Isnin, 9 Mac 2009


cuti pertengahan tahun telah pun bermula,

*bosan*,

aku pulang ke Nilai ke pangkuan appa, amma.
Sampai sahaja aku kerumah berlari keatas untuk berjumpa dengan amma
*peluk.

Amma : Kenapa lama sangat tak balik nih, mak menangis haritu rindu sangat kat kau, call pon tak
Ana : Yela, nak call apanya mak, kredit pon tak ada.

*cium



Aku berbual panjang dengan amma pada hari itu, sambil baring di pelukannya, bau badannya yang sangat aku rindukan. Pada ketika itu barulah aku sedar, hidup aku tak akan bahagia tanpa amma aku seorang nih ZAHARAH BT MOHD ALI.

Amma aku yang selalu aku panggil MAK, barangkali bukan sesiapa bagi kamu semua, tapi bagi aku dia adalah sesiapa(ha?). Satu-satunya pendengar yang setia, hampir setiap masalah aku akan aku khabarkan padanya, hampir semua hidupkan dihabiskan bersamanya.Seseorang yang tak mungkin digantikan, oh..tidak sama sekali.

Amma aku pandai memasak, bukan setakat pandai, tapi sedapnya masakan dia sehingga membuat aku menangis ketika sedang menghirup maggie di rumah sewa. Sedapnya masakan dia sehingga aku termimpi, bangun sahaja dari tidur perkara pertama yang akan difikirkan "mak masak apa ya hari ni?". Sedapnya sehingga membuatkan makanan di luar tiada tandingannya. Amma is my best cheff.

Amma aku pandai menjahit, hampir setiap tahun baju raya aku amma yang jahitkan. Bukan sebab apa, tapi memang Amma jahit sahaja yang buatkan aku rasa selesa. Jika mahu diceritakan, barangkali korang tak percaya, aku tak pernah beli baju sekolah yang dah siap, setiap tahun Amma yang jahitkan. Disebabkan beli kain lebih murah daripada beli yang dah siap, baju sekolah aku lebih banyak daripada kawan2 yang lain.

Aku masih ingat ketika Appa aku tendang pintu bilik aku bagai nak roboh, aku didalam bilik ketakutan, Amma superhero aku pada waktu tu. Amma yang selamatkan aku daripada tendangan maut Appa. Selepas kejadian tu, aku lari rumah selama hampir sebulan. Hari ibu pada waktu itu, aku masih ingat betapa rindunya aku dan betapa bersalahnya aku. Aku menghantar kad Hari Ibu kepadanya dengan diiringi seribu tangisan. Ada juga aku menelifonnya, tangisannya membuat hati sekeras batu ini pecah keegoannya. Aku pulang juga tanpa berkata sepatah haram dengan ayah sehinggalah hari pendaftaran kolej.

Amma selalu jadi guardian angel aku. Amma selalu masak makanan fav aku. Amma cun waktu muda2 dulu, saloma pon kalah. Aku pon tak secantik dia. Amma selalu bercerita tentang zaman kanak2 sehinggalah zaman percintaan dengan Appa.. Amma selalu pesan "jangan penah berjanji apa2 dengan lelaki sebab kita tak tau siapa jodoh kita" Tapi aku tak pernah dengar pon.

Perkara pertama yang kami lakukan bersama pada hari itu adalah, aku ajar Amma pakai handphone. Amma penah ada handphone sebelum ini, tapi aku guna sehingga bil mencecah RM1000++. Setelah hampir 5tahun baru dia sambung guna hp semula.

Pulang sahaja kerumah, seperti yang aku harapkan, Amma masak lauk kegemaran aku. *dengan mata bersinar-sinar

Sekarang Amma perlu jaga anak buah tunggal aku. Nakalnya dia.. Habis Amma aku di Smack Down. Aku anak yang bungsu, aku akui aku cemburu Amma sayang anak buah aku lebih2. ahahahah
Sayang Amma Sgt2!

3 ulasan:

~Photo Freak~ berkata...

denn pon sayunk bangat sama mak den...mak lah segalo2 ya bagi den..bapak den pon den sayang...sapa soh ekau melayan kato2 dio...dio ok jo kalau ko ok...huhuh..den suko mak den masak...tapi kat sini den nak kumplen lah..mak den kalau jahit baju semuo bosau2...huhuh tak nampak bentuk badan den nih dak ah...hahahah...tapi pape pon mak n bak mmg rawkz....

topeX.exe berkata...

wehh...
yg ko lari umah tu pesal ehh..?

BudaK_BlurR berkata...

heh..
sob..sob..
Comell..nak peluk mak aku ar..