Sabtu, 14 Mac 2009

Friend or foe?

Love for another,
live for each other,
lie on the cover so,
are we friend or foe? –T.A.t.U(friend or foe)

Entah kenapa, lagu itu yang kerap bermain dalam hati. Berulang kali pada baris yang sama. Sejak mata ini dibuka pagi tadi.
Malam tadi merupakan malam yang panjang. Ah, bergaduh lagi dengan Morphine.
Kata-katanya masih terngiang-ngiang di telinga
“Kata-kata Ana semua tak boleh pakai.”
“Ana nih memang tak boleh pakai.”
“Banyak lagi perempuan yang lagi bagus daripada Ana nih.”
“Patutlah bf sebelum ni tinggalkan Ana, rupanya dorang dah tak tahan dengan perangai Ana sendiri.”
“Ana memang, LEBIH PENTINGKAN KAWAN-KAWAN DARI BF SENDIRI.”
*flashback
Minggu ini aku meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Pada petang yang lalu aku ada berborak bersama Kak Uteh, kakak aku. Dia merupakan pendengar setia kepada adik angkat aku yang juga merupakan kawan baik aku. Aracy namanya disini. Aracy ada menceritakan masalah aku dengannya pada Kak Uteh, dia kata “Since Ana dah couple dengan Zizi, saya terasa dipinggirkan juga. Kiteorang dah tak rapat macam dulu. Terasalah jugak”
Pada petang itu, Kak Uteh ajak aku untuk berjalan bersama membawa anaknya ditaman. Sambil berjalan kami berborak.

Kak Uteh : Kau serius ke dengan Zizi?
Aku : Boleh tahanla.
Kak Uteh : Macam mana pun seriusnya korang, jangan lupa KAWAN LAGI PENTING DARI SEGALA-GALANYA. Kalau kena tinggal dengan bf sapa juga yang kau cari? Lainlah kalau kau dah kahwin, kau nak hidup berdua selama-lamanya tanpa orang lain pun taka pa, tak ada orang yang kisah. Kesian Aracy, time dia perlukan kau, kau tak ada.

Ah, bertepek aku kena.
Telah aku bincangkan perkara ini dengan Morphine. Sejak 1 Nov kami berkenalan, kami hanya akan bergaduh tentang perkara yang sama, KAWAN. Telah aku ingatkan kepadanya dari awal, kawan-kawan aku lebih penting dari segala-galanya.

Aku tidak bermaksud untuk berkata yang buruk tentang engkau Mohd Azizi b Azman b Hamsah. Tetapi ini cerita patut dikongsi dengan semua. Sebenarnya betapa bagai nak gila aku ingin selesaikan perkara yang selalu terjadi berulang kali.

Aku ingat kata-katanya,
“Zizi tak boleh nak terima kawan-kawan Ana, telah dicuba tapi tak mampu.”
Bagi aku, baik buruk kawan-kawan aku, mereka tetap kawan-kawan aku.

Engkau ada kawan-kawan yang sanggup datang dari Shah Alam ke Nilai, tengah-tengah malam, semata-mata rindukan kau, nak lepak sekejap pun, jadi?

Engkau ada kawan-kawan yang berkata, “Aku sayang kat kau” dengan muka yang sangat serius dan amat-amat memaksudkannya?

Engkau ada kawan-kawan yang pernah mandi bogel bersama (Slash, relaks sudah)?

Engkau ada kawan-kawan yang sentiasa ada dengan engkau walaupun engkau dah banyak kali buang dan kutip mereka semula?

Dan paling penting sekarang, engkau ada kawan-kawan yang sayang engkau lebih dari kekasih engkau, sanggup utamakan engkau dari kekasihnya, sanggup lakukan apa-apa sahaja untuk engkau?

Mereka segala-galanya untuk aku Morphine. Engkau terima sahajalah hakikat ini. Telah aku peruntukkan Ahad hingga Khamis untuk engkau, dua hari sahaja masa aku bersama kawan-kawan. Masih tidak mengerti? Tidak cukupkah masa yang selama ini kita luangkan bersama tanpa gangguan oleh mereka? Tidak cukupkah kasih sayang yang aku berikan ini sehingga aku seringkali menangis tentang engkau hampir setiap malam.
*Ana penat sayang…Please…
Semalam kita bergaduh lagi tentang perkara yang sama, walau seribu kali pun pergaduhan kita, tentang benda yang sama. Engkau kata “Kalau Zizi sanggup korbankan kawan-kawan Zizi untuk Ana, kenapa Ana tak boleh.”
*Jangan sayang.
Tak pikir apa riaksi kawan-kawan engkau kalau mereka dengar macam tu? Engkau lain Morphine, aku lain.
Kata-kata terakhir yang Morphine katakan pada aku malam tadi
Zizi dah tak kisah dengan apa yang akan berlaku dah.”
“Lepastu, kalau Ana nak blah pon sayang tak kisah dah?”
“Zizi dah tak pikir apa-apa, dah tak kisah langsung. Ana lepaklah dengan kawan-kawan Ana tu, Ana pikirlah dengan kawan-kawan Ana tu, Ana pikir sendiri.”


Aku tidak mengerti kata-kata itu dan ianya masih menghantui pemikiran aku.

7 ulasan:

Mika Jonas berkata...

relax la..
life must go on..
kwn2 kn ade..
org pon ade,even senyap2 ditinggalkn...
still b by ur side..
tc.

Shereena berkata...

bagi aku maki hamun dye leh? asl cam babi?

~Photo Freak~ berkata...

aku mmg benC lelaki type yg macam ZIZI..aku ulang...SESAPA YG BERANI MEMPERSIAKAN IDUP ADIK AKU..aku akan cantas kotek dier...buduh nak mampos...eh zizi kalau ko baca nih aku nak pesan ko tak yah lah nak mengelabah sampai tak bley nak terima kawan2 ana...konon!buleh mati ar beb...ko ingat ana tak de orang nak ker?
beb!berderet lah org nak sign borang!!!
ko je BUTA..CACAT penglihatan..otak tak ley PIKIR....

Eerie Liuvyx berkata...

hahaha
gile r bekup...

Tanpa Nama berkata...

im still here 2 support u...
u r tough babe...
friends r the precious thing in our life...

Arm berkata...

im still here 2 support u...
u r tough babe...
friends r the precious thing in our life...

BudaK_BlurR berkata...

em..aku terlepas dow pasal post nie..
baru terbaca..

aku ingat time aku cakap mcm tu kat ko..
babi..menangis-nangis aku sial..
touching giller..
emo pulak malam nie..drpd lepak kat maple tadi..spai skrg emo lagi..
nak comment pon menangis-nangis lagi..
camner..?