Sabtu, 14 Februari 2009

bloody valentines

kekasih vs kawan-kawan

Seperti tahun-tahun sebelum ini, aku tak pernah sambut valentines day. Ini kerana sesetengah pihak berpendapat hari ni merupakan hari kemenangan askar2 kristian menakluki negara islam. apa-apa pun yang mereka dan keluarga mereka katakan, aku tak pernah kesah pon sebab tiap2 hari pun aku sambut kasih sayang nih terhadap morphine, keluarga dan kawan2.

sebenarnya entri ni dihantar untuk menyatakan bahawa aku sangat sayang kawan-kawan aku yang selama ni dah banyak bersusah payah demi aku.

kejadian aneh malam tadi
jam menunjukkan tepat pukul 11.30 malam. aku menatap telefon bimbit aku yang tidak berbunyi untuk jangka masa yang agak lama. keadaan bosan macam ni buatkan aku termenung, dan terlayar ke kisah2 happy aku bersama kawan aku yang aku sayang sangat2. Linda Erwina(pahlawan) dan Fatin Bazilah(the slash).

Malam semakin larut tapi aku sendiri tak dapat lelapkan mata. Tak tahu kenapa, aku tetiba casa cam rindu bagai nak mati dekat buddy aku 2orang tuh. Sebelum aku kenal morphine, hampir setiap saat aku luangkan dengan buddy aku. tapi lepas dah ada morphine aku cam da mula renggang dengan buddy aku dan dorang dah mula cakap "yelah, orang dah ader bf, mne nak lepak ngan kite"

siyes shit aku paling tak suka dengar ayat tuh, agak menyakitkan. semenjak buddy aku dah pindah ke Shah Alam, hidup aku agak bosan dan tak seExtreme cam dulu. Entah camne ntah, tetibe malam tadi aku nangis sebab rindu sangat2 kat dorang. Kalu time2 cam ni dulu mesti aku tengah lepak ngan buddy dan buat benda bodoh yang selalunyer dirancang last minit.

Malam tu aku hadapi dengan tangisan yang agak sedih, rindukan kawan2. Pada mulanya aku menyalahkan morphine sebab dia tak berapa suka aku lepak ngan buddy aku sebab takut aku tak layan dia bila dah jumpa buddy. Tapi bila aku pikirkan balik, memang aku over excited biler dah jumpe buddy aku sampai dia tertinggal pon aku tak sedar.

Untuk morphine
"Ana mintak maaf atas kejadian malam tadi dan pagi tadi. Harap lepas nih kita tak akan gaduh tentang perkara yang sama lagi. Selalu ingat nih "persamaan kawan-kawan dan bf adalah ana sayang kedua2nya, tak ada kurang, tak ada lebih. Apa yang membuatkan Zizi istimewa berbanding mereka adalah cinta". It is two different thing."

untuk Pahlawan
"Terima Kasih sebab selama ini kau dah jadi kawan aku yang paling setia. Aku takkan lupakan semua benda yang kita dah alami bersama, paling tak boleh lupe kite pergi clubbing dan ko dance walaupun tak tau.. Dan aku rindu giler moment kiter makan nasi lemak pagi2 dalam kereta ko and aku rindu kat Manje sangat2(xda kene mengena dalam hal ni). Thanx ko dengar ape aku nak cakap malam tadi, dan aku rasa malam tadi merupakan kali pertama kau dengar aku menangis. Aku harap kau paham dengan situasi aku dan selalu jadi Pahlawan Pasir Salak aku!"

untuk The Slash
"Kejadian malam tadi mungkin ko tak tau. tapi aku sure Pahlawan da cite kat ko. Siyes shit aku rindu gler kat korang semalam sampai aku nangis. tak tau nape. Aku tau kalu aku call ko komfem ko gelak..huhuu..sebab tu aku buat keputusan aku call Pahlawan. dah la tengah-tengah pagi call aku semata-mata nak citer pasal skendel baru dier. aku tanyer pasal fitri tetibe nak marah. xpaham aku. Aku nak cakap thanx jugak kat ko sebab selame nih ko pon banyak aku susahkan. time aku baru masok kolej dlu aku xtau nak bwat ape kalu ko xder. Aku untung ader kawan cam ko, aku jer xpernah nak hargai korang suma. aku mintak maaf sebab slame ni aku dah banyak skitkan hati ko. Aku takkan lupe lauk telor masak kicap yang dlu ko masakkan untuk aku, dat was perfect dude. Aku rindu nak makan bende tu lagi. Semoga kau masak byak2 lagi untuk aku."

Antara koleksi gambar yang aku suka


Rumah Linda 2008 *siap buat wallpaper kat hp adik die


Pahlawan dan the slash (senyum nak same jer)


Rumah Pahlawan 2008


Times Square toilet 2008

Dalam kereta *otw to Birthday Party



Battle of the Band 2007


Dataran Merdeka 2008

5 ulasan:

mika berkata...

sy yg pertama kument
ahaha!

Eerie Liuvyx berkata...

stakat komen nak ckp deir yg pertama bek xpyh
hahaha

mika berkata...

abs tuh nk komen ape?
sy jeles
name n psl sy tak
tertera
di situ?
adess
saket jantung la cmni!

Mika Jonas berkata...

tlg la update post blogger ni syg..
adess..
bosan la singgah2 je
xupdate..
rindu la kot..
ahahha

BudaK_BlurR berkata...

Hehehe~~
terharu dowh~
nangis aku..
penghargaan yang betol-betol berharga nie..