perencah magie, dan gaul hingga sebati.
6.masukkan mee magie
7.apabila mee magie hampir lembut, masukkan sebiji telur.
8.sedia untuk dihidangkan
p/s: kalau inginkan rasa yang lebih kick, masukkan 2 helai daun limau

resepi 2
khas untuk aracy, sebab dia ada suruh aku ajar macam mana nak buat ini setelah dia pun jatuh hati dengan lauk paprik aku..hehe

sukatan : 5 orang makan

bahan2 yang diperlukan
  1. bawang besar 4biji, 2biji dikisar, 2biji potong hiris2
  2. bawang putih lima ulas siap dikisar
  3. cili kering / cili boh
  4. serai 3 batang
  5. daun limau 4helai
  6. sos cili
  7. sos tomato
  8. kicap pekat
  9. kacang panjang
  10. baby carrot
  11. baby corn
  12. bunga kobis
  13. ayam bahagian isi- 3 ketul, potong kecil2
  14. udang dalam 15 ekor
  15. sotong 4ekor
  16. cili padi 5batang
cara2 nya
  1. masukkan minyak
  2. setelah minyak masak panas, masukkan bawang yang telah dihiris
  3. masukkan bawang besar dan putih yang telah dikisar
  4. masukkan 4sudu cili boh - ikut cara masing2, kalau mahu lebih pedas, tambahkan lebih cili
  5. masukkan serai yang telah diracik,
  6. masukkan daun limau yang telah diramas
  7. masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa
  8. setelah naik bau, masukkan ayam, sotong dan udang
  9. tambah kan 1cawan setengah air mutlak
  10. tunggu sehingga ayam empuk
  11. masukkan sos cili 3sudu, sos tomato 3sudu, kicap pekat 1 sudu, gula secukup rasa
  12. masukkan cili padi yang telah diracik
p/s:jangan masukkan terlampau banyak gula bagi mengelakkan anda dicop orang kelantan

13. masukkan semua sayur-sayuran, elakkan masak terlampau lama bagi mengelakkan carrot menjadi lembik
14. sedia untuk dihidangkan

selamat mencuba=)

Isnin, 28 September 2009

penang

Hard Rock Hotel Penang


ouh..focus pada baju, dan pose..terlebih sudah


Bukit Bendera


Tempat ini ajalah yang aku sempat lawat disebabkan beberapa masalah yang tak dapat diatasi. Aku ada juga pergi ke Padang Kota, Pasembur disana terbaik..
Secara keseluruhan. Penang memang best, shopping jeruk2 buah di Komtar memang sangat2 best disana. tapi kalau mahu shopping pakaian better think twice, Petaling Straits dan Downtown lagi berbaloi=)

bukan ke.....?

baru2 ini aku telah diputar alam oleh satu jenis makhluk yang sangat2 menakutkan,
sekejap dia bilang begini,
esoknya dia bilang begini pula.

entahla, katanya telah berubah,
sama sahaja aku tengok kelibatnya,
cuba berlagak yang teratas,
tapi realitinya?wallahhualam.

lagi satu jenis pula,
di depan kata2nya yang baik aja,
dibelakang pula..hump..sakit juga mahu mendengarnya

yang aku perlukan sekarang,
kepercayaan..
kepercayaan..
kepercayaan..

Rabu, 16 September 2009

potret kehampaan

luka yang dalam ini,
haruskah aku khabarkan kepada seluruh isi alam?
sesalan dan singgungan di atas kata-katanya,
haruskah aku potretkan lalu digantung pada setiap sudut pandangan?
mengertikah mereka apa yang aku jeritkan?
fahamkah mereka jika itu yang aku gambarkan?
seksa yang saban hari mengepung emosi,
sedanut aku bergelut memupuk benih-benih harapan,
lalu dibunuh impian itu tanpa alasan,
dimana lagi aku harus mencari keredhaan,
kerana kesilapan hari ini menghancurkan seluruh kisah silam

Jumaat, 28 Ogos 2009

aku, hijab dan reaksi hangit

hari pertama jumpa hero dengan hijab,
diam, terpaku, tak berhenti tersenyum, pandang tak lepas.

hari pertama pulang ke rumah dengan hijab,
Reaksi Emak "Ana? Mak ingat arab mane sesat tadi..alhamdullilah termakbul jugak mak dok doa selam nih"
Reaksi Kakak2 ku *bernyanyi* "Alhamdulillah Syukur nikmat....bla...bla.."

hari pertama ke kolej dengan hijab,
Reaksi pertama "Ana!!!Ana ke ni?!"
Reaksi kedua "Ya habibi, ya maulana, ana sangat cantik lah, alhamdulillah"
Reaksi Kedua "Omg! Ingatkan minah arab mane tadi"

reaksi hangit yang tak boleh blah
"Yuna! Nak sain! (nyanyi) oh bulan...bla..bla.."
memang aku sangat2 hangin kalau orang cop aku Yuna bila terang2 pada hari tersebut aku pakai t-shirt Suicide Silence. Aku tak punya masalah dengan Yuna, cuma aku tak suka disamakan begitu.




reaksi yang sangat aku banggakan



Semalam aku pergi ke Downtown. Bukan cuba hendak berkata besar, tapi sebelum2 ini kalau pergi ke tempat2 begini mesti aku kena ngorat, sweet dan kena usha dengan lelaki. tapi kali ini berbeza, tak ada yang mahu mengorat, tak ada yang mahu menggatal.

baru sekarang aku dapat rasakan ketenangan berhijab, sangat2 indah.
tak perlu bangun awal pagi untuk dandan rambut,
tak perlu nak pikirkan nak potong rambut stail apa2 lagi,
tak ada orang ngorat merupakan perkara terbaik,
kurang dapat perhatian, tenang rasa bila tak ada orang pandang, tak perlu nak kaver2 rambut,
tak ada lagi bad hair day..

Rabu, 26 Ogos 2009

goodbye my almost lover

baru-baru ini aku ada baca blog sinner,
perubahan besar dia telah lakukan,
alhamdullilah,
kata-kata yang aku lontarkan sedikit sebanyak mampu mengubah keras hati dia,

dia telah pulang ke pangkal jalan,
dia telah pulang kepada keluarganya..

perkara paling gembira bagi aku untuk hari ini, minggu ini..
alhamdullilah

lagu ini untuk sinner
a fine frenzy- almost lover

Your fingertips across my skin
The palm trees swaying in the wind
Images
You sang me Spanish lullabies
The sweetest sadness in your eyes
Clever trick

Well, I never want to see you unhappy
I thought you'd want the same for me

[Chorus]
Goodbye, my almost lover
Goodbye, my hopeless dream
I'm trying not to think about you
Can't you just let me be?
So long, my luckless romance
My back is turned on you
Should've known you'd bring me heartache
Almost lovers always do

We walked along a crowded street
You took my hand and danced with me
Images
And when you left, you kissed my lips
You told me you would never, never forget
These images

No

Well, I'd never want to see you unhappy
I thought you'd want the same for me

I cannot go to the ocean
I cannot drive the streets at night
I cannot wake up in the morning
Without you on my mind
So you're gone and I'm haunted
And I bet you are just fine

Did I make it that
Easy to walk right in and out
Of my life?

Isnin, 24 Ogos 2009

reality is beautiful in him

setelah lebih 2 bulan aku berjauhan dengan hero disebabkan jarak yang memisahkan kami, pada jumaat yang lalu akhirnya berjumpa juga bertentangan mata dua insan yang sedang bercinta ini.

seperti yang dirancang, aku berjumpa dengan dia di times square. dari jauh lagi aku nampak dia,si tinggi lampai berbaju hitam kegemaran dia "astro boy". ah....leganya rasa hati setelah lama berjauhan.

tetapi kali ini berbeza, dia tidak peluk aku tanda rindu, tidak kucup aku tanda sayang...tapi dia cuma terpaku melihat aku dengan senyuman hingga ketelinga, katanya "u cantik macam nih, u nampak lain"

ini kerana aku melakukan perubahan yang paling besar dalam hidup aku

bertudung

ya aku sudah bertudung, sekeras-keras seketul hati ini, akhirnya lembut juga...alhamdulillah.. di atas segala dugaan aku tempuhi selama ini, aku rasa inilah cara yang paling bagus untuk menghargaiNya, menghormatiNya, menghambakan diri terhadapNya.

aku mahu pakai tudung, mahu berubah, tapi aku tidak punya baju dan tudung yang sesuai untuk dipakai.

terima kasih rakan sebilik aku yang senget sebab bagi aku pinjam baju dan tudung=)

berbalik cerita tentang hero, aku bawa dia pulang ke nilai, kenalkan dia kepada keluarga buat pertama kali.

semua gembira aku berubah,
semua gembira hero punya attitude,
semua gembira...

soalan yang mak aku tanya pada hero
"pernah khatam Quran berapa kali"
aku pun pelik juga tiba-tiba mak tanya macam tu, aku yang turut ada ditempat kejadian tergelak besar bila dengar jawapan hero
"tak pernah khatam, duduk asrama tak pernah nak sempat berguru, tapi saya boleh mengaji"

soalan triky lagi 1,
"umur kamu berapa"
"setahun lagi muda dari ana, 18 tahun"
mak terkejut, keluarga tertawa..

tiba waktu berbuka puasa pertama kali bersama keluarga dan hero
mak, "bujang, baca doa ok"

alhamdullilah, semua ujian dia lepas, tak ada komen yang buruk tentang dia, tak ada rungutan atau apa-apa dari dia.

semalam, hero sudah mahu pulang ke matrikulasi tangkak, johor

aku, aracy dan arianto hantar dia kesana dengan menaiki kereta myvi emak arianto, bajet kami rm70.

kami bertolak dalam pukul 1230 pm. pada mulanya kami cuma ingin menghantar dan pulang semula ke kl. tapi kami seperti biasa, sentiasa berubah plan pada akhirnya.

plan kami,
singgah seremban buat bisnes di rumah mak cik aracy,
singgah melaka untuk berbuka bersama,
ke tangkak hantar hero,
pulang kl sambung bisnes.

tiba sahaja ke seremban, rezeki murah, barang dapat dijual.
tiba sahaja ke melaka, kami buntu tak tahu mahu buat apa di tempat orang ini untuk menunggu hingga berbuka..
tengok wayang, cerita setem, sangat best!
berbuka di mcd,
tangkap gambar ini

saat sedih bermula lagi,
aku terpaksa meninggalkan dia di tangkak...
entah bila lagi mahu berjumpa...

Khamis, 20 Ogos 2009

when love and death embrace

he is teaching me,
what love realy means

Banner kali ini tersirat dengan 1000 erti,

When love and death embrace-him
Lagu yang ditujukan oleh sinner pada aku,

Dia tidak bersalah, Cuma mangsa keadaan aku,
mangsa untuk aku mengadu masalah,
mangsa manjaan aku.

Walaupun hanya sempat berkongsi detik selama 10 hari, dia telah tinggalkan kesan yang amat dalam..

Selama 10 hari aku lemas dalam cinta sinner,
10 hari aku tutup mata untuk memandang hero,
10 hari aku harap tak pernah terjadi agar tidak menyakitkan hati kedua-duanya.

Apa yang aku impikan selama ini ada pada dia, telah aku lakukan bersama dia,
dance with the music
chow-tot bersama
Thx for the memory sinner,

Untuk hero, “I minta maaf cin, I sesat selama 10 hari”.

ya atau tidak..

Pernah tak kalian rasa seperti hendak melepasi garisan batasan tu, tapi takut dianggap derhaka?

Pernah tak kalian terasa seperti mahu berlari meninggalkan dunia, tapi realitinya, tidak mungkin?

Pernah tak kalian ingin cuba melakukan sesuatu yang terbaik, semua usaha dah dicuba, tapi akhirnya tersungkur juga?

Pernah tak kalian rasa seperti hendak menjerit, tapi takut orang cakap “gila apa budak ni?”.

Pernah tak kalian merasa kehampaan dunia, dan pada masa itu tiada orang mahu bagi pinjam bahu?

Pernah tak kalian berfikir terlalu ke dasar sehingga pada satu tahap itu terasa seperti kepala dipijak seperti anjing bangsat?

Pernah tak? Adakah kita sama?

Selasa, 18 Ogos 2009

fallen angel

lokasi : dirahsiakan
jurufoto : keyon, apis, dom, biskuat, kamil
jurusolek : awin










penggambaran diadakan seawal 8 pagi, dimulakan dengan solekan dari awin. ini merupakan pertama kali bagi aku disolek setebal ini, dipakaikan rambut palsu, dan cukur kening. agak cuak pada mula2 disolekkan, takot kening kesayangan hilang...tapi alhamdulillah, solekan mengancam dari awin buatkan aku nampak seram dan aku sendiri tak percaya gambar semua ini adalah gambar aku.

dom mula tunjuk ajar, posisi macam mana aku perlu buat...pada mulanya aku berasa agak kekok, aksi pertama seperti ingin menjerit...damn, bahagian itu sangat sukar..yang kedua seperti ingin terbang.....dan lain2 lagi biasa2 seperti gambar d iatas..

pada gambar ketiga agak sukar kerana aku terpaksa panjat pada tingkap tinggi...aku panjat tanpa bantuan sesiapa..

secara keseluruhannya, pergambaran kali ini berjalan agak lancar..terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada keyon sebab sudi invite aku=)

Khamis, 23 Julai 2009

tentang seseorang yang sangat istimewa

istimewa di sini bukan bermaksud yang tercinta,
istimewa di sini bukan bermaksud yang teristimewa,
istimewa di sini bermaksud dia memang "istimewa".

Aku tidak mahu meletakkan nama sebenar di sini bagi mengelakkan sebarang tragedi berdarah berlaku diantara aku dan dia yang istimewa ini. Aku cuma letakkan nama dia S.

S untuk Serumah
S ni merupakan pelajar satu kolej aku yang juga duduk serumah dengan aku. Dia merupakan kawan baru aku. Pertama kali aku tengok dia, "muka dia mirip gf membe la pulak". Ah, tak ada apa2 yang pelik.

S untuk Sopan
Apa yang aku notis tentang S nih dia seorang yang sangat2 dan teramatlah sopan santun, duduk bersimpuh, gelak bertapis, cakap hanya apa yang penting. Ya, memang dia sangat bersopan santun. Aku mula berkata dalam hati "mungkin perempuan sopan macam nih Hero suka, sopan dan lembut je". Hero pernah cakap yang dia suka wanita2 yang sopan macam nih memang sangat jauh beza dengan aku.ha?

S untuk Senyap
Bayangkan, hanya selepas dia hilang baju dia, baru aku dapat dengar suara dia. Dia menggunakan tona suara yang amat rendah untuk bercakap dan aku tak pernah berborak dengan dia sepertimana manusia normal berborak.ha?

S untuk Solehah
Si S ini sangat patuh pada agama, solat 5 waktu sehari semalam, puasa hampir setiap hari. Bagus budak ni, sejuk hati aku tengok. Hari demi hari, masa berlalu. Aku mula notis sesuatu yang pelik, dia puasa tapi kenapa dia minum? Dia solat qado' Subuh, tapi boleh ke pada pukul 8pagi? Bab itu aku tidak begitu arif kerana aku sendiri bukan betul orangnya.ha?

S untuk Sekelip mata
Secara sekelip mata S berubah, 1rumah aku perasan perubahannya semenjak balik dari Kem MPP. Dia yang pada mulanya takut nak bertegur dengan budak2 bilik aku, manakan pula takut nak jejakkan kaki ke bilik aku, tiba2 lepak dalam bilik aku. Mungkin sebelum nih dia takut nak lepak sebab kiteorang muka jahat dan garang grr...arr..ar.. kot dan dia tak ada keyakinan diri nak tegur. Mungkin dekat kem dia dah belajar cara untuk meningkatkan keyakinan diri kot.ha?

S untuk Suka hati dia jer!
Paling mengejutkan apabila, bukan hanya lepak dalam bilik kami, ketika kawan aku sedang asyik bergayut dengan marka dia, tiba2 S boleh rampas hp kawan aku dan berborak dengan marka kawan aku "kalau saya ada depan mata awak apa awak nak buat sekarang?".OTK, apa sudah jadi? Dia suka pandang orang dan senyum sorang2, siap tongkat dagu tengok kami. Adakah budak2 bilik aku ini superstar sehingga dia mahu berkelakuan begitu?

Kawan aku tengah on9 dan berkenalan dengan kenalan baru di Tagged, kenalan baru tuh tanya "asal mana?". Tiba2 S suruh balas "tanya la dia bila mau jumpa".ha?

S untuk Selamber Badak
Tentang perubahan dia menjadi isu utama budak2 rumah aku, kawan aku dari bilik belakang cakap memang dia tu bermasalah, tak mahu kongsi duit beli makanan, tapi bila sudah masak, Selamber badak dia makan. Coklat kawan aku yang masih belum bukak, selamber badak dia makan.ha?

