Jumaat, 6 Februari 2009

The one and only until the end

insan yang akan saya ceritakan ini mungkin merupakan orang yang paling malang, dan mungkin juga orang paling bertuah kerana dicintai dan disayangi oleh Nurul Farhana bt Pungut.

al-kisah tersebutlah suatu cerita,

"1 November 2008 merupakan hari yang sangat istemewa bagi aku dan my morphine. Bagi korang semua, tarikh tu cumalah hari biasa, tapi bukan bagi kami, pada tarikh itulah kami mula berkongsi perjalan hidup bersama.

dia yang aku cuba ceritakan disini adalah Mohd Azizi b Azman b Hamsah.Tanpa sahabat aku Fatin Bazilah atau lebih dikenali dengan nama The Slash, mungkin kami tak akan kenal sampai mati.

Morphine adalah segala-galanya bagi aku, orang yang mampu membuat aku ketawa, menangis dan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Sememangnya kami sering gaduh tentang benda yang remeh, tapi percayalah satu hari nanti kita akan bebas dari semua masalah ni.

Pada mulanya,
Slash cerita kat aku tentang Morphine, Slash cakap yang Morphine ni hot, dan dia baik sangat. Slash minat gila kat Morphine sampaikan dia cakap Morphine adalah yang terbaik. Pada mulanya aku buat tak tau aje dengan Slash cakap tuh sampailah suatu hari aku pergi ke UiTM tempat mereka belajar, aku terserempak dengan Morphine. Badan dia kecil tak kecil sangat, tinggi sedikit je dari aku, putih dan mempunyai senyuman yang paling ikhlas dan manis yang aku pernah nampak. Tapi macam mane, Slash dah cop dulu.

Keputusan awal yang ingin aku lakukan adalah, enyah saja perasaan ini dan biarkan ianya berlalu. 2 3 minggu selepas kejatuhan hati, aku dapat nombor telefon Morphine sebab waktu tuh Slash suruh aku sms Morphine ajak dia lepak di NZ Wangsa Maju. Bermula dari situ, Morphine selalu sms dengan aku, setiap kali sms masuk, setiap kali itu jugalah hati ini berkata " Ana, kau tak boleh buat mcm nih, Komfom ko mati kalau kau teruskan". Tapi dalam masa yang sama ketika sms masuk hati ini berdetik "mintak-mintaklah sms dari Morphine".

Keadaan itu berlanjutan sehinggalah 1 November 2008 Morphine ajak aku pergi open house rakannya Huzei di Ampang. Walaupun hanya ke open house, aku terasa sangat teruja kerana ni merupakan kali pertama kami keluar berdua tanpa Slash. Aku masih berasa bersalah tapi aku teruskan juga kisah ini.

Di open house tu ramai kawan Morphine yang hadir, semuanya baik dan hot. Tapi langsung tidak mengaburi pemandangan aku kerana Morphine ada depan mata aku. Kami berkongsi ayam bbq bersama dan makan bersama. Dia suap aku, walaupun kami belum declare apa-apa time tu. tapi dia ada bagi hint yang dia ingin mengatakan dia juga merasakan yang sama dengan apa yang aku rasakan. Memang aku terbangan ketika itu.

Kami bermain PS2 di open house tu. Dia duduk disebelah aku. Tiba-tiba dia baring di bahu aku dengan senyuman yang tak mungkin aku lupakan, dan menggenggam erat tangan aku. Dalam hati aku berkata "mungkin inilah yang dikatakan cinta".
Sehingga sekarang kami tidak melakukan sebarang declaration yang mengatakan kami pasangan kekasih. Tetapi yang paling penting bagi kami adalah cinta yang dibina ini tidak bertepuk sebelah tangan."

Terima kasih zizi sebab tak pernah menghampakan ana dan berikan kehebatan dunia yang orang lain tak dapat lakukan sebaik zizi, mengubah ana menjadi orang yang lebih bagus dan membuka mata ana bahawa cinta sejati masih mujud di dalam dunia ni.

Aku minta maaf kat kau Fatin sebab aku dah potong line kau, aku tau kau btol2 sakit hati ngan aku time aku bagi tau perkara yang sebenar. tapi kau sentiasa kawan sejati aku dan aku minta maaf sebab aku terlampau pentingkan diri aku, aku terharu giler biler ko cakap "relaxla bai, kita kan kawan". siyes shit aku nangis time tu. Mmg lpas perkara tu berlaku kita dah xserapat dulu, aku sangat2 berharap kita akan ngam cam dulu lagi. Lpak mapley sampai pagi time kite xboleh tido, girls talk sampai pagi. aku betol2 rindukan moment kite yang dulu. Sekali lagi, aku minta maaf..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice.. cerita yg agak menarik.. wahh alhamdulilah anda telah bertemu dgn kekasih hati anda.. tahniah buat anda..

Eerie Liuvyx berkata...

shiapa ini deh,
gunakan nama anda plz..
thx 4 drop by=)

SYD Rahim berkata...

ALAHAI COMELNYA. Melainkan saya yang putus cinta hahahahaha. Tak apa, moga anda berkekalan. :)

Eerie Liuvyx berkata...

thx kamu=)