Rabu, 25 Februari 2009

Morphine dan DOUBLE BASSnya.

Subjek pada hari ini yang ingin diperkatakan adalah sudah jelas dan terang, DOUBLE BASS. Menurut kamus dewan bahasa, DOUBLE BASS bermaksud bass besar, seperti biola yang besar. DOUBLE BASS selalunya dimainkan dalam kumpulan okestra. Jenis muzik yang selalunya dimainkan adalah jazz dan klasikal. DOUBLE BASS ini berperanan untuk memberi bunyi yang sangat rendah. Dah nama pon bass, mesti lah beri bunyi yang sangat bass kan?
DOUBLE BASS ini boleh dimainkan dengan dua cara iaitu dengan menggunakan bow atau dipetik menggunakan jari. Ramai orang cakap, nak main alat muzik ini memerlukan kos yang tinggi, memang betol pon. Bayangkan, tali sahaja sudah mencecah RM600. Bow mencecah RM1000 keatas. Belom dengar harga DOUBLE BASSnya lagi, mesti korang akan ternganga dan terus cakap “ah, blaja gitar sudey” sebab tu apa yang aku cakap dalam hati bila dengar harga tu.
Sebenarnya, tujuan entri ni adalah hanya ingin berkongsi pengalaman dengan semua orang tentang DOUBLE BASS. Aku tau DOUBLE BASS ni pon dari Morphine sebab dia merupakan seorang player DOUBLE BASS di UITM, dia amik jurusan muzik di sana. Sekarang ni dia dah tahun yang ke-2 atau sem ke-4.Tak padan dengan badan kecil, DOUBLE BASS tu lagi besar dari dia kot. Tak percaya tengok nih,



Pada Jumaat yang lepas, setelah kelas tamat aku sempat ikut Morphine ke Fakulti Muzik di UITM. Seperti yang dijangkakan, ramai mata-mata yang melihat aku masuk kesana. Ya, mereka pandang aku, tak tau la kenapa. Mungkin sebab aku orang asing atau mungkin sebab mereka cam muka aku time aku perform disana tahun lepas. Mana tak, aku sorang jer yang nyanyi ada scream2, perempuan pulak.
eh, Sambung balik pada cerita, tujuan aku ikut Morphine pergi fakulti dia sebab pada hari tu dia ada tolong senior dia untuk perform lagu yang dikompos sendiri oleh 5 orang kepala senior(ayat pelik). Jadi aku rasa semangat gila bila dengar orang luar boleh datang tengok.

Lagu yang dicipta oleh senior dia memang A+. Bayangkan, orchestra campur gamelan. Alat muzik yang ada dalam kumpulan muzik tu biola, gamelan, gong, rebana, flute, clarinet( ala, yang squitwerd main dalam cerita sponge bob tu la) DOUBLE BASS sudah pasti, cello dan beberapa alat muzik lain yang aku tak berapa nak ingat. Ini video yang aku sempat rakam. Maaf, kualiti tak berapa nak bagus sebab aku segan nak pergi ke depan dan rakam, ramai orang kot!



Lagi seorang player DOUBLE BASS tu nama dia Pali, dia pon dasyat gak, Morphine cakap dia baca togey macam baca buku cerita budak darjah satu, yang kita ni dok nak kira-kira lagi. Senang cerita, dia memang dasyat main lagu jazz. Morphine pernah cakap, DOUBLE BASS tu girlfriend nombor dua dia, oleh sebab tu aku selalu panggil DOUBLE BASS dia si gemuk, hitam pendek.huhu… Harap-harap Morphine berjaya dengan benda yang dia pilih ni, AMIN=)

6 ulasan:

dianalulu berkata...

eerie!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

walaupn,die si gemuk itam pendek tp die nie xbyk mulut mcm syg tau.hahahaha..

Eerie Liuvyx berkata...

ah,
diam r babi pink
tembak buat sup tau la

Tanpa Nama berkata...

kecoh plak beruk luar nie..
tarik bulu idung baru tau :P

Tanpa Nama berkata...

sabtu nie dtg tgk zz perform lg tau....

neb berkata...

omg ana!fakulti muzik itu adalah sebuah bangunan yg bereda di dalam intec.dan intec itu adalah college aku.dan aku adalah pelajar disitu.dan studio architecture aku berada tidak sampai sejengkal dgn bagunan muzik tu haaa...kenapakah anda tidak memberitahu aku bahawa anda selalu kesana.tidaaaaaakkkk..kesimpulan..
tlg bgtau sayer yg comel ni jika anda kesana lagi ok!!!!!saye rindu anda! :)