S untuk Selow
Kebelakangan ni, S selalu sangat tidur lewat, tak tau apa masalah dia, tapi dia sudah mula tido lewat. Kawan2 lain yang tidur awal tekanan dengan dia sebab bukak lampu sampai mengganggu orang nak tidur. Kalau bangun pagi, alarm dia snoze bunyi tak hengat punya kuat macam mahu kejut semua orang dalam rumah. Dah berkali2 kami sound, dengan cara lembut mahupun kasar,bila sudah dimarah, dia cuma pandang dan senyum tersipu2. ha?

S untuk Sendirian
Disebabkan S terlalu pelik dan diam, dia selalu bersendirian. Bukan bermaksud nak tinggalkan dia bersendirian, tapi memang kami tak mampu nak lakukan apa2 bila dapat tau yang dia ini betol2 tak betol sikit, senyum sorang2, termenung sorang2....Istimewa bukan?ha?

Jumaat, 19 Jun 2009

semalam aku dinobatkan sebagai anak derhaka

bukan aku ingin megah dengan tajuk aku, bukan aku ingin bikin gempak sahaja sama tajuk, ini diatas kejadian yang benar berlaku semalam.

Setelah hampir 2minggu aku tidak pulang ke rumah keluarga di Nilai, aku pulang juga kelmarin sekitar jam 6.00 petang aku bertolak dari rumah Pahlawan. dari rumah pahlawan dia hantar aku ke lrt maluri, aku manaiki lrt turun ke bandar tasik selatan, kemudian tukar ktm dan turun ke nilai.

sampai sahaja di ktm nilai, aku telifon emak di rumah suruh sesiapa yang boleh ambil aku di sini, tapi reaksi hampeh, masing-masing macam nak tak nak. akhirnya aku tumpang bas nilai kolej yang lalu kawasan perumahan aku.

pulang sahaja kerumah aku terus naik ke atas untuk mendapatkan mak, muka dia tak berapa nak gembira, mungkin sebab marah dengan aku. selepas selesai mandi semua aku turun ke bawah untuk menonton csi, fav aku.

*ayah pulang

hati aku mula berdebar kerana dia pantang nampak aku, pasti ada perkara yang nak dibebelkan, ya salah aku dah lama tak pulang. bebelannya bermula, ayat pedas, aku rasa seperti tomahan2 salah dikatakannya mencocok2 untuk masuk ke telinga. aku diam kerana aku memang tidak berani untuk bersuara dengannya, dan kalau bersuara pun, dia tetap dengan pendirian dia.

bukan aku di kl buat perkara yang bukan2, cuma di nilai aku tak ada kawan, yang ada pun seorang yang rapat, itu pun...hurm...

esoknya aku bersiap2 untuk pulang semula ke kl sebab ada practice dengan band club di shah alam. aku cakap dengan mak aku perlu pulang semula kesini, bila semuanya selesai aku akan pulang semula ke nilai. tiba2 dia mengeluarkan kata2 yang aku sendiri tak pernah dia cakap macam tu sebelum ni.

"korang semua memang tak pernah nak fikir mak kat sini. semua pentingkan kawan2. tak pernah hargai apa yang mak korban untuk korang sebelum nih, kalau mak sakit ke mati nanti kau tak payah balik sini lagi"

dalam hati aku shit man, kenapa mak cakap macam nih. waktu itu aku sedang makan, tetapi makanan aku sudah dibasahi dengan tangisan. baru tiga suap untuk hari itu, aku berhenti dan letak ketepi. dia tak pernah sokong dengan perkara yang aku minat nih, aku tak sambung belajar musik pon sebab parent, dan sekarang aku cuma anggap muzik sebagai sampingan aku, isi masa lapang aku, tapi mereka suruh stop. then, apa lagi yang aku boleh buat?

harap maaf, entri ini memang sarat dengan luahan perasaan, memang sarat dengan aduan. jika anda sudah mula berasa bosan, hentikan saja pembacaan.

aku bukan anak derhaka, aku bukan penderhaka. aku sayang mereka berdua, cuma aku tak pernah luahkan. aku bukan jenis yang sebelum keluar rumah aku akan jerit "luv u ma, pa". itu bukan aku, aku cuma salam dan serahkan diri aku untuk dipeluk erat.

ketika aku sudah bersiap2 untuk keluar, aku check purse aku, shit lagi satu, abang aku curi lagi duit aku dan sekarang aku cuma ada rm1. aku minta emak duet, dia cuma hulurkan rm10. apa aku nak makan sehingga ahad?

aku salam emak aku, aku kucup pipinya, aku peluk erat tubuhnya. tapi kali ini berbeza, dia tidak membalas pelukan aku.......

kak pah aku hantarkan aku ke ktm, aku cuba minta dia duit belanja, tapi dia cakap dia belum gaji, dia suruh aku minta pada kak long, dia akan bank in kan rm40.

baki akaun aku rm10, dan kak long aku masih belum bank in kan lagi, dari 3 suap nasi semalam sehingga sekarang aku bertahan.

semalam aku lepak dengan tas dan kawan2 dia, dalam perjalan pergi ke rumah marka dia, aku cerita tentang apa yang berlaku ini, dia cakap "anak derhakala kau ni". walaupun cakapnya cuma bermaksud gurauan, tapi aku rasa seperti perkataan itu telah dicopkan ke dahi aku.

cuma apa yang aku rasa sekarang adalah, menyesal, marah, sedih dan lapar.

Rabu, 17 Jun 2009

begini aku adanya kerana kau

pagi ini aku dikejutkan dengan satu panggilan dari ayah...

ianya bukannya panggilan berunsurkan rindu, tapi berunsurkan kebencian dia pada aku. Ya salah aku sebab sudah lama juga tidak pulang. Tapi aku dah khabarkan pada emak tentang situasi aku disini. bukan menipu, tapi memang aku khabarkan perkara yang betul.

tapi pagi tadi ayah cakap aku dah macam tak ada mak bapak, tak ingat nak balik dan bla...bla...bla yang buat aku rasa kusut semenjak tersedar tadi.

kerana engkau aku jadi keras begini,
kerana engkau aku jadi pendendam berapi.

memang aku dan adik beradik yang lain jauh bezanya, akulah si pelik itu dan akulah si keras hati itu. segala cacian aku terima dengan tangisan dendam, dengan harapan aku ingin buat dia bangga dengan apa aku lakukan.

tapi selepas semua kejayaan aku dapat, terlalu sukar untuk dia ucapkan "tahniah, anak bak ini yang terbaik". susah sangat ke untuk cakap ungkapan tu, bukannya aku harapkan hadiah sebillion dollar.

mungkin korang pernah merasa ini, lepak dengan ayah sambil cerita pengalaman dia masa muda, keluar meluangkan masa dengan perkara yang kamu berdua sama-sama suka, adukan masalah kepadanya... tapi dengan nama tuhan aku berani cakap, aku tak pernah ada pengalaman itu.

tak pernah ada persefahaman antara dua makhluk ini,
tak pernah ada peningkatan cuma yang aku rasakan, kejatuhan.

tapi tuhan maha adil, aku ada emak, dan dia sayangkan aku.
aku punya kakak dan abang yang selalu sokong pelajaran aku.
tak apa, mungkin satu hari nanti engkau akan paham disebalik kerasnya hati ini.

percaya atau tidak, aku cuba mencari gambar aku berdua bersama ayah agar boleh diselitkan pada entri ini, tapi tiada satu pun yang aku temui, seingat aku memang aku tidak pernah bergamabr berdua bersama dia.

Ahad, 14 Jun 2009

cara dapatkan duit dengan mudah

nak wat dwet x?
modal rm20
blh jana dwet sapai bile2
dapat org dapat dwet
komisen rm20 100% kepada org yg menyebar link
andai nya dapat ajak 2 orng join di bwh link anda 2orangxrm20=rm 40 sehari
sebulan?
berminat?

>>klik ni<<

SISTEM SENANG & TAK MEMENINGKAN
1. DAFTAR
2. BUAT BAYARAN RM20 KEPADA PENAJA ANDA
3. PROMOSI LINK PENAJAAN ANDA
4. TERIMA BAYARAN DARI AHLI BARU
MUDAH ,SENANG DAN PANTAS
Hi sertai saya


>>klik ni<<

1. Modal RM20 sahaja. Anda bayar kepada penaja yang memperkenalkan KuasaRm.com kepada anda.

2. Anda perlu Daftar dan kemudian Login untuk mendapatkan maklumat akaun bank penaja anda. Selepas membuat bayaran, sila buat pengesahan bayaran dalam halaman ahli (Login)

3. Selepas pengesahan bayaran akaun, anda akan diaktifkan. Di halaman Ahli (Login), dapatkan URL anda untuk membuat promosi. Anda juga boleh download produk dan kemaskini maklumat anda. Pastikan maklumat bank anda adalah betul supaya tiada masalah pembayaran oleh tajaan anda.

