Jumaat, 8 Mei 2009

middle of the winter

Seperti di tengah salji,
aku letih dengan kesejukan salji itu,
terpaksa tempuh walaupun sukar untuk aku mengorak langkah baru.

Satu per satu dugaan telah aku tempuh.

Babak 1-organiser baru belajar
Tempoh hari pada gig Satu Muzik, Satu Suara aku tempuh dugaan yang terlalu besar. Masalah barang2 instrument datang lambat. Cuba korang bayangkan, band semua dah sampai awal untuk soundcheck, tapi barang2 instrument masih belum sampai.

Ceritanya begini,
pada hari perjanjian barang2 instrument dibuat bersertakan pembayaran RM1k, pihak abang instrument cakap "baiklah, dalam pukul 10 barang2 sampai, dalam masa 15 minit kami boleh pasang barang siap".

Keesokan harinya, jam menunjukkan hampir 3.30 petang, tetapi barang2 masih belum sampai juga. Kolej aku berada di Maluri, tetapi abang instrument boleh sesat sampai Jaya Jusco, Cheras balakong.

Apa2 pun, gig telah berjalan dengan lancar, persembahan aku menerima komen yang baik. Terima Kasih semua di atas sokongan mereka2 yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Babak 2- So he sailed away
Hero, jauh dia datang, dari Terengganu ke Kuala Lumpur. Semata2 ingin berjumpa dengan aku sebelum dia masuk matrik. Hurm... Matrik?

Ya, Matrik. Buat pengetahuan korang, Hero 1 tahun lagi muda dari aku. Walaupun begitu, aku tak pernah merasakan sebarang perbezaan umur sebab pemikiran kami tak banyak beza.

Dia gelak, aku gelak. Tapi kadang2 tu, dia gelak dengan lawak bodoh dia sendiri, aku cuma buat muka pelik.

Hero sampai Kuala Lumpur pada hari Khamis lepas, 31 April 2009. Pada mulanya, pening juga pikir dimana dia mahu menumpang tidur, nasib baik kawan dia- Sabah ada.

Dia pulang ke Terengganu pada hari Selasa 4 May 2009. Kali ini tiada lagi tangisan selamat tinggal, sebab aku sendiri tak mahu ia terjadi lagi. Aku ingin jadi kuat untuk tempuh jarak diantara aku dan dia.

Terasa terlalu singkat hari2 aku bersama dia, dan kini terasa perit menempuh waktu yang bakal membuat aku memikirkan dia tanpa henti. Aku harap dia baik2 aja disana.

Babak 3- exam is around the corner
Final exam semakin dekat, 11 May 2009, Isnin ini. Ini yang membuatkan aku jarang update blog. Maaf rakan2 blog, aku tak sempat nak follow blog korang.

Aku masih belum sedia untuk tempuh final exam ini. Masih banyak yang aku perlu baca semula, aku mahukan Kepujian Dekan itu.

Harap2 dapat target apa yang aku sasarkan.

Babak 4- terhangat di pasaran
Pelik jika ingin dipikir, dan kelakar untuk dicerita.
Satu soalan yang aku ingin tanye pada korang, harap2 korang tinggalkan jawapan ini pada ruang bebelan.
1. Aku ni hot ker?
2. Sebab jawapan 1?

Aku ajukan soalan ini sebab baru2 ini bukan seorang, tetapi 2, 3, 4, 5 ,6 orang ngorat aku. Sekarang rutin aku, jam 11 a.m, aku dan Pahlawan akan lepak di Stevens Corner, Pandan Indah. Kami berdua akan menelaah bersama2 untuk bersiap sedia bagi exam nanti.

Pagi tadi sahaja sudah ada dua orang ngorat aku, seorang lelaki, dan seorang pengkid. Ha...pengkid? Aku pun kasar dan boobs aku pun keding macam dia kot, ada pulak nafsu terhadap aku yang naif nih?

Tak termasuk dengan mereka di kolej.

Paling tak boleh bla, pada hari Selasa yang lepas, pulang sahaja dari hantar Hero di Pudu Raya, aku naik bas Rapid u31. Agak sesak dengan cuaca yang panas memang aku rasa nak migrain di situ.

Di dalam bas aku terpaksa berdiri sehinggalah di Balai Polis Maluri aku dapat tempat duduk di sebelah Pak Cik dalam lingkungan umur bapa aku, 57 tahun.

Pada mulanya dia senyum, kemudian dia tanya "Dari mana nih?"

Aku jawablah macam biasa dengan muka malas nak layan sikit2. Kemudian meleret2 dia tanya. Pada akhir perbualan dia kata "Awak ambillah nombor saya, nanti miss call. Sampai di kedai nanti saya top-up kan awak. Saya cuma nak berkawan, nanti boleh kita lepak minum2. Jangan tak miss call pulak, saya nak top-up kan nih"

Pada pendapat korang, patot aku bagi sepakan maut atau smack down jer Pak Cik tu? Bapak aku lagi hensem kot....


12 ulasan:

BudaK_BlurR berkata...

hahahaha~~
ko memang hot dow..
sangat-sangat..
hehehehe~~
sahabat aku yang sangat hot..

Eerie Liuvyx berkata...

tu baru cket

Op Redz berkata...

hahahah~
jgn ckp hero je ske ko...
stndart bapak hero pn nk ko.
lawak gle dowh..
hahahah~

Eerie Liuvyx berkata...

hahaahah
sengal la ko nih Sabah!

fezaL Mohd berkata...

kakak kamo hot ye nk kenai leh hahaha

Eerie Liuvyx berkata...

aq tnyer psal aq,
ttbe kkk aq an
hum...
hahaha

Tanpa Nama berkata...

sbah nie dah lbh2...
agk2 ar an..
ade ke ptt ckp bpk ak plak..

tez berkata...

atau mungkin , kamu macam secebis lukisan. Satu lukisan yang penuh misteri, indah dan menarik, yang membuatkan seorang artis berusaha untuk mentafsirkan-nya. Sama macam menulis secebis lagu di kertas putih bukan? kamu menulis, tetapi tidak akan tahu kesudahan-nya.

lady and the bat berkata...

nanti bagi email u kat i

fatin berkata...

kau mmg hot kot.
ape daa.

Leo Fird... berkata...

Ermm..
nak kata ko hot..
aq pun x tau...
sowie beb..
tp aq rasa ko nie mmg kelakar..
aq slalu tgk blog ko sbb nk baca bnda yg m'narik & bljr skit2 ttg blog aq yg bru wat nie..

aainachentak berkata...

hahaha ta bley blah ek pacik tu!
aku rs ko lebih mkn cili ari2 tu psl ko jd "hot" babe!
*winkwink*;D