Ahad, 22 Mac 2009

Tembakan gambar (photoshoot)

Semalam, sekitar jam 12.30p.m, suatu tangkapan gambar dilakukan.

Model: Aku
Penangkap gambar: Keyon, Dom, Apis dan Waja
Lokasi: Banggunan lama berdekatan dengan Muzium Telekom

Ini merupakan pengalaman baru bagi aku. Pertama kali aku jadi model. Sebelum ini cuma bergambar dengan kawan-kawan dan family.

Pada mula aku agak kekok, dengan cuaca panas bertambah dengan reflector yang menyilaukan mata. Sebenarnya penembakan (shooting) bukanlah perkara yang mudah. Ada juga perlu duduk di atas tempat kotor tanpa kasut, panjat tingkap tunggu nak roboh. Agak merbahaya semuanya pada hari itu, tapi hasilnya…Naaah…Lumayan!



converse always look best

Seorang penangkap gambar bernama Dom suka menembak dengan aku. Katanya aku fotogenik. Dia juga ada meminta aku menyain beberapa kertas pada masa akan datang, katanya dia mahu terbitkan gambar aku di majalah. Aku akan dibayar dengan mata wang USD. Mudah-mudahan perkara yang dikatanya semua benar semuanya.

Perkara yang paling tak boleh dilupakan, aku terpaksa panjat tingkap tinggi, moodnya terbaik. Mereka shoot dari bawah dan aku di atas. Agak merbahaya, tapi aku bukan jenis perempuan yang mengada-ngada lembik dimana-mana. Kata Waja “Selamat Keyon bawak model ganas-ganas, senang kerja kita hari ini”

Dom cakap esok-esok dia mahu menembak dengan aku lagi. Tema kali ini gothic. Aku sukakan bahagian itu, aku sudah pikirkan apa yang mahu dipadankan besertakan dengan dandanan hantu itu. Ah, tak sabar ni!

7 ulasan:

abcdemb berkata...

tembakan :D
ana bab gothic smgt!
pengalaman ;)

Eerie Liuvyx berkata...

hahaha
kau buat aku gelak besar duh..

Tanpa Nama berkata...

awesome! nice pictures man.. :)

keyonfreakpic berkata...

thx coz sudi die photoshot kan..

Eerie Liuvyx berkata...

thx keyon ajk i diphotoshoot kan=)

BudaK_BlurR berkata...

yer la ko..
kalo aku tau..
aku charge laptop ko..main cs dow..
lama kot tunggu time tu..slamat Bziq ader..

Farie Amrah berkata...

nice shots!!