Rabu, 30 Disember 2009

cinta, hanyalah cinta

baru2 nih cinta hatiku dapat tawaran


tapi sekarang nih dia tengah menelaah di matrikulasi tangkak, johor.
semalam dia tanya aku, mana patut dia pilih
kalau pilih tawaran atas ni, dia kena tinggalkan matrik yang dia dah pun belajar hampir setahun, bulan 4 nih dah habis
tapi kalau pilih tawaran atas nih, kalau dia boleh skor 3.0 keatas, boleh lompat terus ke degree.

kalau tengok atas tu tarikh dah pun lepas, tapi pihak dari sana ada telefon dia,
dia cakap kalau masuk lambat pun boleh..

aku pun tak tahu mane patut dia pilih,
aku suruh dia fokus exam di matrik isnin ni dulu,
penasihat dia suruh buat solat istiharah (tak tau eja)
bagusla kalau dia buat..

kalau dia pilih tawaran atas nih,
punah harapan aku nak sambung degree di UPM sama2 dengan dia.
bertambah lagi jarak diantara kita,
9 bulan aku dah berjauhan dengan dia,
dia duduk di Terengganu,
sekarang ni di matrik tangkak,
aku duduk di nilai,
sekarang ni belajar di Maluri, Cheras..
nak jumpa sebulan sekali pun susah
bila dia cakap Perak,
macam nak terberak aku dengar..

"tak apalah cin,
apa pun adanya,
i selalu sokong apa kehendak u,
u buat yang terbaik ok.."

berita baik,
aku dengan hero hubungan kami dah kekal selama lebih 9 bulan,
ini pertama kali hubungan aku kekal lama macam nih
harap2 lebih lama lagi=)

Sabtu, 26 Disember 2009

tak apa, aku kan kuat...

tangis semalam
luka yang tak pernah bersemuka
ya aku cukup kuat
cukup kuat untuk diam berlagak kuat
bodohnya..

semalam pahlawan telefon setelah sekian lama kami tak borak panjang macam tu,
cukup untuk aku senyum sebentar,
tak lama lepas tu,
pintu diketuk,
bak di depan pintu,
dengan muka bengis,
marahkan aku tidur lambat,
bergegar lutut,
tunduk kebawah takut sangat..

semalam jugak yull ada cakap sesuatu yang agak menghampakan aku,
terlalu sulit untuk aku bicarakan disini..

abang aku buat hal lagi,
amma menangis lagi,
aku pun peluk dia,
menangis bersama..

lelaki......
oh lelaki..

bak lelaki,
abang pun lelaki...

hero lelaki..
bekas kekasih pun lelaki..

ingin sahaja aku benci kaum adam ini
tapi apalah hawa ini tanpa mereka..

berita baik,
aku sudah berjaya berhenti rokok
susah jugak

nafsu makan susah nak kawal
macam babi kelaparan aku telan
bila jatuh sekali sekala,
yang ada cuma wringley's double mint chewing gum..

tak apa,
aku kan kuat...

berita baik la,
keputusan exam dah pun keluar,
macam sem yang lepas,
aku pas dengan semua a,
pointer 4.00,
alhamdullilah,
amma cukup bangga ada anak punya aku..

aku sms bak,
cuba khabarkan berita baik ini,
tapi dia cuma balas
"salam, tahniah.jangan nak lupa diri. fokuskan pada matlamat"

tak apa,
aku kan kuat..

Rabu, 16 Disember 2009

protect your explanation

Here u are telling lies playing games
Innocents look like I’m the one to blame

Trying so hard to win the game

You are so closed to me and u were nearly died

Here u are down on your knees again
Deadly pale angry face

I love to see the way your heart breaks

Make me smile and say goodbye

You try your hardest to protect your explanation
Until now they had come,

A question

Selasa, 15 Disember 2009

what by gone let by gone

kadang2 words tuh agak bagus untuk digunakan,
tapi bagi aku what by gone should be take as a lesson,
it can reminds us not to repeat the same mistakes,
but please, no regrets,
just lessons learn.

