Selasa, 3 Mac 2009

siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya

indahnya bahasa yang dituturkan,
sehingga menutup nanah dimukanya,
sehingga diangkat tinggi kelangit.

indahnya janji yang disematkan,
sehingga mengaburkan pemandangan,
sehingga menidakkan segala kesangsian.

tidak apa, hari ini hari dia.
mungkin esok dia akan terjelepuk jatuh,
lalu membingkis apa yang perlu,
menerangkan apa yang bindeng,
melenyapkan kebingitan itu.

iya, engkaulah pahlawan,
mampu menawan kawasan taklukan,
di atas naungan kepincangan,
lalu engkaulah raja, enkaulah pahlawan.

terima kasih kawan engkaulah teman,
tidak lupa juga terima kasih kerana memakan secara diam,
keatas kata-kata selongkang itu.

engkau telah mengajar aku erti hidup

Tiada ulasan: