Sabtu, 24 Julai 2010

The Diary of Eerie Liuvyx

3.59am 6/6/10
Cin..
Sesungguhnya aku merinduimu lebih dari apa yang engkau tahu,
Semoga engkau selami simpulan hatiku,
semoga engkau mengeti apa pun caraku,
bahawa sesungguhnya aku punya angan terhadapmu,
maaf aku mohon,
aku bukanlah setinggi mana yang aku selalu angan ada pada kamu,
dayusnya kudratku terhadap cintamu...

Dan biarkanlah anganku menjadi mimpi,
agar kita akan terus berlari..

I rindu peluk dan cium u cin..

11.37 pm 7/6/10

Tanggal 14 March 2009 merupakan kali pertama dia kucup bibirku.. Rasanya indah hingga aku terlupa segala bebanan yang menghimpit.. Sehingga ke hari ini kami tidak mengerti mengapa kami berkucupan walaupun masih belum mendalami antara satu sama lain.. aku belum pernah rasa menyesal keranadia kini laksana bintang yang tidak berhenti menyinar menghalakan arah tujuan hidup ku... Walaupun teruk aku pernah sakiti, pelbagai ragam kerenah, caci maki aku lempari, dia tetap begitu, memujaku setiap hari..Jarak membatasi kami, pertemuan yang masih boleh dibilang dengan jari.. Aku pasti sejak mula lagi, aku boleh pergi jauh dengan dia, dia bukan seperti yang lain.. Dia rare.. Aku tidak akan pernah puas dengan apa yang dia beri.. Sesungguhnya aku penagih tegar cinta Aiman Aziz...

2.31 am 10/7/10

Cin marah aku tidak solat, tidak pakai hijab.. Caranya sangat memaksa, katanya kepala batu aku sudah aku letakkan simen agar menjadi lebih keras.. Bagaimana aku mahu lakukan dalam sekejapan? Gara2 hanya aku tanyakan "cin, nape u dah lama tak call i lama2 macam dulu2, nape u layan i keras macam nih tak macam dulu yang i penah call u? nape u tak mahu letak status in relationship di facebook?".. Mungkinkah salah aku tanya begini... Sakitnyaa..... Selagi boleh sabar, aku akan sabar...

4.30 am 11/7/10

Aku flat malam tadi, melalak, migrain... Jam 3.30pm aku  terjaga lantas terus dapatkan hp..

18 Missed call from h.e.r.o
2 new message
cin i nak datang kl..
i dah otw kl, jumpa tempat biasa kalau u nak jumpa i

Sampai aja aku ke time square dengan muka pucat, lesu.. Aku cuba letakkan kebahagian di muka walaupun hati kata sakit.. Kawan2 plan nak pergi mandi sungai esok pagi, aku cuba pujuk cin semahu-mahunya.. Dia tak nak gara2 aku beritahu lewat.. Aku diam dan buat seperti biasa.. Kami lepak di tempat biasa, sesuai dengan suasana hujan dan guruh berdentum2, aku tanyakan soalan yang sama pada dia "cin, nape u dah lama tak call i lama2 macam dulu2, nape u layan i keras macam nih tak macam dulu yang i penah call u? nape u tak mahu letak status in relationship di facebook?"..dia kata "i rasa i sama je tak ada yang berubah, atau i yang tak perasan?".. Aku luahkan apa aku rasa, sampai sebak tak terbendung lagi, tercurah juga air jernih dimata.. Bengkak mata aku.. Dia cuma diam lihat aku menangis tanpa pinjamkan bahu untuk aku menangis.. Apabila aku menangis makin teruk, dia tawarkan tisu, dia berjanji, "ok2, i janji akan call u, layan u macam dulu..tapi u kene janji kita tak boleh pegang tangan, peluk2, kiss2 macam dulu, i nak berubah..sampai bila kita nak macam nih.." dan aku cakap aku takkan ada masalah dengan benda tu..dan aku cakap "ok cin, since kita dah lama tak spend time sama2, masing2 bz, apa kata malam ni u stay kl je rumah kawan i, so esok boleh kita pergi sungai picnic sama2, kita tak pernah ada moment macam nih kan?"..Dia cakap tak mahu...aku pujuk..dia tak mahu...aku merayu.. dia tak mahu.. sampai aku menangis.. dia masih tak mahu.. lalu terus pulang ke Shah Alam tanpa memikirkan aku.. Sebelum tu aku ada sms kawan aku mintak pujukkan dia.. Tapi tak ada tindak balas... Entah la...

2.15 am 12/7/10

Pagi tadi cin buat suprise untuk aku dan suprise itu langsung tak menjadi, tapi aku tetap happy dia datang semula ke kl atas pujukan kawan aku ambil dia di Shah Alam.. Aku terfikir mengapa aku yang memujuk  dengan rayuan dan tangisan tak mampu sejukkan hati dia, tapi kawan aku pujuk sekejap dia lembut hati.. Apa maksudnya? Dia sendiri cakap tak mahu bersentuh lagi, tapi dia yang memulakan lagi.. Aku fade-up dengan cara ini..

12.00 am 15/7/10

Tadi cin call.. Tapi aku rasa pudar... Pudar.. pudar.. Dia lakukan apa yang dia janjikan, tapi aku masih rasa pudar, mungkin kerana peristiwa tempoh hari.. Mungkin..

3.24am 20/7/10

Semakin hari aku rasa pudar, bukan kerana orang lain, aku tidak dipengaruhi sesiapa, cuma aku dan jiwaku.. Aku lafazkan kata putus kepada cin.. aku minta dalam tempoh 1 minggu aku ingin berdiam, ingin rasa apa jadi jika bersendirian  tanpa dia.. Dia minta aku ingat semula perkara2 yang kami pernah janji untuk lakukan bersama tapi masih belum ada kesempatan...

12.46 am 24/7/10

Aku cuba hargai semua yang aku pernah lalui dengan cin.. tak banyak kenangan kami kerana jarang berjumpa.. aku bongkar kotak memori aku, aku terjumpa tiket bas kemaman-kl, tangkak-kl, tiket wayang, tiket parkir ketika kami di melaka, kad pelajar dia ketika di sekolah dahulu... Sebak seribu kali sebak.. Tetapi apabila aku teliti tiket wayang "The Merantau Warrior" waktu inilah dia buat aku menangis.. Kerana pada waktu tu aku tak ada duit mahu menonton wayang, dia sudahpun tahu hal tu...tapi bila aku ajak dia kata "u nak tengok wayang macam mana? duit mana duit?".. Padahal waktu tu dia baru dapat duit dari Matrik... Bila tengok tiket bas aku teringat dia kata "u tak pikir i tak mahu jumpa u? yang i ulang alik kemaman-kl, tangkak-kl u tak pikir?".. Dalam manis ada sakitnya, dalam sakit ada ceritanya...



Eerie Liuvyx

i miss the way he treat me nicely, gently...but now evrytg is coming to the end, and i cant fix it...do i need "Bob the builder" coz "yes we can fix it"..12 hours ago clear

1 ulasan:

Mimie Saidong* berkata...

Erm... Bergenang jugak air mata aku baca ni Ana.
Kau kuat en
Hati kita takde sapa tau
Yang tau Tuhan je

Ana kuat! Ana kuat!