Ahad, 5 April 2009

the drama queen

ah....lama sudah aku tidak berada di kotak penulisan ini, terasa janggal pula. terlalu banyak perkara yang dasyat berlaku selama kediaman ini.

Chapter 1
Selamat tinggal hero
Hero, hero... Kenapalah jauh sangat engkau pada ketika ini. Ratusan kilometer dari aku tidak mungkin menjauhkan engkau dari ingatan kepala aku. hentikan bebelan ini Ana!

Hero merupakan watak baru dalam hidup aku. Singgahnya hanya sebentar, tetapi meninggalkan kisah yang mendalam bagi diri aku. Dia merupakan kawan kepada abang askar iaitu bf Slash. Sesiapa pun dia bagi kamu, tapi dia amat bermakna bagi aku.

Tangisan perpisahan telah jatuh pada Khamis yang lalu, and so he sailed the world. Kediamannya di Terengganu, belajarnya dahulu di RMC. Tinggi orangnya, kening dia sama dengan aku, mempunyai taring seperti Twilight dan amat sukar untuk berbicara dengan orang yang baru.

Nama jolokan hero itu diberi kerana dialah penyelamat aku daripada terus jatuh tersungkur. Terima kasih hero.

Tapi pada masa ini, dia di Terangganu. Insan yang membuatkan aku kelam-kabut melihat HP aku apabila bangun dari tidur, * 1 message receive "pagi cintaku". Ah....sudah cukup membuatkan aku tersenyum satu hari.

Mungkin terlalu cepat aku jumpa penggatiNya, tetapi bagi aku inilah diri aku. it hard 4me to stay single. Aku jenis yang cepat berubah hati, terlalu mudah jatuh cinta. Tetapi aku tidak main kayu tiga apabila di dalam 1 ikatan. Kebanyakannya sebelum ini aku sahaja yang dikhianati, jarang sekali aku yang khianati.

Apa pun yang bakal kamu sumpahkan dalam hati, i don't give a damn. Sudah aku genggam, tidak mungkin aku akan lepaskan genggaman itu. Aku bahagia.

Chapter 2
Aku kemalangan
Perkara ini terjadi pada Jumaat yang lepas, aku terima sms dari slash "aku pop-esumble isnin ni, aku tak confidenla kalau jam sekali jer. Malam nih aku kutip ko, kite jam" (lebih kurang macam tu la sms dia)

Sambil tunggu mengutipan dia terhadap aku, aku bermain bersama dumbell yang aku pinjam dari slash. Ya aku Ciara wanna be.

Mereka sampai dan aku lihat ada seorang lelaki dalam kereta. "aik, siapa ni?, aduh.... asal man buta ada sini". Ah..lantaklah.. Sekali slash cakap "ana, kau ada pet tak, aku piod ni, cam dah bocor jer" yelah wei... Kami pun naik kerumah aku, slash dengan kelam kabutnya pergi toilet. Pahlawan ngumpat "aku kena bawak dia la, dia nak ikut sangat. Memula malas nak bawak. Tapi kesian an"

Kami sudah lewat ketika itu, book studio jam 10, sekarang sudah hampir pukul 1030. Kami perlu menghantar Man buta tu dulu. Alamat rumahnya yang diterangkan tidak jelas, kata2 arahannya pula putar belit. Hati aku mula berasa tak sedap hati. Pahlawan pandu dengan pantas sekali.. Bukan kami cuba mengelak dari berkawan dengan orang kurang upaya ini, tapi perangai dia sendiri tal boleh blah..

Kemudian dengan keadaan kelam kabut ni, ketika ingin belok ke kanan, tiba2 je ada motor lagenda melekat kat pintu belah kanan. Side mirror pahlawan pecah. Seingat aku, aku melatah. Ingin lebih terang, ini gambar yang Pahlawan lukis





nak tahu cerita lebih detail, pergi tengok sendiri blog pahlawan aku

Alhamdullilah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Cuma belaiwan jiwa yang berlaku apabila Pahlawan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Si cumel yang hanya sempat dia jumpa bagi beberapa minit
hahahaha....

chapter 3
i win, win, and win!
K.PAh aku, iaitu kakak yang paling hot aku penah ada. Dia seorang jururawat di Hospital Kajang. Selalu jaga aku ketika aku sakit, bagi aku makan macam2 ubat, dan jururawat bergerak aku.

Dari awal lagi dia ingatkan aku, "kosongkan schedule kau, 4 April ni ada family day hospital K.Pah. K.pah da bayar untuk seat ko. Jangan tak datang pulak, ada pertandingan karaoke, K.Pah nak kau masuk."