4. Setiap orang yang daftar melalui URL anda akan membuat bayaran RM20 terus ke akaun bank anda. Jadi 100% peratus komisyen milik anda tanpa melalui akaun admin. Tanpa ada peringkat tajaan (multilevel) dan usaha anda sendiri yang menentukan keuntungan anda.

minat,
>>klik sini<<

I killed my crush because i like shoelaces

Untuk apa nak kill crush dah tentu kita crush semata-mata sebab suka shoelaces?
hahaha, sengal
sebenarnya ini merupakan tag yang diberi oleh Pahlawan, semak yang ini (check this out)

The rules :

1) Do this survay/tagged that u got from your friend.
2) Put the combination of your details in the survay to be your tittle.
3) Tagged some friends in the end of the survay and link to their page.



Pick The Month You Were Born In:

1 (jan) i slept with
2 (Feb) - i robbed
3 (Mar)- i ran naked with
4 (Apr) - I shot
5 (May) - I slapped
6 (June) - I hugged
7 (July) - I kissed
8 (Aug) - I smoked with
9 (Sept) - I needed
10 (Oct) - I did
11 (Nov) - I killed
12) (Dec) - I ran shirtless with


Pick the day (number) you were born on:

1 - a rock star
2 - the one i love
3 - a bag of weed
4 - a homeless guy
5 -a hobo
6 -paris hilton
7 - a toothbrush
8 - a whore
9 - a bowl of cereal
10 - a hippo
11 - a hottie
12 - a mop
13-a crack head
14-a ninja
15-my "boo"
16 - a condom
17 - a teletubby
18 - a sexy B0YY
19 - the Kool Aid Man
20 - a snowman
21) - my crush
22 - a spatula
23 - yo momma
24 - Barney the Dinosaur!
25 - the cookie monster
26 - a gangsta
27 - my boyfriend
28 - the trojan man
29 - my ex-​​​boy/​​​gurlfriend
30 - my hoe
31- a mexican


Pick the color of shirt you are wearing:

White - because im sexy like that
Black - because i love weed
Pink - because i still love cheese
Turquoise-​​​because i like to snort cocaine
Brown- because i like shoelaces
Polka Dots - because I am a tranny
Purple - because I'm gay
Grey - because i have AMAZING boobs
Other - because I'm retarded
Green - because that hobo stole my taco
Orange - because i am a mental retard
Red- because I am crazy like that
Blue -because im good in bed
Tye dye- because Im a fucking scuba diver
Graphic- because the gummy bears raped me

spread the tag if you interesting=)

Jumaat, 12 Jun 2009

About a guy i know

Lebih sebulan aku meninggalkan kotak penulisan ini gara-gara sibuk dengan hidup, exam, holiday dan yang paling penting, jaga anak buah aku.

Pagi ini aku dikejutkan dengan mesej dari seorang kenalan. Sepanjang kami berkawan boleh dikiralah berape kali je dia bertutur bahasa melayu, tapi dia itu orang melayu.

Aku tak pernah kesah tentang perkara tu.

Saat perkenalan
Sedang aku sibuk belajar matematik di Mapley Steven's corner dengan Pahlawan, tiba-tiba datang seorang mapley bagi sehelai kertas pada aku, dia tunjuk siapa yang beri. Bila aku toleh belakang, ada seorang mamat pandang aku, dia senyum dan lambaikan tangannya.

Aku dan Pahlawan berkata " ouh, si botak". Hampir tiap-tiap hari aku dan Pahlawan lepak di sana untuk belajar, dan kitaorang memang selalu nampak mamat tuh.

Dalam surat tu dia cakap dia nak kawan dengan aku, dia ada letakkan e-mail dia disitu. Pada mulanya aku malas nak layan, tapi tengokkan gaya dia nampak ok, aku add ms dan msn dia.

Salam perkenalan seperti biasa, semua perbualan di dalam bahasa english. Pada mulanya aku fikir dia orang Cina tidak reti berbahasa Melayu kerana kulitnya kuning langsat. Rupa-rupanya dia orang melayu yang cakap bahasa melayunya agak cacat.

Dari situ aku rasa "what wrong with this guy?"

Dia usha ms aku, ms band aku. Sekali dia cakap " is that your number phone? "
Dalam hati aku cakap " crap, macam mana boleh lupa nombor phone aku ada kat page band, i'm dead".

Sepanjang perbualan, kata-katanya penuh dengan nasihat, bebelannya hampir sama dengan ayah aku. Ya, dia lebih tua dari aku, 27 tahun umurnya. Bagi aku itu tidak membezakan apa-apa sebab sebelum ini aku punya kawan yang lebih tua dari dia dan kami tidak mempunyai apa-apa masalah pun, dan hampir semua kawan-kawan aku lebih tua dari aku.

Dia mula sms aku, telifon, aku malas nak layan sebab dia suka nasihat. Apa perasaan korang bila orang yang baru korang kenal sudah nasihat korang. Aku tahu nasihat itu bagus, tapi dia overdone.

Aku mula ignore sms dia, aku set invisible pada ym aku jadi, tidaklah tiap-tiap hari aku akan dapat nasihat.

Tiba-tiba pagi tadi aku terima dua mesej daripadanya
"Hey ana, hw everything? i hope ur presentation went well. Dnt worry, u can do it. Take a good rest & take care urself"
"Screwed me. Sorry i'm not intended to send tht msg b4. Its 4rom my outbox & i was plan 2 delete it but accidently 'send'. Bside, i got better 2 do rather waste my time with 18years old kid with typical malay mentality who might think '27years old guy gersang nk berkawan dgn 18years malay old girl'. Oh plz & i dont hv any malay frens anyway & 4 the record, i hated malay. Thx"

Aku terasa lost sekejap, aku tidak pernah cakap semua tu dekat dia, tapi kenapa tiba-tiba dia cakap macam tu, lepas tu aku repaly "U sux man, i never said that, u said it then u take it. Igt asl usl kita, u 27 then think like 27"
Mungkin dia bengang dan dia reaply " wt eva ana"

Lelaki, oh lelaki...

Disini aku cuma nak ketengahkan bahawa, tidak semua perempuan berumur 18 tahun tidak boleh berfikir secara dewasa, kami ada otak tuhan kurniakan, dan jangan sesekali pernah melupakan asal usul kita, kita orang melayu, buat cara orang melayu, lainlah kalau mata engkau biru, rambut engkau blond engkau nak mengaku anak omputeh pun tak ada orang kisah. Sedangkan jiran aku orang putih, pandai bertutur bahasa melayu, sedangkan pula kita sendiri orang melayu?

Selamat beramal dan renung-renungkan=)

Jumaat, 8 Mei 2009

middle of the winter

Seperti di tengah salji,
aku letih dengan kesejukan salji itu,
terpaksa tempuh walaupun sukar untuk aku mengorak langkah baru.

Satu per satu dugaan telah aku tempuh.

Babak 1-organiser baru belajar
Tempoh hari pada gig Satu Muzik, Satu Suara aku tempuh dugaan yang terlalu besar. Masalah barang2 instrument datang lambat. Cuba korang bayangkan, band semua dah sampai awal untuk soundcheck, tapi barang2 instrument masih belum sampai.

Ceritanya begini,
pada hari perjanjian barang2 instrument dibuat bersertakan pembayaran RM1k, pihak abang instrument cakap "baiklah, dalam pukul 10 barang2 sampai, dalam masa 15 minit kami boleh pasang barang siap".

Keesokan harinya, jam menunjukkan hampir 3.30 petang, tetapi barang2 masih belum sampai juga. Kolej aku berada di Maluri, tetapi abang instrument boleh sesat sampai Jaya Jusco, Cheras balakong.

Apa2 pun, gig telah berjalan dengan lancar, persembahan aku menerima komen yang baik. Terima Kasih semua di atas sokongan mereka2 yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Babak 2- So he sailed away
Hero, jauh dia datang, dari Terengganu ke Kuala Lumpur. Semata2 ingin berjumpa dengan aku sebelum dia masuk matrik. Hurm... Matrik?

Ya, Matrik. Buat pengetahuan korang, Hero 1 tahun lagi muda dari aku. Walaupun begitu, aku tak pernah merasakan sebarang perbezaan umur sebab pemikiran kami tak banyak beza.

Dia gelak, aku gelak. Tapi kadang2 tu, dia gelak dengan lawak bodoh dia sendiri, aku cuma buat muka pelik.

Hero sampai Kuala Lumpur pada hari Khamis lepas, 31 April 2009. Pada mulanya, pening juga pikir dimana dia mahu menumpang tidur, nasib baik kawan dia- Sabah ada.