bagi aku benda yang paling bodoh kalau dibuat dalam hidup ni adalah regret
kita sendiri yang buat benda tu,
dah tu pandai2 lah tanggung
nak menyesal tak kemana kan?
anggapla semua kekesalan tu sebagai satu perkara yang positif untuk kita terus melangkah ke hari seterusnya.

kalau nak dikata pasal kisah silam,
semua orang punya kisah hitam masing2 yang sakit untuk diterima,
tapi takkan pasal kesalahan yang dibuat pada satu masa dahulu,
nak musnahkan semua langkah yang seterusnya,
jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

aku punya kisah silam yang hitam,
bukan setakat hitam tapi berkerak macam bontot kuali,
pada mulanya aku sumpah seranah mereka2 yang dah banyak habiskan masa aku,
duit aku,
tapi bila dipikirkan balik,
aku patut bersyukur dengan dugaan yang dikurniakan tu,
sebab itu merupakan pelajaran yang terbaik dalam hidup.
cuba bayangkan, hidup tanpa cabaran dan dugaan,
bahagia je tiap2 hari,
kita tak akan ada memori untuk diingat,
kita tak akan ada pelajaran untuk dipelajari,
kita tak akan kenal erti kesusahan,
dan jika tiba2 dugaan datang bertepek2,
kita akan jadi orang yang paling lemah.
just go forwards=)

entri kali ini khas untuk hero yang selama ni banyak mendorong aku ke jalan yang lebih baik
thank you for teaching me what life really means
untuk kawan yang baru frust menonggeng dengan hubungan dia. jangan nangis lagi k

Khamis, 10 Disember 2009

hump..haish..arh..ntahla..grr..huh

mak cik punya wifi yang kurang pemurah
sejak dua menjak nih, aku dah jarang online sebab sebelum nih aku just curi line orang dan berwifi free.tapi sekarang ni dia dah letak password...hump..but it doesnt stop me to write=)

cuti sem
pejam celik mata, hujung bulan ni aku dah pun jadi senior. sem 4 dah aku. birthday baru lepas, 19 tahun dan aku tapi perangai masih budak-budak lagi.
sejak dua menjak ni, aku dijangkiti satu virus yang sangat digeruni...

hantu shopping..
duit banyak habis ke shopping, kalu duit tak da, window shooping pon jadilah..haish...nak jadi apa la nih

balik rumah..
cuti sebulan, so balik la rumaha famili di nilai, cuaca sini panas tak macam kl.
sesak2 pon, tak ada la terik macam kat sini
dah biasa tido dalam aircond kat rumah sewa, bila balik rumah sendiri dah macam cacing kepanasan..arh..terbakar je rasa

attitude problem
bak dan mak cakap, aku ada attitude problem.
aku pon tak paham celah mana yang aku salah
aku selalu bangun lewat, tapi kerja rumah, sapu, mop, sidai baju, lipat baju semua aku setel
dorang cakap aku malas..ntahlah tang mana
kadang2 rasa macam dalam tadika lagi pon ada
keluar lepak minum ngan membe pon tak lepas kadang2 tu..ntahla..apa yang kurang lagi

fulus talk
biasiswa dapat rm630 sebulan
tapi..
sewa rumah rm 110
yuran start sem nih rm500
alat tulis, kertas2, buku2 rm200+/-
bajet makan untuk sebulan rm350
top-up rm 60+/-
bil api air rm60+/-
brape dah ek?
grr...

hero ku..
last skali kita orang jumpa 22 november, bila dikira belum pon genap sebulan tak jumpa, tapi rindu yang amat
jauhnya kita nih
sorang di tangkak, sorang di kl
semua cakap kitaorang tak adalah jauh sangat
tapi bila masing2 dah tak ada transport
jauh 100m pon dah rasa perit
baru2 nih dia apply untuk outing, kami plan mau tengok twilight sama2, tapi tak dapat
dijangkakan, bulan 1 baru kita orang dapat jumpa..
harap2 dia baik2 aja disana..
huh..