Jumaat, 19 Jun 2009

semalam aku dinobatkan sebagai anak derhaka

bukan aku ingin megah dengan tajuk aku, bukan aku ingin bikin gempak sahaja sama tajuk, ini diatas kejadian yang benar berlaku semalam.

Setelah hampir 2minggu aku tidak pulang ke rumah keluarga di Nilai, aku pulang juga kelmarin sekitar jam 6.00 petang aku bertolak dari rumah Pahlawan. dari rumah pahlawan dia hantar aku ke lrt maluri, aku manaiki lrt turun ke bandar tasik selatan, kemudian tukar ktm dan turun ke nilai.

sampai sahaja di ktm nilai, aku telifon emak di rumah suruh sesiapa yang boleh ambil aku di sini, tapi reaksi hampeh, masing-masing macam nak tak nak. akhirnya aku tumpang bas nilai kolej yang lalu kawasan perumahan aku.

pulang sahaja kerumah aku terus naik ke atas untuk mendapatkan mak, muka dia tak berapa nak gembira, mungkin sebab marah dengan aku. selepas selesai mandi semua aku turun ke bawah untuk menonton csi, fav aku.

*ayah pulang

hati aku mula berdebar kerana dia pantang nampak aku, pasti ada perkara yang nak dibebelkan, ya salah aku dah lama tak pulang. bebelannya bermula, ayat pedas, aku rasa seperti tomahan2 salah dikatakannya mencocok2 untuk masuk ke telinga. aku diam kerana aku memang tidak berani untuk bersuara dengannya, dan kalau bersuara pun, dia tetap dengan pendirian dia.

bukan aku di kl buat perkara yang bukan2, cuma di nilai aku tak ada kawan, yang ada pun seorang yang rapat, itu pun...hurm...

esoknya aku bersiap2 untuk pulang semula ke kl sebab ada practice dengan band club di shah alam. aku cakap dengan mak aku perlu pulang semula kesini, bila semuanya selesai aku akan pulang semula ke nilai. tiba2 dia mengeluarkan kata2 yang aku sendiri tak pernah dia cakap macam tu sebelum ni.

"korang semua memang tak pernah nak fikir mak kat sini. semua pentingkan kawan2. tak pernah hargai apa yang mak korban untuk korang sebelum nih, kalau mak sakit ke mati nanti kau tak payah balik sini lagi"

dalam hati aku shit man, kenapa mak cakap macam nih. waktu itu aku sedang makan, tetapi makanan aku sudah dibasahi dengan tangisan. baru tiga suap untuk hari itu, aku berhenti dan letak ketepi. dia tak pernah sokong dengan perkara yang aku minat nih, aku tak sambung belajar musik pon sebab parent, dan sekarang aku cuma anggap muzik sebagai sampingan aku, isi masa lapang aku, tapi mereka suruh stop. then, apa lagi yang aku boleh buat?

harap maaf, entri ini memang sarat dengan luahan perasaan, memang sarat dengan aduan. jika anda sudah mula berasa bosan, hentikan saja pembacaan.

aku bukan anak derhaka, aku bukan penderhaka. aku sayang mereka berdua, cuma aku tak pernah luahkan. aku bukan jenis yang sebelum keluar rumah aku akan jerit "luv u ma, pa". itu bukan aku, aku cuma salam dan serahkan diri aku untuk dipeluk erat.

ketika aku sudah bersiap2 untuk keluar, aku check purse aku, shit lagi satu, abang aku curi lagi duit aku dan sekarang aku cuma ada rm1. aku minta emak duet, dia cuma hulurkan rm10. apa aku nak makan sehingga ahad?

aku salam emak aku, aku kucup pipinya, aku peluk erat tubuhnya. tapi kali ini berbeza, dia tidak membalas pelukan aku.......

kak pah aku hantarkan aku ke ktm, aku cuba minta dia duit belanja, tapi dia cakap dia belum gaji, dia suruh aku minta pada kak long, dia akan bank in kan rm40.

baki akaun aku rm10, dan kak long aku masih belum bank in kan lagi, dari 3 suap nasi semalam sehingga sekarang aku bertahan.

semalam aku lepak dengan tas dan kawan2 dia, dalam perjalan pergi ke rumah marka dia, aku cerita tentang apa yang berlaku ini, dia cakap "anak derhakala kau ni". walaupun cakapnya cuma bermaksud gurauan, tapi aku rasa seperti perkataan itu telah dicopkan ke dahi aku.

cuma apa yang aku rasa sekarang adalah, menyesal, marah, sedih dan lapar.

6 ulasan:

Cik Bunga Natasha berkata...

gahh, i pon tgh sedih ni.
baca ni, rupanya ada lg org lg sedih.
nvm, saba. ;(

Op ReDz berkata...

relax dude..
be strong..
cdey gak ar cite ko ni..
cheer up..
jgn cdey2..
=)

BudaK_BlurR berkata...

hum..
kau nie..
kata kita nie..rock..
eh?
kau metal..aku je rock..
pasal kau sedeh..
hahhaa~~

thats life..
lek ar dow..
at least..every mother in the world..
(majoriti laa) sayang anak dia..dan selalu memaafkan anaknya..

Yullchunk.Photo Gallery berkata...

tu lah lain kali cuti jerk balik...walau pon sekejap...
walau pon sehari...
tapi bagi mak besar makna nyer kalau anak2 jengguk die...
mak kesunyian kat rumah...
setiap hari tgk muka inman...abg yus kat rumah membesar dengan bangga nyer...
so mesti ar dier rindu kat anak dier yg cantik2 macam kiter...
^_^ wakakkaka.......
so GO BACK HOME...!

ELLYKINX berkata...

chill k. evrything ade hikmahnya.

ELLYKINX berkata...

chill k. evrything ade hikmahnya.