Sabtu, 14 Mac 2009

an evil looks of an angel

Dia bukanlah malaikat,
Dia bukanlah syaitan,


Kata Pahlawanku, dia “boleh tahan la hensem dia, chubby, hitam manis. Manis orangya.”
Kata ibuku, dia “anak mithali yang sangat rajin menolong ibunya dirumah, ringan tulang orangnya. Kalau dia tak ada, hura-hara satu rumah.”
Kata kekasihnya, dia “lelaki yang sangat setia, seumur hidupnya, hanya pernah bercinta 2kali. Umurnya sudah mencecah 26 tahun.”


Lihatlah, bertapa untungnya wanita itu, dicinta dan disayangi bagai nak mati.


Kata orang ramai, dia “ah, budak jahat. Setan, sialan! Semasa di sekolah menengah sudah dimasukkan lokap. Kesalahan cubaan membunuh. Hendak tau apa yang dia telah lakukan? Dia telah melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang pemandu teksi, dijerut lehernya, diambil duitnya. Pernah juga larikan diri daripada polis, pulang kerumah dengan tangan bergari. Ah, engkau lihat saja matanya, ketagihan dadah yang sudah di tahap kritikal. Keluarganya sendiri dicuri duit mereka untuk mendapatkan bekalan. “


Tetapi engkau itu yang sialan sebenar, mana engkau tahu apa itu dirinya, mana engkau mahu selidik disebaliknya. Aku telah melihat kesedihannya, aku bukan siapa untuk menyanjungnya, tetapi aku tahu siapa dirinya.


Aku sendiri melihat dengan biji mataku, betapa tersiksanya dia ingin keluar dari kelompok penagihan itu. Dengan mata aku sendiri aku melihat keratapannya terpaksa meninggalkan kekasih yang ditatang bagai minyak yang penuh, tetapi akhirnya tertumpah juga dan meninggalkan kesan yang amat sukar ditanggalkan. Tidak pernah satu hari pun dia melelapkan mata tanpa memikirkan kekasihnya, diiringi dengan potret yang ditampal elok disekelilingnya, tidak cukup dua ditangannya. Tidak lupa tangisan kekesalan.


Mohd. Fairus b. Pungut, ya, aku adik manjamu.
*Ah, jatuh juga takungan air mata ini.


Sudah terlalu lama aku merindukan dirimu yang dahulu, terlalu lama aku pendamkan kasih sayangku, terlalu lama aku menyusun kata-kataku.


Teman sebantalku, teman bertinju aku, teman pekikan suaraku malah taman kasih sayangku.
Aku bersyukur pada tuhan, engkau telah pulih, walaupun bukan sepenuhnya, tapi aku tahu engkau lebih hebat dari itu. Lebarkan sayapmu, terbanglah dari situ, aku setia menunggumu, malah menyanjung dirimu sehinggalah keakhir waktu.

4 ulasan:

~Photo Freak~ berkata...

wahhh...menitis air mata ku... tatkala sedang senang tiada panggilan masuk....aku membaca dengan penuh teliti...kreadit for u my sis!
mana ayat2 indah untuk kakak mu ini???

Eerie Liuvyx berkata...

nak jugak

fikxXxiology berkata...

wehh...
btl ke..?
sory arr aku tataw...

Eerie Liuvyx berkata...

perlu ker.