Dia pulang ke Terengganu pada hari Selasa 4 May 2009. Kali ini tiada lagi tangisan selamat tinggal, sebab aku sendiri tak mahu ia terjadi lagi. Aku ingin jadi kuat untuk tempuh jarak diantara aku dan dia.

Terasa terlalu singkat hari2 aku bersama dia, dan kini terasa perit menempuh waktu yang bakal membuat aku memikirkan dia tanpa henti. Aku harap dia baik2 aja disana.

Babak 3- exam is around the corner
Final exam semakin dekat, 11 May 2009, Isnin ini. Ini yang membuatkan aku jarang update blog. Maaf rakan2 blog, aku tak sempat nak follow blog korang.

Aku masih belum sedia untuk tempuh final exam ini. Masih banyak yang aku perlu baca semula, aku mahukan Kepujian Dekan itu.

Harap2 dapat target apa yang aku sasarkan.

Babak 4- terhangat di pasaran
Pelik jika ingin dipikir, dan kelakar untuk dicerita.
Satu soalan yang aku ingin tanye pada korang, harap2 korang tinggalkan jawapan ini pada ruang bebelan.
1. Aku ni hot ker?
2. Sebab jawapan 1?

Aku ajukan soalan ini sebab baru2 ini bukan seorang, tetapi 2, 3, 4, 5 ,6 orang ngorat aku. Sekarang rutin aku, jam 11 a.m, aku dan Pahlawan akan lepak di Stevens Corner, Pandan Indah. Kami berdua akan menelaah bersama2 untuk bersiap sedia bagi exam nanti.

Pagi tadi sahaja sudah ada dua orang ngorat aku, seorang lelaki, dan seorang pengkid. Ha...pengkid? Aku pun kasar dan boobs aku pun keding macam dia kot, ada pulak nafsu terhadap aku yang naif nih?

Tak termasuk dengan mereka di kolej.

Paling tak boleh bla, pada hari Selasa yang lepas, pulang sahaja dari hantar Hero di Pudu Raya, aku naik bas Rapid u31. Agak sesak dengan cuaca yang panas memang aku rasa nak migrain di situ.

Di dalam bas aku terpaksa berdiri sehinggalah di Balai Polis Maluri aku dapat tempat duduk di sebelah Pak Cik dalam lingkungan umur bapa aku, 57 tahun.

Pada mulanya dia senyum, kemudian dia tanya "Dari mana nih?"

Aku jawablah macam biasa dengan muka malas nak layan sikit2. Kemudian meleret2 dia tanya. Pada akhir perbualan dia kata "Awak ambillah nombor saya, nanti miss call. Sampai di kedai nanti saya top-up kan awak. Saya cuma nak berkawan, nanti boleh kita lepak minum2. Jangan tak miss call pulak, saya nak top-up kan nih"

Pada pendapat korang, patot aku bagi sepakan maut atau smack down jer Pak Cik tu? Bapak aku lagi hensem kot....


Khamis, 30 April 2009

teka-teki puki kaki

Aku cam dah bosan tak tau nak menulis apa,
so aku nak share teka teki puki kaki yang aq ada dengan korang=)

Semua jawapan aku akan letak di bawah sekali,
renung2kanlah dan selamat beramal=)

Soalan 1
Mulut buaya besar,
agak2 beliau ada berapa deria rasa?

Soalan 2
Apa bendakah ini, kecil, hitam dan basah.

Soalan 3
Kalau dalam tembikai ada biji,
dalam nenas pula ada apa?

Soalan 4
Perbuatan apakah ini,
"kubuka kankang ku, kau rasa bijiku, kau masukkan batangku, ah...sedapnya"

Soalan 5
Apa bendakah ini,
masuk tegang,keluar lembik.

Soalan 6
Apa bendakah ini,
diatas sedap, dibawah sakit.

Soalan7
Apa bendakah ini,
masuk segi tiga, keluar bergulung.

Soalan 8
Apa bendakah ini,
masuk segi tiga, keluar koyak rabak.
(jawapannya ada kena mengena dengan jawapan no 7)





************************************************





Jawapannya:

Soalan 1
Buaya tak ada lidah,
jadi, beliau tak ada deria rasa.

Soalan 2
Semut hitam baru lepas joging

Soalan 3
Sepan bob Seluar Petak

Soalan 4
Pakai cermin mata

Soalan 5
Stokin

Soalan 6
Pancing ikan

Soalan 7
Spender

Soalan 8
Spender Disposal / pakai buang


Isnin, 27 April 2009

debaran makin terasa, tekanan semakin memaksa

Gig sudah dekat,
tapi aku masih belum bersedia,
dengan lirik lagu masih belum siap,
prektis masih belum cukup,
nanti mula lah nak kelam kabut.

Presentation multimedia,
aku perlu bikin cd-interaktif pembelajaran kanak-kanak.
Due date nya 6.5 ini,
tapi dalam 20% lagi belum siap.
Soundnya masih belum ketemu..
Sesiapa yang boleh tolong aku,
aku tak tau dimana untuk mencari sound effect bunyi2 kenderaan.
Puas mencari,
masih belum lagi jumpa jalan kebenaran itu.

Entri kali ini aku cuma ingin mengadu nasib aku di sem ke-2 ini,
4 lagi sem harus aku tempuh untuk mendapatkan segulung sijil Diploma Teknologi Maklumat,
aku harap aku cukup kuat untuk tempoh hari2 ini dengan hanya berbekalkan duit Mara RM630 sebulan dengan bebanan,
sewa RM90 sebulan(belum termasuk api air),
top-up,
makan dan minum,
kertas2 kerja,
dan lain2 perbelanjaan.
bulan ini aku perlu bayar lebih,
RM500 yuran kolej,
RM160 deposit rumah.

Aku harap aku cukup kuat untuk tempoh semua ini,

Aku harap aku cukup kuat untuk tempoh semua ini,

Aku harap aku cukup kuat untuk tempoh semua ini,

Nasihat aku untuk mereka2 yang baru ingin memulakan alam U ini,
siapkanlah bekal dari awal,
later on kamu amat memerlukannya.

Ahad, 26 April 2009

why not?

mengapa terik mentari itu harus mebakar ketika dia sedang menyinari?

why do i need to feel sober when the kids doesn't know what does it means?

mengapa pula mimpi ngeri itu perlu menghantui apabila hanya mimpi indah yang aku nanti?

why can't the sun shines at night when the moon can do the same at daytime?

mengapa harus senyum itu dirindui apabila ia sedang cuba mengubati?

why do we need to mourn our distance when we know that we can face it?

bersabar Hero, hari ini bukan hari kita.

Khamis, 23 April 2009

splash party, when hot guy wet, i love it

Lama sudah tidak update blog, disebabkan bercuti lama di Melaka dan Johor Bharu. Aku juga organise gig untuk kolej aku. Datangla=)



Malam semalam, aku, Pahlawan dan Slash pergi ke Alibi, berjumpa dengan ex bf Slash untuk selesaikan masalah mereka berdua.

Aku akui, aku seorang yang pendendam, selagi tak puas hati aku, selagi tu aku rasa tak besh. Ceritanya begini, selama aku kenal Slash, hampir 3tahun, aku tak pernah tengok dia dating, atau foye2 atau skandal atau apa2.

Semuanya bemula pada sebulan yang lepas, Asif merupakan kawan sekerja kawan aku, Aracy namanya. Dia agak hensem, joker dan semuanya boleh tahan tentangnya. Pada mulanya aku dan Pahlawan memang suka kendeng2 kan orang, tak sangke pulak kali ini punya kendengan membuatkan Slash dan Asif sangkut.

Dari mula lagi aku syak ada sesuatu yang buruk pasal Asif nih. Tapi aku diam aja. Lama aku pikirkan, siasatkan dan cuba membuktikan yang Asif ni tak berapa nak serius dengan Fatin.

Segala kemusykilan terjawab apabila Asif kantoi dengan aku, dia pergi jumpa ex gf dia semula. Waktu itu aku masih chill, aku tak mahu Slash tahu sebab aku tak mau tengok dia mengis.

Aku mulakan pencarian myspace Asif, apa yang diberitahu kepada Slash, dia dah delete akaun myspace dia. Sekali aku cari, aku jumpa myspace dia. Wah, comment yang menyakitkan. Walaupun bukan terkena pada batang hidung aku sendiri, aku tahu ini sakit. Aku tahu ini bukan mudah untuk Slash hadapi setelah 2 tahun dia single, tiba2 datang seorang makhluk yang memberi harapan baru, kemudian senang2 dia ingin hancurkan semuanya.

