Jumaat, 27 Mac 2009

Girls day out-curi time

Kelmarin merupakan hari sukan kolej aku. Acara sukan ini merupakan julung kalinya dilakukan. Acara perasmian dan semuanya dilakukan dengan cara yang sederhana dan meriah. Acara ini dilakukan di Kompleks Sukan Kampung Pandan.

Aku menang untuk acara 4x100 m tempat pertama,buat pengetahuan korang semua ini merupakan kali pertama aku memasuki acara jarak dekat. Bagi acara 400 m pula, pada peringkat separuh akhir aku berjaya tamat ke garisan penamat pada tempat pertama. Peringkat akhirnya pula dibuat pada bahagian petang. Cuaca semakin terik membuatkan aku pening kepala. Disebabkab oleh itu aku kalah pada peringkat akhir, tempat keempat. So sad=(

Cuaca semakin panas membakar kulit aku. Pulang sahaja kerumah aku menanggalkan baju, ah…kulit berbelang lagi.. Aku tidur tanpa pakai baju..
Sedar sahaja dari tidur, ada mesej=)

Dari Pahlawan : wei ko katne?
Dari Hero : I on9 nih, br lepas bersauna dalam kereta.
Dari Arm : Salam, bz ker..


Aik, banyak pula orang mahu mesej aku. Tapi semua aku tak layan sebab tak ada kredit. Beberapa minit selepas itu telefon aku berbunyi. **slash**

Slash : dimana kau?
Aku : Rumahla, baru bangun tido. Asal? Ko katner?
Slash : Aku kat Shah Alam nih, tak dap ape la, saje call rindu ko..


Aku pon macam….Tak pernah pulak dia buat macam nih…Ah…lantak la..

Baru sahaja aku ingin melelapkan semula mata pintu rumah dibuka.. Kus semangat.. Dahla pakai bra je ni tidur! Sekali tengok-tengok Slash dan Pahlawan sampai rumah.. Yea! Siot, dorang memang suka buat kejutan.

Pada masa itu kami bertiga memang sengkek, tak ada duit nak makan. Rumah aku hanya ada Maggie. Aku pula dari pagi tak makan lagi. Apa lagi, pergi rumah Pahlawan la bakau darah. Tak lupa aku bawa sekali semua baju kotor aku suruh maid Pahlawan basuh.. Rumah tak ada mesin basuh kot..

Setelah kenyang perut masing-masing, Slash cakap dia mahu jumpa cinta hati dia.. Kami pon ikutkan sahaja.. Jumpa sahaja, Asif (bf slash) berkata “aku belanja harini. Jom la pergi mana-mana korang nak” Dalam hati, aduh rugi jer makan kenyang-kenyang kat rumah Pahlawan. Ah, makan jer lagi, orang dah nak belanja.

Selepas habis makan semua, aku ikut Pahlawan dan Slash pulang ke rumah sewa mereka.
Pahlawan memandu, Slash duduk dibelakang dan aku pula duduk dihadapan.

Dalam perjalanan pulang kami ternampak di tepi jalan lampu merah kelip yang selalu kontraktor pegang(ala….yang panjang cam pedang star wars tu), digantung di papan tanda awas. Kalau mahu dicapai boleh aja dari kereta.

Untuk pengetahuan anda, Pahlawan mempunyai tabiat untuk mencuri barang-barang tepi jalan, aku juga begitu. Hasil curian yang telah berjaya dikumpul setakat ini kon Parlimen Malaysia, kon Polis, lampu kelip-kelip bulat warna merah dan kuning, papan tanda “lampu isyarat dihadapan”, “dilarang masuk, kawasan pembentungan”, “stesen LRT Ampang”. Sudah lama kami mahu mencuri lampu kelip-kelip merah cam pedang star wars tu, sebab agak susah nak tengok dia gantung macam tu sahaja.

Aku suruh Pahlawan pusing semula ke tempat target tadi. Ah…banyak pula kereta.. Kami berhenti di tepi sebentar membenarkan kereta lain jalan dahulu. Jantung aku berdegup laju kerana aku yang perlu mencapai benda alah tu dari tingkap. Ah…nekad.
Kami pun melaui kawasan tadi, aku buka tingkap seluas-luasnya… Hampir sampai.. Aku pun mencapai benda alah tu, alamak, tersangkut! Aku pon tarik kuat2 Pahlawan memecutkan keretanya..

Yea! Dapat juga benda alah ni.. Hahahaha…. Korang nak cakap apa cakaplah, tapi memang ini hobi kami. Perjalan pulang ke Shah Alam diiringi dengan ketawa orang kaya aku dan perasaan puas hati. Good job team! (bajet counter strike).

Target kami yang seterusnya adalah, lampu kelip-kelip bulat warna biru, agak sukar mendapatkannya sebab itu hak polis dan juga lampu merah pusing-pusing yang selalu diletak di atas kon…

Tunggu la, one day we will get it!

4 ulasan:

BudaK_BlurR berkata...

hahaha~~
aku x berapa paham ape tu girls out-curi time..
curi lampu ker..
laa~~ ok...
pepoyo jer ko kalah lumba lari sbb panas dow..hahaha~~
lain kali kita curi benda lain pulak eh..
wahahahaaha~~

Arm berkata...

patutla x reply...

Eerie Liuvyx berkata...

btol
(bekup diri sendiri)

Arm berkata...

bleh join wawad nie...
leh tmbahkan koleksi...hehehe...