Selasa, 6 Julai 2010

Sonic si Hedgehogs..meow!



Tahukah anda bahawa sonic kartun yang kita selalu tengok masa kecik2 dulu adalah hedgehod?haha..Sejak kebelakangan ni ketaksuban aku terdapan hedgehog semakin melampau2, kalau boleh aku nak satu!

Apakah itu hedgehog?


ini si comel tu..




yg ini masih baby=)



yang ini sudah remaja=)

Hedgehog ni bukanlah seekor landak ataupun hamster, nama betul dia adalah hegdehog. Si comel ini berasal dari North America yang didatangi dengan pelbagai spesis. Bahagian belakangnya ada banyak duri yang tajam dan bahagian perutnya ada bulu2 yang lembut..

Bila rasa terancam si comel ni akan berguling macam bola dan melepaskan duri2 tajam dia tapi kalau relax duri dia akan flat macam kat dalam gambar tu.

Si comel ni boleh membesar dari 5-8 inchi dan mampu hidup selama 3-8 tahun..

Nak dapatkan satu?

Cara2 untuk memilih si comel

kalau boleh pilih yang masih baby berumur linkungan 6-8 minggu so senang untuk kita jinakkan.
jangan pilih si comel yang ganas dimana bila kita pegang dia berguling2 macam bola..
pilih si comel yang mata ok, hidung bersih tak ada hingus2, duri dan kulit yang nampak sihat. jangan pilih yang ada masalah kulit dan sebagainya.

Nak bela seekor ke dua eko?

Di atas nasihat pakar, si comel ini lebih elok kalau kita bela seekor sahaja sebab dorang ni susah nak ngam dengan spesis dorang sendiri dan akan bergaduh hingga menimbulkan kecelakaan.
Jika anda berniat untuk membela 2 ekor, saya sarankan beli dua2 ekor betina sebab si comel yang betina lebih mudah untuk get along with each other. Sebelum satukan si comel nih, pastikan anda anda spare cage sebab takut dorang bergaduh korang kena separatekan dulu..
Jikalau kedua2 ekor si comel dapat disatukan dengan aman dan damai, tiba2 seekor mati..Si comel yang masih hidup boleh menghadapi masalah mental dan fizikal sikit..ini betul dowh..bukan tipu!

Cara2 nak berkenalan dengan si comel anda

Difficulty: Easy
Time Required: 20 minutes

Ini adalah cara2nya..
  1. bila si comel anda dah bangun, biarkan dia cium2 bau tangan anda dulu. (sesi perkenalan).
  2. perlahan2 masukkan tangan bawah si comel dan angkat dia dengan penuh kasih sayang
  3. kalau tiba2 dia berpusing macam bola, tak jadi masalah kalau korang peluk dia dengan tangan.
  4. bila si comel dah nampak tenang cuba letakkan dia atas riba, biarkan dia selesa dengan persekitaran.
  5. jangan gunakan glove untuk pegang si comel anda sebab cara ini akan membuatkan si comel keliru dengan bau tuannya.
  6. untuk si comel yang degil, gunakan tuala adalah lebih bagus daripada glove
  7. jangan pegang si comel terus dari atas! auuch!
  8. mungkin pada permulaan anda akan terkena duri dia, tapi lama2 dia akan jinak..dont worry=)
Tips
Letakkan baju busuk anda kedalam kandang si comel supaya si comel lebih mudah untuk dijinakkan dengna anda=)



3 ulasan:

Noor Iylia Syamimi berkata...

Comel gila doe!
Bela bela!

Eerie Liuvyx berkata...

duet pon bela2 la dulu..hahah

puchuq pakue berkata...

wah....ade bele ea