Memang aku simpan dendam yang teramat dalam pada mulanya terhadap makhluk tersebut, sehinggalah malam semalam, Slash berjumpa dengan Asif buat kali terakhir (mybe), Asif cuba menjelaskan semua keadaannya. Walau apa pon yang dia cakap, bagi aku itu semua alasan sebab yang dipermainkan itu adalah kawan aku.

Macam2 aku plan dengan Pahlawan, shoot, tendang telor, curah kopi panas dan nescafea ais. Tak menjadi sebab aku dah hilang mood. Semasa sudah mahu pulang, baru Slash teringat yang dia terlupa nak pulangkan baju Asif.

Kami berjumpa semula dengan mahkluk tu di Petronas, Setiawangsa. Kata Pahlawan, dia ingin simbah air satu botol, aku senyum. Ketika itu Slash merayu2 supaya jangan apa2kan Asif.

Pada mulanya, aku dan Pahlawan berborak biasa2 dengan Asif, siap senyum2 lagi. Last soalan kami tannya pada dia, "Kau nak kawan lagi tak dengan kitorang"
"Aku nak kawan lagi ngan korang, korang best"

Pada masa itu, Pahlawan sedang minom air kosong botol besar, alih2 air botol tu dia curah atas kepala Asif. Aku gelak, sedang aku gelak, aku nampak ada air mop satu baldi dekat paip Petronas. Dengan pantas lagi ganas, aku pon ambil baldi tu dan ludahkan isinya kepada makhluk tu.

Yeah, that what you get when you learn the hard way!!!

Siapa2 berani kacau membe aku lagi, lepas ni bukan air mop lagi, tapi kari basi satu kawah!

Ahad, 19 April 2009

disini ada dua perkara

aku telah ditag oleh Pahlawan lama dah, tapi tak buat2 lagi kan sebab terlalu banyak dugaan yang aku hadapi untuk buat tag ini. sebelum dia marah lagi, so ini adalah survey cambest aku=)

THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

ANa
Pinot
Rockstar
Maria Ozawa
Ciara wanna be
Screamer terhebat
Ana susah nak eja
(nak letak byk lg, agak2 mak aq mrh x?)

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
7 Februari 1991
14 March 2009
21 November 1990

THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
**** *****(adelah..)
Conference dgn Pahlawan dan Slash, xpecaya? ini buktinya
Promote gig kolej di MSpace
Super Saver dengan Hero


THREE PERSONS YOU MISS FROM YOUR PAST:
Arwah Atok aku yang rock...miss u grandpa(al-fatihah utk Mohd Ali)
MGSian
Sepupu aku di Johor, dah hampir 5tahun xjumpa diorang

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
A trip to Tangkak, Johor
hp 3g
Beg Zero, dijual di bb, warna hitam merah, RM300++, tapi dah sold out skrg=(

THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
design
writing
screaming

YOU WANT TO GO FOR VACATION:
Pulau Redang, T'ganu with hero
BagPacking to Japan and Paris

THREE FAVORITE DRINKS:
Fresh Orange
Air Sedap rumah Pahlawan
Coke

THREE THINGS FOUND IN YOUR HANDBAG:(handbag? jap, aku transferkan barang2 dari beg aku ke handbag mak aku)
pen
kertas
sampah(at least, mesti ada secebis plastik gula2, safe earth!)

THREE FAVORITE COLORS:
black
red
white

TOP THREE U LOVE SO MUCH :
my mom *lari2 pergi perluk beliau!
my bestie *grr..arr...arr..dum...dum...tak!
my hero *mmmmuahx!

THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:(things only)
gambar aku masa kecil2 dulu, sedang menyusu badan=)
my guitar
my lousy converse

TOP THREE PERSONS YOU HATE MOST:
penipu
sombong
lembab
hipokrit
cakap belakang
eh....da lebih eh?

TOP THREE REASONS YOU ANSWER THIS TAG :
Pahlawan marah, dia cakap "Wei! bila nak buat tag aku nih!"
Pahlawan merajuk, dia cakap "Yelah wei! Fine la!"
Nak Jage Hati kawan an, buat je la, mak aku marah nanti lagipon

Red Alert

Aku nak tag...

Farie
Aina
Redz


Ini pulak award diberi oleh Farie, tq Farie, dia suka bagi aku benda pelik2 yang besh camnih an. hehehe

Aku telah di anugerahkan sebagai...


hahaha....nih yang buat aku nak nyanyi lagu Sean Kiston...hahahaha

Ini merupakan syarat2 tag
1.Pastikan jantina anda adalah perempuan
2.Copy badge sebagai award anda
3.Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan
4.Pass kan award ini kepada girl-friends anda

*dot*dot*dot*

1.Syarat pertama tu cakap, pastikan jantina aku perempuan
*bukak seluar
owh, betol la

2. Dah, lepas tu?

3. Tujuh sebab bangga jadi perempuan?hehe...
  • tak perlu bayar lebih kalau date
  • baju pompuan banyak murah2 n lebih banyak pilihan berbanding lelaki
  • ada bekalan nasi lemak dan curry puff sepanjang hidup
  • senang nak minta tolong, kenyit mata sikit, dia datang menolong tanpa menanya.hahaha
  • boleh ngorat lelaki dengan mudah, gigit bibir sikit,kecilkan sikit mata, lick bibir sikit, comfirm dorang cair.hahahahaha
  • boleh menjadi ibu dan mengerti apa sebenarnya apa yang ibu kita rasa kan selama membesarkan kita. ILY mak=)
  • kalau aku lelaki, tak mungkin hero nak jadi gay partner aku, so, nasib baik la aku nih perempuan dan hero bukan gay an...ehehehe
4. Pass kan yer? hurm....This award goes to....(background sound yang clumsy)

  • Pahlawan...(gelak jahat)
  • J Maiden
  • Petot
thx Farie=)

Khamis, 16 April 2009

tanpa mereka...

Petang tadi, setelah selesai sahaja kelas Komunikasi Perniagaan, aku bergegas pulang. Ketika mahu melintas jalan, kepala aku mula berasa pening. Sejak dari kelas lagi aku begitu, tambahan dengan rakan kelas aku yang memeningkan kepala, dia anggap aku ini genius mahu bertanya macam-macam soalan.

Ketika melintas, mata aku terasa silau yang 1macam tidak dapat dijelaskan sehingga penglihatan aku menjadi kurang jelas. Jam menunjukkan pukul 1.25 tengah hari ketika itu. Sampai sahaja kerumah, aku on laptop, balas mesej2 di MySpace. Ketika itu mata aku tidak dapat membaca semua mesej2 yang dihantar, terasa pening yang amat. Ya tuhan, dugaan apakah ini?

Aku tutup lap top kesayangan aku dan cuba melelapkan mata, aku set alarm jam 2 petang untuk bangkit bagi kelas yang seterusnya dan tidur.

*tidur

Jam berbunyi, buka sahaja mata, arh! sakitnya kepala.... Apa yang terjadi, aku mula berfikir yang bukan2, lukimia la...apa la... Jika lukimia relevan juga, rambut aku banyak gugur kebelakangan ini, uban mula tumbuh. Atau mungkin rambut gugur itu kerana rawatan rebonding yang aku lakukan beberapa bulan yang lalu. Ah...ini baru dugaan yang kecil.

Aku mula takut dengan dugaan kecil ini, aku hantar sms kepada hero mengadu tentang sakit aku, dia kata aku migrin. Dia telah menghantar sms kepada Pahlawan, tengok2kan aku disini. Aku cuba bangun dengan kepala yang berat seperti membawa bebanan dunia dan mata yang sembam menitiskan tangisan kesakitan. Aku solat.

Aku berdoa kepadaNya agar permudahkan perjalan ini. Terlepas lagi untuk kekelas ITC. Aku melelapkan semula mata agar aku tidak merasakan kesakitan buat sementara.

Tiba-tiba aku terjaga, Pahlawan didepan mata aku, dia memeluk aku. Ah...leganya perasaan ini. Kepala aku terasa ringan sedikit, aku lihat hp *1 message receive

hero, dia risau tentang aku. Disini aku ingin meminta maaf kepadanya kerana membuat dia risau. Terima kasih juga kepada hero, he cares for me..

Terima kasih kepada Pahlawan, sanggup dia datang dari Kajang untuk menjengok aku, sayang aku dan berikan pelukan dikala aku betul2 memerlukannya.

Aku sayang kamu berdua..

Selasa, 14 April 2009

aku dan jeritan batinku


Aku merupakan hak milik band 66 Roads, dimana aku vokal bagi band ini. Kami membawa genre metalcore. Band ini telah ditubuhkan semenjak akhir 2007.