Pada hari Jumaat lagi aku sudah pulang ke Nilai. Sampai sahaja kerumah, anak buah aku berlari-lari kearah aku. "acu..!" dengan kepala botal licinnya dengan bedak tebal semacam di kepala botaknya. Kata ibunya, "Nih K.pah kau punya kerja la ni, potong rambut, Inman nih tak reti dok diam, tobek, last2 botak dah kepala."

Masuk sahaja ke dalam bilik, sepahnya yang amat. K.Pah kata "wei cepat tolong K.Pah" Owh.. Rupa2nya dia barisan urusetia untuk family day esok. Macam2 dia buat, mula2 aku tolong menaip, lepas tu memotong, kemas pula. Nasib baik sayang.

Keesokan pagi jam9 K.Pah kejut, katanya perlu gerak awal. Aku dengan terkulat-kulat lagi pergi mandi dan bersiap.

Family day itu agak meriah, tak pasal2 aku pun jadi barisan urus setia. Aku handle bahagian pendaftaran. Apa2 ajalah K.pah.

Aktiviti outdoor bermula pada pukul 3.30 petang. Aku juga turut serta. Aku menyertai permainan bowling padang. Kumpulan kami dapat tempat kedua walaupun tiada 1 pin pon aku tumbangkan. Permainan kedua, lari berpasangan. Bukan dua orang, tetapi tiga orang. Pandai2 la korang figure out macam mana kami nak lari. Yang kelakarnya, kumpulan lelaki lari sambil mendokong orang yang ditengah2 tu sementara yang lain terkedek2 nak lari. Kami johan bagi acara ini. Seterusnya aku masuk acara kerusi berirama. Aku orang pertama terkeluar. sedih..

Acara malamnya pula agak formal, aku memakai dress warna hitam bersama hills warna pink yang agak tinggi. Menyebabkan aku jalan seperti gengster. Mekup yang agak membuatkan aku seperti perempuan.

Pada malam itu, terdapat pertandingan karaoke. Pada mulanya aku tidak mahu turut serta kerana sakit tekak, batok. Tapi dari pagi lagi K.Pah aku berusaha untuk mengembalikan suara aku, macam2 benda dia bagi aku makan. Thx K.PAh=)

Nak tak nak, aku masuk jugak pertandingan karaoke itu. Pada mulanya aku ingin menyanyikan lagu Bring Me to Life, tak ada. Lagu Bertakhta di Hati, tak ada juga. Last choice, lagu Fallin'- Alicia Keys. nasib baik suara aku tiba2 magic tak da batuk2 kiok2 pon. Tepukan gemuruh dari orang ramai.

Kemudian seorang doktor datang pada aku, dia kata "Jom duet lagu sandarkan pada kenangan". Bedal

Ketika keputusan diumumkan aku sedikit pun tidak berharap kerana aku tau suara aku tak boleh belah. "Tempat kedua jatuh kepada, Nurul Farhana" siot, menang duh. Haha...Aku dapat blender kot.

Tidka lupa, aku juga menang Lucky draw. Ya, untuk pertama kali dalam hidup. Walaupun hadiahnya hanya magie kari, aku bersyukur.

chapter 4
Avanged Sevenfold
Tak, bukan lagu chapter4 tuh, tapi lagu Unholy Confension. Itulah tajuk lagu yang aku bakal nyanyi Isnin ini di UITM. Ya, aku juga yang akan scream. Terima Kasih=)

5 ulasan:

Arm berkata...

ape lg blender ar megie tuhh...huhuhu...
hope 1 day u can be 1 of the stars in our music industry...
all the best 4 ur perfomance...

aaina berkata...

byk benda jadi.
naseb bek kau x apa2 mase accident tuh.
hati2 lenkali oke!

ahah.
ya aku pown kekok utk mula semula.
lama tglkan rumah aku x bersentuh.
*sigh*

Eerie Liuvyx berkata...

arm,
yelah tuh. Tak perlu ar! hahaha

aina,
kawan aku yang drive bukan aku, nak suruh aku drive jangan harap la
hahaha

BudaK_BlurR berkata...

hahaha~~
sumpah aku baca ko nyer blog part accdent tuh..aku gelak besar dowh..
kelakar laa pulak aku lukis..
hahaha~~
si chumell hum..sangat cumel nama tuh.. hhaaha~
aku rindu sangat2 nak tgok muka dia..x tau nape..?

~Photo Freak~ berkata...

erm sengal sian kete linda...erm ko menang kerw?
huh rugi tak dapat join...tak habis2 nyebot pekataan "celcom careline,nurul sedia membantu"
siang malam pagi petang...sampai tak dapat join...wawawa...
blender jenama cap ayam kerw?ada ke patot lucky draw bagi magi...bek tak yah bg hadiah...nih mesti urusetia yg rancang ....