Jumaat, 12 Jun 2009

About a guy i know

Lebih sebulan aku meninggalkan kotak penulisan ini gara-gara sibuk dengan hidup, exam, holiday dan yang paling penting, jaga anak buah aku.

Pagi ini aku dikejutkan dengan mesej dari seorang kenalan. Sepanjang kami berkawan boleh dikiralah berape kali je dia bertutur bahasa melayu, tapi dia itu orang melayu.

Aku tak pernah kesah tentang perkara tu.

Saat perkenalan
Sedang aku sibuk belajar matematik di Mapley Steven's corner dengan Pahlawan, tiba-tiba datang seorang mapley bagi sehelai kertas pada aku, dia tunjuk siapa yang beri. Bila aku toleh belakang, ada seorang mamat pandang aku, dia senyum dan lambaikan tangannya.

Aku dan Pahlawan berkata " ouh, si botak". Hampir tiap-tiap hari aku dan Pahlawan lepak di sana untuk belajar, dan kitaorang memang selalu nampak mamat tuh.

Dalam surat tu dia cakap dia nak kawan dengan aku, dia ada letakkan e-mail dia disitu. Pada mulanya aku malas nak layan, tapi tengokkan gaya dia nampak ok, aku add ms dan msn dia.

Salam perkenalan seperti biasa, semua perbualan di dalam bahasa english. Pada mulanya aku fikir dia orang Cina tidak reti berbahasa Melayu kerana kulitnya kuning langsat. Rupa-rupanya dia orang melayu yang cakap bahasa melayunya agak cacat.

Dari situ aku rasa "what wrong with this guy?"

Dia usha ms aku, ms band aku. Sekali dia cakap " is that your number phone? "
Dalam hati aku cakap " crap, macam mana boleh lupa nombor phone aku ada kat page band, i'm dead".

Sepanjang perbualan, kata-katanya penuh dengan nasihat, bebelannya hampir sama dengan ayah aku. Ya, dia lebih tua dari aku, 27 tahun umurnya. Bagi aku itu tidak membezakan apa-apa sebab sebelum ini aku punya kawan yang lebih tua dari dia dan kami tidak mempunyai apa-apa masalah pun, dan hampir semua kawan-kawan aku lebih tua dari aku.

Dia mula sms aku, telifon, aku malas nak layan sebab dia suka nasihat. Apa perasaan korang bila orang yang baru korang kenal sudah nasihat korang. Aku tahu nasihat itu bagus, tapi dia overdone.

Aku mula ignore sms dia, aku set invisible pada ym aku jadi, tidaklah tiap-tiap hari aku akan dapat nasihat.

Tiba-tiba pagi tadi aku terima dua mesej daripadanya
"Hey ana, hw everything? i hope ur presentation went well. Dnt worry, u can do it. Take a good rest & take care urself"
"Screwed me. Sorry i'm not intended to send tht msg b4. Its 4rom my outbox & i was plan 2 delete it but accidently 'send'. Bside, i got better 2 do rather waste my time with 18years old kid with typical malay mentality who might think '27years old guy gersang nk berkawan dgn 18years malay old girl'. Oh plz & i dont hv any malay frens anyway & 4 the record, i hated malay. Thx"

Aku terasa lost sekejap, aku tidak pernah cakap semua tu dekat dia, tapi kenapa tiba-tiba dia cakap macam tu, lepas tu aku repaly "U sux man, i never said that, u said it then u take it. Igt asl usl kita, u 27 then think like 27"
Mungkin dia bengang dan dia reaply " wt eva ana"

Lelaki, oh lelaki...

Disini aku cuma nak ketengahkan bahawa, tidak semua perempuan berumur 18 tahun tidak boleh berfikir secara dewasa, kami ada otak tuhan kurniakan, dan jangan sesekali pernah melupakan asal usul kita, kita orang melayu, buat cara orang melayu, lainlah kalau mata engkau biru, rambut engkau blond engkau nak mengaku anak omputeh pun tak ada orang kisah. Sedangkan jiran aku orang putih, pandai bertutur bahasa melayu, sedangkan pula kita sendiri orang melayu?

Selamat beramal dan renung-renungkan=)

2 ulasan:

BudaK_BlurR berkata...

hhahaa~~
aku suker part yang last skali tuu.

"selamat beramal dan renung-renung kan"

tapi..bukan ker..?

Renung-renung kan dan selamat beramal?

hahaha~~ tah laa..
tapi org tu cam dushbag dow..
yer-yer sangat..tah pah pe tah..

Farie Amrah berkata...

gagaga~ psycotic man..
bengang coz kna u x lyn ar tu..