Seperti yang semua tahu, metalcore mesti ada kaitan dengan scream yang agak ganas bunyinya. Ya, itulah aku. Mungkin pelik bagi korang dengar perempuan yang scream, tapi itu minat aku, aku boleh scream, jadi, suka hati aku lah kan?haha..

Line up aku Kid sebagai gitar utama, tinggal di Kajang. Bell sebagai bassist juga tinggal di Kajang manakala drummer band kami Izmal dari Puchong. Walaupun agak jauh rumah kami, jarak tidak memisahkan kita.

Awal bulan Mei aku akan menjerit lagi, kalau sudi marilah bersama jerit bersama aku. Bagi aku ini satu cara terbaik untuk melepaskan nafsu yang terbuku..

Isnin, 13 April 2009

penjelasan disini

Telah aku dengarkan perkara-perkara yang tidak menyenangkan dari beberapa pihak. "wa tengok Ana tu macam main-main dengan Zizi tu, cepat sangat dapat pengganti"."Wa dengar Ana rampas apa yang kawan dia minat, lepastu tinggalkan macam tu aja"

Dengar sini wahai si mulut2 berbisa, aku tak pernah kisah dengan apa yang didengar itu.

Aku juga telah dengarkan "Ah, Ana memang pandai cakap, cakap macam2, tapi buatnya tidak"

Dengar sini wahai Morphine yang pernah aku kenali, ini adalah kehidupan, tidak ada yang sempurna dalam hidup ini walaupun telah aku cuba.

Aku sesal dengan perubahan drastik engkau,
aku tak akan pergi kalau engkau bukan macam itu.

Dengar sini wahai si mulut2 berbisa, aku wanita, aku punya harga, jika aku hanya ingin bermain2 sama si dia, tidak akan aku habiskan masa dan wang, tidak akanku habiskan tangisan kesedihan.

Aku tak pernah kisah apa yang bakal kamu semua perkatakan lagi, kini aku sudah bahagia.
Ya, aku mudah tawar hati, aku juga mudah jatuh hati. Ada kamu kisah?

Sabtu, 11 April 2009

makhluk tuhan paling seksi

DI TAG OLEH FARIE. DIA PIKIR AKU HOT KOT....
ARAHAN:

1. Tangkap @ sertakan 3 gambar anda yang anda rasakan paling seksi

2 .Tak semestinya tak berpakaian @ mendedahkan. Mungkin anda rasakan senyuman anda masa itu seksi. Sertakan!!

3. Nyatakan mengapa gambar itu seksi bagi anda

4.Tag 5 rakan-rakan yang seksi
sebab nampak seksi : aku rasa cam Parmela Anderson, wet and wild...grr..rawr...rawr!


sebab nampak seksi : guna nightmood, tanpa solekan, edit dan touch up, cuma bersedia untuk tidur=)


sebab nampak seksi : gambar nih candid
red alert
manusia2 sekalian, anda di tag aku rasa korang seksi..!
Linda
Eika Meow
Aida
Elmi
J Maiden







good job team!

pada entri yang lepas aku ada nyatakan hobi aku dan kawan-kawan. Curi benda2 tepi jalan, macam kon, lampu, papan tanda semua. Kalau tak baca lagi klik sini

Pada hari Khamis yang lepas, Pahlawan, Slash dan aku pergi ke Laundry The Curve, Damansara. Ada Fly FM camput chart goes life pada masa itu. Pahlawan orang yang paling semangat sebab ada band favourite dia, Couples.. Sebenarnya aku kurang sikit dengan band ni, tapi kawan dah minat, ikut kan aja..

Setelah selesai semua kami pulang dalam perasaan yang puas hati dengan persembahan bertenaga band Couples. Dalam perjalanan pulang, kami tertarik dengan satu projek penambahbaikan jalan di kiri bahu jalan. Ada lampu merah kecil kelip2!

Pada masa tu, aku duduk di hadapan, Slash di belakang dan seperti biasa Pahlawan drive. Aku nak aja buka tingkap terus capai tangan aku, tapi tingkap tak boleh buka di tempat aku. Aku suruh Slash yang kutip, tapi dia takut. Tak boleh pakai betol dia nih.

Kami pusing semula ke tempat kejadian, aku bertukar ke tempat duduk belakang. Bersiap sedia membuka tingkap, seluas-luasnya. Ada banyak lampu disitu, begitu juga pekerja yang sedang sibuk membetulkan jalan. Mencabar juga kali ini, "wei, jalan slow2, aku amik lampu yang dekat tanda awas tu, tu paling senang, lepas aku da kutip ko pecut ok", "roger that".

Tempat kejadian sudah hampir, dan aku mengeluarkan tangan dan cuba mengutip lampu tersebut, "alamak, dia salotep tebal tak kasi kita curikla!, blah2!".

Pahlawan: wei, asal tak sentap jer, aduh. tak puas hati
aku: dia dah salotep tebal ngan tiang awas tu, mau terbalik sign board tu kalu aku sentap
Pahlawan: Slash kau drive, biar aku yang buat
Slash: roger that.

Kereta dipusing, kami sesat sebentar pada masa itu, tapi ini tidak mematahkan semangat kami untuk kutip lampu merah kecil kelip2 yang pertama kali kami jumpa ketika itu.

Pahlawan: " ok, kali ini kita ambil lampu dekat ngan kon tuh, tang tu dia tak salotep aku rasa"
Slash dan aku : "roger that"

Pahlawan bersiap sedia di tempat duduk belakng, tingkap dibuka luas, dan...
yeah berjaya! lampu yang berjaya dikutip tu hanya di letakkan kedalam kon, tak ada salotep2. ternyata lebih mudah diambil berbanding tadi. Slash memecut laju, kalah Pahlawan bawak. Aku gelak jahat tak ingat punya time tu.

Maaf lampu itu sekrang berada bersama Pahlawan. tak dapat aku snap gambar dengan lampu baru kami tu. Entah bila mau taubat, aku tak paham lagi.

Rabu, 8 April 2009

lancau?

Disebutlah suatu kisah, Pak Ali merupakan seorang bapa kepada 15 orang anak. Dari kecil hinggalah ketua, nasib hidupnya tidak berubah miskin papa kedana.

Tetapi Pak Ali tidak pernah berputus harapan untuk meneruskan hidup dan melihat anak2nya berjaya. Setiap pagi di akan mandi di perigi, solat subuh dan mula menoreh getah. Sungguhpun dia miskin, namun dia tetap kuat pada agama.

Hari demi hari, tidak putus2 doa dipohon agar dipermudahkan perjalanan hidupnya. Dengan kuasa tuhan, pada suatu hari dia bermimpi, ada seorang tua berkata padanya

"anak, esok pagi engkau pergilah keperigi, di sebalik celahan dahan akan terdapat 3 anak panah besertakan 1 panah, engkau mintalah apa sahaja 3 permintaanmu, akan aku tunaikan"

Pak Ali pun tersedar dari tidur, pada mulanya dia tidak percaya akan mimpi itu, Rutin hariannya dilakukan seperti biasa. Alangkah terkejutnya apabila mimpinya itu menjadi kenyataan.

Dengan perasaan yang amat gembira, Pak Ali pulang kerumah memberi tahu semua anaknya tentang kejadian itu.

Almaklumlah, anak Pak Ali terlalu ramai, sampai pening kepala orang tua tu, Dengan ada yang nak Ben10 la, sailormoon la, yang bininya pula nak lingerie nurse la. Pusing kepalanya.

akhirnya dia memasang anak patah kepada panah dah berkata "ah lancaulah semua!" anak panah dilepaskan,

*kacing*
habis, tumbuh lancau 1badan.

"adomak aih, macam mana boleh ada lancau 1badan nih!"

anak panah kedua dilaraskan "den tak mau lancau!" anak panah kedua dilepaskan,

*kacing*
semua lancau dibadannya hilang, apabila dibuka seluar

"parah nih, lancau dalam seluar pon hilang, lari bini den ni karang"

anak panah ketiga dilaraskan
"den nak lancau yang mule-muleeeee dulu tu"

*kacing*
apabila dibuka seluar, dia mendapati lancaunya ada semula,
saiz mule-muleeee punye, baby saiz.

warkah kepada tuhan

Ke hadapanmu Ya Tuhan
sampai kapan lagi harus aku menanti, berharap dan menyintai,
berada dekat dalam keredaanmu,
sentiasa disinari cahayamu.

Ke hadapanmu Ya Tuhan
jauh mana lagi harus aku berlari,
mencari sesuatu yang tak pasti,
kesesatan ini terlalu jauh kedalam hati,
dari langit ke tujuh hingga ke dasar laut
akan aku harap cinta terhadapmu ini adalah pasti

Telah aku tersungkur di dalam perjalanan ini,
masih aku harapkan aku akan kembali.

