Jumaat, 18 Jun 2010

Lagenda Budak Setan

Cerita ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel karya Ahadiat Akashah..


Sejak pertama kali aku tengok thriller cerita ni ditayangkan, aku dan kakak aku semangat gila nak tengok..Di kalangan kawan2 aku, aku la orang melayu yang paling tak suka tengok cerita melayu, tapi mungkin yang ini aku bagi perlepasan..

Seperti yang dijangkakan kami pergi tengok di IOI Mall Puchong pada hari pertama tayangan.. Jauh kami pergi kesana kerana semua tempat yang dekat2 dah full house.. Dalam hati kami tak apa, cerita nih comform best..

Tapi seperti yang dijangkakan juga,
filem melayu tetap filem melayu,
kualiti kemelayuannya,
alamak...
menyedihkan..

Sayang sekali, novel yang bagus,
punya cerita yang bagus,
tapi tolonglah Tuan Director filem!!
Plot berterabut,
dialog macam budak sekolah bercerita,
pelakon dah hebat,
tapi kalau dialog tak mantap tak kemana jugak..

Aku bukan nak down kan filem melayu,
tapi kalau nak dibansdingkan dengan filem asing memang kita jauh ketinggalan..

Apa yang menyebabkan filem kita jadi macam nih?
budjet nak rendah,
untung nak banyak,
tapi idea tak ada...

Tolonglah! Aku hampa gila2!!

Perbandingan

Setiap kali aku jatuh tersungkur,
diangkat tinggi ke langit,
menakung air di dalam kelopak mata,
ketawa hingga sakit pinggang,
aku suka buat perbandingan,
agar aku tak lupa,
yang mana yang baik,
yang mana yang buruk..

Hidup kita umpama sebuah cerita,
pasti ada awal dan akhir nya,
pasti ada klimaksnya,
dimana plot itu kita sendiri yang kawal,
tak pernah pula plot yang mengawal kita,
aku selalu pikir kalau aku jatuh,
hidup aku, aku yang kawal,
aku boleh naik semula kalau aku mahu..

Bila aku ada masalah yang sakit sangat untuk aku terima,
sampai buat dada aku membuak,
aku selalu pikir,,

pernah tak korang nak terberak,
kemudian korang berlari ke tandas,
sampai2 di tandas,
tandas penuh..
walau bagaimana perit dan menyiksakan pon,
korang kena tahan,
tak kan nak berak depan tandas..

Kenapa dalam hidup ada yang lemah dan yang kuat,
yang berjaya dan kecundang,
yang kecil dan yang besar,
yang cantik dan yang hodoh,
yang bijak dan yang bodoh..?

Jangan kufur dengan nikmat yang diberi percuma

Selasa, 15 Jun 2010

tahniah, tahniah!

ada kawan aku nih,
dia da jadi artis,
tahniah..

lepastu ada pulak kawan kepada kawan dia ni,
back up dia pastu cakap aku nak kena rogol,
wah...
tahniah dengan cerita besar kau dengar tu..

biarlah orang nak mengata,
janji aku bahagia,
yang buat dosa mengumpat dan menfitnah itu kau,
jangan risau,
kita manusia,
kubur kita lain2..

disini juga aku nak ucapkan tahniah kat hero,
sebab Facebook dia ramai perempuan sunti singgah,
pujaan wanita,
tahniah, memang u dah berjaya buat i jeles...

Selasa, 1 Jun 2010

aku makanan dia

pernah tak korang rasa seperti jadi hidangan dinner untuk kawan2 korang,
orang yang dipercayai kini mengkhianati,
orang yang pernah kita kongsi gelak berdekah2, takung air mata sama2 tiba2 bila pecah pekung dia korang rasa nak termuntah..?

aku ada jumpa hero bulan lepas,
sedikit perselisihan faham berlaku,
aku memang dari azali bukan diciptakan untuk menjadi seorang yang setia,
aku mengaku benda tu perkara paling susah aku nak buat,
selalunya aku akan cerita kecurangan kat seorang MEMBER yang pernah mengaku besfren forever and after..

but..

apa yang jadi lain,
perlukah dia nak cerita semua apa yang tak patut pada bf aku?
perlukah nak buruk2 kan aku kat kawan dia sampai kawan dia fikir yang buruk2 sahaja aku ada?
tapi last2 bila kawan dia betul2 kenal aku dia cakap aku ok aja,
tak la seteruk yang pernah dia dengar,
perlukah dia nak making up story yang terang2 tak betol semata2 nak porak perandakan hidup orang?
perlukah dia nak berlagak dia tu anak orang kaya yang nak semua benda padahal bapak dia menggigil2 nak penuhi semua dia nak?
perlukah dia nak buat cerita yang semua orang sekeliling aku ni perangai teruk jadi aku akan kawan dengan dia sorang je?

girl...for what?tanpa tu semua pon aku ok la..sekarang semua pekong dah terbukak kau dah hilang kawan2 kau, bf kau, kau nak cakap apa?
nak cuba rapat dengan aku balik?

sorry...not that easy..

sampai sekarang aku tak kantoikan diri dia sendiri atas semua benda yang aku tau,
aku tak mahu dia malu dengan aku,
harap entri ni biar dia sedar,
dan aku tak mahu pun dia campur peribadi aku yang aku tak pernah mintak dia tolong buat apa2,
siapa makan cili dia terasa pedas kan?


bla..bla..bla..

aku rasa aku dah hilang Pahlawan selama ni,
baru2 ni aku ada text dia sebab rindu sangat sampai bertakung hingus aku rasa,
dia cakap dia sibuk tak ada masa untuk family & kawan,
dia cakap habis short sem nih die nak ronggeng ngan aku,
yes, macam dulu2 harap2,
rindu kau sangat2 sahabat!...
**seronok!!**