Rabu, 17 Jun 2009

begini aku adanya kerana kau

pagi ini aku dikejutkan dengan satu panggilan dari ayah...

ianya bukannya panggilan berunsurkan rindu, tapi berunsurkan kebencian dia pada aku. Ya salah aku sebab sudah lama juga tidak pulang. Tapi aku dah khabarkan pada emak tentang situasi aku disini. bukan menipu, tapi memang aku khabarkan perkara yang betul.

tapi pagi tadi ayah cakap aku dah macam tak ada mak bapak, tak ingat nak balik dan bla...bla...bla yang buat aku rasa kusut semenjak tersedar tadi.

kerana engkau aku jadi keras begini,
kerana engkau aku jadi pendendam berapi.

memang aku dan adik beradik yang lain jauh bezanya, akulah si pelik itu dan akulah si keras hati itu. segala cacian aku terima dengan tangisan dendam, dengan harapan aku ingin buat dia bangga dengan apa aku lakukan.

tapi selepas semua kejayaan aku dapat, terlalu sukar untuk dia ucapkan "tahniah, anak bak ini yang terbaik". susah sangat ke untuk cakap ungkapan tu, bukannya aku harapkan hadiah sebillion dollar.

mungkin korang pernah merasa ini, lepak dengan ayah sambil cerita pengalaman dia masa muda, keluar meluangkan masa dengan perkara yang kamu berdua sama-sama suka, adukan masalah kepadanya... tapi dengan nama tuhan aku berani cakap, aku tak pernah ada pengalaman itu.

tak pernah ada persefahaman antara dua makhluk ini,
tak pernah ada peningkatan cuma yang aku rasakan, kejatuhan.

tapi tuhan maha adil, aku ada emak, dan dia sayangkan aku.
aku punya kakak dan abang yang selalu sokong pelajaran aku.
tak apa, mungkin satu hari nanti engkau akan paham disebalik kerasnya hati ini.

percaya atau tidak, aku cuba mencari gambar aku berdua bersama ayah agar boleh diselitkan pada entri ini, tapi tiada satu pun yang aku temui, seingat aku memang aku tidak pernah bergamabr berdua bersama dia.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

things will change in time. sabar okay?

Cik Bunga Natasha berkata...

u saba je.
senang crita, u buat bagi dia bangga dengan u ja. nt dia sedar la.

Eerie Liuvyx berkata...

u guys, thx 4da care,
saya menghargainya=)

Cik Bunga Natasha berkata...

:) sb i phm keadaan yg u tulis

Ann berkata...

Lorh..ykew??
humm..kadang2..seorang ayah ni adew egonyew tersendiri..

sebagai anak..kite msty mengalah..
macam mane buruk ayah kite tuh..dye tetap ayah kite yang besaqkan kite.yang bagi makan.tempat tinggal sume..

so...care yg terbek..banyak2 berdoa erk..
tabah..

=)

BudaK_BlurR berkata...

haha~~
Babi..touching laa skiyal..
em..tu laa..
sama lebih kurg sini..same here..

tapi cuma zaman ketakutan daku bersama bapak aku sudah x da..

at least the bright side bagi aku tu..aku x menghadapi bpk aku lagi..dan kau perlu..

the bright side kau..
kau ader lagi bapak yang tepon kau..daripada aku x pernah langsung..
dan bpk ko,bertggung jwb lg..x mcm bpk aku..
bpk ko,talipon..marah ada sbb..bpk aku,x penah tepon..marah x da sbb..
dia rasa nak marah,marah laa..nak belasah kitaowg ke...hape ke.
bpk ko masih ingatkan ko..bpk aku?
tah ingat aku ke x?

at least ko tau bpk kau kat mana..yang aku x penah pasti bpk aku kat mana..sihat ke x..dah mkn ke blum..semakin kurus ke..? gemuk ke? ada misai ke..janggut ke..
muka dia pon aku dah x berapa ingat..

kau boleh wish dia "happy fathers day" depan muka dia..
yang aku..nak dekat 5 ke 6 tahun dah x penah cakap..

apa yg kau ckp sume tu..aku pon x penah buat ngan bpk aku..

walaupon kau ngan bziq cakap..bapak aku..bapak kau jugak.
kalau aku tetiba wish..??
tetiba bpk korg ckp..
"sejak bila pulak kau ni anak aku?"
haa~~! pulak da.. camner?

syukur laa dow..

Neb Dagga berkata...

Sebab kita perempuan. Bila minat kita tu bukan minat yang tipikal untuk seorang perempuan, memang susah. Cliche, tapi realitinya memang macam tu. Boleh kata normal kalau parents susah nak at least tunjuk yang dia tak benci dengan apa yang kita buat, bila apa yang kita suka tu, bagi diorang, tak appropriate untuk anak dara.

I feel you dude.

Aku dgn bapak aku bukan nak kata suam suam kuku lagi. Dah hangus dah. Hanya sebab aku tak suka hidup dalam sistem kapitalis, aku tolak hidup conformist yang tahu nak hidup mewah je. Tapi macam kau, aku simpan. Sebab dia, aku tahan lagi belajar benda yang aku tak nak. Sebab dia, aku tahan lagi kena campak sampai utara dengan surrounding yang close minded. Sebab dia, aku ikat diri daripada pursue benda yang aku betul betul nak.

Kalau bukan sebab aku sayang dia, aku rasa sekarang ni aku dah kawin, kerja ala kadar, hidup bergantung pada duit busking. Aku tahu aku akan happy je hidup macam tu, tapi rugi, sebab tak ada restu.

Kau pun mesti pernah rasa betul2 tak tahan kan. Rasa macam nak jerit balik semuanya. Rasa nak muntah semua yang kau pendam dari dulu. Kan? Aku pernah, mungkin dah lepas, point tu. Tapi untung aku ada tempat mengadu. Dan dia cakap

"Apa-apa pun, teruk mana pun, ingat family. Kalau tak tahan sangat, lepas dan tanggung akibat. Tapi yang penting, ingat family,"

Aku pegang kata-kata tu. Setiap kali aku balik rumah dan pandang muka bapak aku yang jelik tengok aku, yang rasa jijik tengok aku, aku ingat balik kata-kata tu. Aku pun tak kuat. Tapi, kita cuba. AKu percaya dengan macam ni, aku tak derhaka. Kau pun bukan. Sebab kau tahan.

Pada aku, dengan family, kita kena hipokrit. Bukan maksud aku jadi orang lain, tapi sorokkan sikit diri kita yang diorang benci sangat tu, supaya diorang senang hati. Biar kita sakit, sebab kita anak.




Arghhh emo sial. Anyways, good luck untuk kau :) Buat je apa kau suka. And bak kata Budak Blur atas ni, kita untung kita still boleh jumpa bapak kita lagi.

Neb Dagga berkata...

And maaf menyibuk pula :) tapi i guess i could relate.

Eerie Liuvyx berkata...

damn,
nih rekod komen terpanjang aku penah dapat.
thx again guys,
korang inspirasi terbesar=)