Khamis, 23 April 2009

splash party, when hot guy wet, i love it

Lama sudah tidak update blog, disebabkan bercuti lama di Melaka dan Johor Bharu. Aku juga organise gig untuk kolej aku. Datangla=)



Malam semalam, aku, Pahlawan dan Slash pergi ke Alibi, berjumpa dengan ex bf Slash untuk selesaikan masalah mereka berdua.

Aku akui, aku seorang yang pendendam, selagi tak puas hati aku, selagi tu aku rasa tak besh. Ceritanya begini, selama aku kenal Slash, hampir 3tahun, aku tak pernah tengok dia dating, atau foye2 atau skandal atau apa2.

Semuanya bemula pada sebulan yang lepas, Asif merupakan kawan sekerja kawan aku, Aracy namanya. Dia agak hensem, joker dan semuanya boleh tahan tentangnya. Pada mulanya aku dan Pahlawan memang suka kendeng2 kan orang, tak sangke pulak kali ini punya kendengan membuatkan Slash dan Asif sangkut.

Dari mula lagi aku syak ada sesuatu yang buruk pasal Asif nih. Tapi aku diam aja. Lama aku pikirkan, siasatkan dan cuba membuktikan yang Asif ni tak berapa nak serius dengan Fatin.

Segala kemusykilan terjawab apabila Asif kantoi dengan aku, dia pergi jumpa ex gf dia semula. Waktu itu aku masih chill, aku tak mahu Slash tahu sebab aku tak mau tengok dia mengis.

Aku mulakan pencarian myspace Asif, apa yang diberitahu kepada Slash, dia dah delete akaun myspace dia. Sekali aku cari, aku jumpa myspace dia. Wah, comment yang menyakitkan. Walaupun bukan terkena pada batang hidung aku sendiri, aku tahu ini sakit. Aku tahu ini bukan mudah untuk Slash hadapi setelah 2 tahun dia single, tiba2 datang seorang makhluk yang memberi harapan baru, kemudian senang2 dia ingin hancurkan semuanya.

Memang aku simpan dendam yang teramat dalam pada mulanya terhadap makhluk tersebut, sehinggalah malam semalam, Slash berjumpa dengan Asif buat kali terakhir (mybe), Asif cuba menjelaskan semua keadaannya. Walau apa pon yang dia cakap, bagi aku itu semua alasan sebab yang dipermainkan itu adalah kawan aku.

Macam2 aku plan dengan Pahlawan, shoot, tendang telor, curah kopi panas dan nescafea ais. Tak menjadi sebab aku dah hilang mood. Semasa sudah mahu pulang, baru Slash teringat yang dia terlupa nak pulangkan baju Asif.

Kami berjumpa semula dengan mahkluk tu di Petronas, Setiawangsa. Kata Pahlawan, dia ingin simbah air satu botol, aku senyum. Ketika itu Slash merayu2 supaya jangan apa2kan Asif.

Pada mulanya, aku dan Pahlawan berborak biasa2 dengan Asif, siap senyum2 lagi. Last soalan kami tannya pada dia, "Kau nak kawan lagi tak dengan kitorang"
"Aku nak kawan lagi ngan korang, korang best"

Pada masa itu, Pahlawan sedang minom air kosong botol besar, alih2 air botol tu dia curah atas kepala Asif. Aku gelak, sedang aku gelak, aku nampak ada air mop satu baldi dekat paip Petronas. Dengan pantas lagi ganas, aku pon ambil baldi tu dan ludahkan isinya kepada makhluk tu.

Yeah, that what you get when you learn the hard way!!!

Siapa2 berani kacau membe aku lagi, lepas ni bukan air mop lagi, tapi kari basi satu kawah!

5 ulasan:

nekochan berkata...

giler agresif korang nier..
salute spring ar..kalu aku maybe mencarut or if tak thn..maybe aku tendang dier nyer...ngee~~~~

Eerie Liuvyx berkata...

hahaha
itu dia bernasib baik sebab time tu kawan aku tak nangis,
kalau dia nangis memang lagi teruk jadinya

ftn. berkata...

haha. thanks love.
brani mati lah korang.
Salute!
i lap u girls!

Tanpa Nama berkata...

aq mmg kne tmbk trus kot........
mmg x branila nk bt.

Eerie Liuvyx berkata...

u brani buat,
brani tggung la hny=)