Ke hadapanmu Ya Tuhan
terlalu berat pikulan bebanan ini,
seperti menanggung keberatan dunia.

Detik waktu yang terbuang,
diriringi dengan senyuman sinis hasutan kejahatan

Aku merayu kepadamu Ya Tuhan,
permudahkanlah perjalanan ini,
sesungguhnya aku rindu dengan rasa ketenangan ketika berada disampingmu.


coretan ini ditulis semalam, kedai makan di Melawati, ketika itu aku rasa sakit yang amat. terima kasih hero, bagi aku semangat baru dalam hidup, terima kasih kawan-kawan tanpa korang, mau aku jadi cam Milah. haha

Ahad, 5 April 2009

the drama queen

ah....lama sudah aku tidak berada di kotak penulisan ini, terasa janggal pula. terlalu banyak perkara yang dasyat berlaku selama kediaman ini.

Chapter 1
Selamat tinggal hero
Hero, hero... Kenapalah jauh sangat engkau pada ketika ini. Ratusan kilometer dari aku tidak mungkin menjauhkan engkau dari ingatan kepala aku. hentikan bebelan ini Ana!

Hero merupakan watak baru dalam hidup aku. Singgahnya hanya sebentar, tetapi meninggalkan kisah yang mendalam bagi diri aku. Dia merupakan kawan kepada abang askar iaitu bf Slash. Sesiapa pun dia bagi kamu, tapi dia amat bermakna bagi aku.

Tangisan perpisahan telah jatuh pada Khamis yang lalu, and so he sailed the world. Kediamannya di Terengganu, belajarnya dahulu di RMC. Tinggi orangnya, kening dia sama dengan aku, mempunyai taring seperti Twilight dan amat sukar untuk berbicara dengan orang yang baru.

Nama jolokan hero itu diberi kerana dialah penyelamat aku daripada terus jatuh tersungkur. Terima kasih hero.

Tapi pada masa ini, dia di Terangganu. Insan yang membuatkan aku kelam-kabut melihat HP aku apabila bangun dari tidur, * 1 message receive "pagi cintaku". Ah....sudah cukup membuatkan aku tersenyum satu hari.

Mungkin terlalu cepat aku jumpa penggatiNya, tetapi bagi aku inilah diri aku. it hard 4me to stay single. Aku jenis yang cepat berubah hati, terlalu mudah jatuh cinta. Tetapi aku tidak main kayu tiga apabila di dalam 1 ikatan. Kebanyakannya sebelum ini aku sahaja yang dikhianati, jarang sekali aku yang khianati.

Apa pun yang bakal kamu sumpahkan dalam hati, i don't give a damn. Sudah aku genggam, tidak mungkin aku akan lepaskan genggaman itu. Aku bahagia.

Chapter 2
Aku kemalangan
Perkara ini terjadi pada Jumaat yang lepas, aku terima sms dari slash "aku pop-esumble isnin ni, aku tak confidenla kalau jam sekali jer. Malam nih aku kutip ko, kite jam" (lebih kurang macam tu la sms dia)

Sambil tunggu mengutipan dia terhadap aku, aku bermain bersama dumbell yang aku pinjam dari slash. Ya aku Ciara wanna be.

Mereka sampai dan aku lihat ada seorang lelaki dalam kereta. "aik, siapa ni?, aduh.... asal man buta ada sini". Ah..lantaklah.. Sekali slash cakap "ana, kau ada pet tak, aku piod ni, cam dah bocor jer" yelah wei... Kami pun naik kerumah aku, slash dengan kelam kabutnya pergi toilet. Pahlawan ngumpat "aku kena bawak dia la, dia nak ikut sangat. Memula malas nak bawak. Tapi kesian an"

Kami sudah lewat ketika itu, book studio jam 10, sekarang sudah hampir pukul 1030. Kami perlu menghantar Man buta tu dulu. Alamat rumahnya yang diterangkan tidak jelas, kata2 arahannya pula putar belit. Hati aku mula berasa tak sedap hati. Pahlawan pandu dengan pantas sekali.. Bukan kami cuba mengelak dari berkawan dengan orang kurang upaya ini, tapi perangai dia sendiri tal boleh blah..

Kemudian dengan keadaan kelam kabut ni, ketika ingin belok ke kanan, tiba2 je ada motor lagenda melekat kat pintu belah kanan. Side mirror pahlawan pecah. Seingat aku, aku melatah. Ingin lebih terang, ini gambar yang Pahlawan lukis





nak tahu cerita lebih detail, pergi tengok sendiri blog pahlawan aku

Alhamdullilah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Cuma belaiwan jiwa yang berlaku apabila Pahlawan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Si cumel yang hanya sempat dia jumpa bagi beberapa minit
hahahaha....

chapter 3
i win, win, and win!
K.PAh aku, iaitu kakak yang paling hot aku penah ada. Dia seorang jururawat di Hospital Kajang. Selalu jaga aku ketika aku sakit, bagi aku makan macam2 ubat, dan jururawat bergerak aku.

Dari awal lagi dia ingatkan aku, "kosongkan schedule kau, 4 April ni ada family day hospital K.Pah. K.pah da bayar untuk seat ko. Jangan tak datang pulak, ada pertandingan karaoke, K.Pah nak kau masuk."

Pada hari Jumaat lagi aku sudah pulang ke Nilai. Sampai sahaja kerumah, anak buah aku berlari-lari kearah aku. "acu..!" dengan kepala botal licinnya dengan bedak tebal semacam di kepala botaknya. Kata ibunya, "Nih K.pah kau punya kerja la ni, potong rambut, Inman nih tak reti dok diam, tobek, last2 botak dah kepala."

Masuk sahaja ke dalam bilik, sepahnya yang amat. K.Pah kata "wei cepat tolong K.Pah" Owh.. Rupa2nya dia barisan urusetia untuk family day esok. Macam2 dia buat, mula2 aku tolong menaip, lepas tu memotong, kemas pula. Nasib baik sayang.

Keesokan pagi jam9 K.Pah kejut, katanya perlu gerak awal. Aku dengan terkulat-kulat lagi pergi mandi dan bersiap.

Family day itu agak meriah, tak pasal2 aku pun jadi barisan urus setia. Aku handle bahagian pendaftaran. Apa2 ajalah K.pah.

Aktiviti outdoor bermula pada pukul 3.30 petang. Aku juga turut serta. Aku menyertai permainan bowling padang. Kumpulan kami dapat tempat kedua walaupun tiada 1 pin pon aku tumbangkan. Permainan kedua, lari berpasangan. Bukan dua orang, tetapi tiga orang. Pandai2 la korang figure out macam mana kami nak lari. Yang kelakarnya, kumpulan lelaki lari sambil mendokong orang yang ditengah2 tu sementara yang lain terkedek2 nak lari. Kami johan bagi acara ini. Seterusnya aku masuk acara kerusi berirama. Aku orang pertama terkeluar. sedih..

Acara malamnya pula agak formal, aku memakai dress warna hitam bersama hills warna pink yang agak tinggi. Menyebabkan aku jalan seperti gengster. Mekup yang agak membuatkan aku seperti perempuan.

Pada malam itu, terdapat pertandingan karaoke. Pada mulanya aku tidak mahu turut serta kerana sakit tekak, batok. Tapi dari pagi lagi K.Pah aku berusaha untuk mengembalikan suara aku, macam2 benda dia bagi aku makan. Thx K.PAh=)

Nak tak nak, aku masuk jugak pertandingan karaoke itu. Pada mulanya aku ingin menyanyikan lagu Bring Me to Life, tak ada. Lagu Bertakhta di Hati, tak ada juga. Last choice, lagu Fallin'- Alicia Keys. nasib baik suara aku tiba2 magic tak da batuk2 kiok2 pon. Tepukan gemuruh dari orang ramai.

Kemudian seorang doktor datang pada aku, dia kata "Jom duet lagu sandarkan pada kenangan". Bedal

Ketika keputusan diumumkan aku sedikit pun tidak berharap kerana aku tau suara aku tak boleh belah. "Tempat kedua jatuh kepada, Nurul Farhana" siot, menang duh. Haha...Aku dapat blender kot.

Tidka lupa, aku juga menang Lucky draw. Ya, untuk pertama kali dalam hidup. Walaupun hadiahnya hanya magie kari, aku bersyukur.

chapter 4
Avanged Sevenfold
Tak, bukan lagu chapter4 tuh, tapi lagu Unholy Confension. Itulah tajuk lagu yang aku bakal nyanyi Isnin ini di UITM. Ya, aku juga yang akan scream. Terima Kasih=)