Isnin, 23 Mac 2009

hahahahah kuasa empat

dah lama tak tulis entri dengan cerita-cerita bodoh. Asyik nak cerita sedih jer, entri kali ini mempunyai unsur-unsur 18sg.

Semua jalan cerita telah diterjemah ke dalam bahasa melayu
Tersebut Al-kisah, pelancong Malaysia melancong ke Arab. Sedang dia melancong di kawasan penternakan unta, dia ternampak papan iklan "2 riyal untuk menaiki unta". Hati pelancong itu pon sangat gembira.

Dia pun pergi bertanyakan kepada pengembala
Pelancong : Wa nak naik unta.
Pengembala : 2 riyal, goverment tax 1 riyal. Semuanya 3 riyal.
Pelancong : Amik kau.
Pengembala : Cop, cop.. Nak naik unta ini ada caranya. Kalau nak jalan cakap ALHAMDULILLAH, nak berhenti cakap ALLAH HUAKHBAR.
Pelancong : Okie dokie

Pelancong itu pon menaiki unta dengan suka hati. "Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah" Makin laju unta itu berlari. Pelancong cuba breaknya makan atau tidak "Allah huakbar" *eeet... Unta pon berhenti."bagus, bagus".

Semakin gembira hati pelancong itu. Maka dia pon sebut "Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah" kedegek-kedegek unta itu berlari. Lajunya tidak berkeperi. Macam-macam aksi yang dilakukan. Drift, wekang, wili suma buat juga.

Tiba-tiba dia ternampak tebing curam. "Alamak! Lagu mana nak break nih! Astaghfirullahhalazim, Innalillah" Semakin menghampiri tebing. "Ah!!! Allah huakhbar!" *eeeeeeeet... Unta pon berhenti. "Alhamdullilah"

Innalillah hi wainnalillah hirajiun..

2 ulasan:

zainalalieff berkata...

haha this makes me laugh like hell.

BudaK_BlurR berkata...

aku ingat lagi 1st time asif bg tau cite nie..
Gelak giller dowh..
wahahaha~~