Jumaat, 28 Ogos 2009

aku, hijab dan reaksi hangit

hari pertama jumpa hero dengan hijab,
diam, terpaku, tak berhenti tersenyum, pandang tak lepas.

hari pertama pulang ke rumah dengan hijab,
Reaksi Emak "Ana? Mak ingat arab mane sesat tadi..alhamdullilah termakbul jugak mak dok doa selam nih"
Reaksi Kakak2 ku *bernyanyi* "Alhamdulillah Syukur nikmat....bla...bla.."

hari pertama ke kolej dengan hijab,
Reaksi pertama "Ana!!!Ana ke ni?!"
Reaksi kedua "Ya habibi, ya maulana, ana sangat cantik lah, alhamdulillah"
Reaksi Kedua "Omg! Ingatkan minah arab mane tadi"

reaksi hangit yang tak boleh blah
"Yuna! Nak sain! (nyanyi) oh bulan...bla..bla.."
memang aku sangat2 hangin kalau orang cop aku Yuna bila terang2 pada hari tersebut aku pakai t-shirt Suicide Silence. Aku tak punya masalah dengan Yuna, cuma aku tak suka disamakan begitu.




reaksi yang sangat aku banggakan



Semalam aku pergi ke Downtown. Bukan cuba hendak berkata besar, tapi sebelum2 ini kalau pergi ke tempat2 begini mesti aku kena ngorat, sweet dan kena usha dengan lelaki. tapi kali ini berbeza, tak ada yang mahu mengorat, tak ada yang mahu menggatal.

baru sekarang aku dapat rasakan ketenangan berhijab, sangat2 indah.
tak perlu bangun awal pagi untuk dandan rambut,
tak perlu nak pikirkan nak potong rambut stail apa2 lagi,
tak ada orang ngorat merupakan perkara terbaik,
kurang dapat perhatian, tenang rasa bila tak ada orang pandang, tak perlu nak kaver2 rambut,
tak ada lagi bad hair day..

Rabu, 26 Ogos 2009

goodbye my almost lover

baru-baru ini aku ada baca blog sinner,
perubahan besar dia telah lakukan,
alhamdullilah,
kata-kata yang aku lontarkan sedikit sebanyak mampu mengubah keras hati dia,

dia telah pulang ke pangkal jalan,
dia telah pulang kepada keluarganya..

perkara paling gembira bagi aku untuk hari ini, minggu ini..
alhamdullilah

lagu ini untuk sinner
a fine frenzy- almost lover

Your fingertips across my skin
The palm trees swaying in the wind
Images
You sang me Spanish lullabies
The sweetest sadness in your eyes
Clever trick

Well, I never want to see you unhappy
I thought you'd want the same for me

[Chorus]
Goodbye, my almost lover
Goodbye, my hopeless dream
I'm trying not to think about you
Can't you just let me be?
So long, my luckless romance
My back is turned on you
Should've known you'd bring me heartache
Almost lovers always do

We walked along a crowded street
You took my hand and danced with me
Images
And when you left, you kissed my lips
You told me you would never, never forget
These images

No

Well, I'd never want to see you unhappy
I thought you'd want the same for me

I cannot go to the ocean
I cannot drive the streets at night
I cannot wake up in the morning
Without you on my mind
So you're gone and I'm haunted
And I bet you are just fine

Did I make it that
Easy to walk right in and out
Of my life?

Isnin, 24 Ogos 2009

reality is beautiful in him

setelah lebih 2 bulan aku berjauhan dengan hero disebabkan jarak yang memisahkan kami, pada jumaat yang lalu akhirnya berjumpa juga bertentangan mata dua insan yang sedang bercinta ini.

seperti yang dirancang, aku berjumpa dengan dia di times square. dari jauh lagi aku nampak dia,si tinggi lampai berbaju hitam kegemaran dia "astro boy". ah....leganya rasa hati setelah lama berjauhan.

tetapi kali ini berbeza, dia tidak peluk aku tanda rindu, tidak kucup aku tanda sayang...tapi dia cuma terpaku melihat aku dengan senyuman hingga ketelinga, katanya "u cantik macam nih, u nampak lain"

ini kerana aku melakukan perubahan yang paling besar dalam hidup aku

bertudung

ya aku sudah bertudung, sekeras-keras seketul hati ini, akhirnya lembut juga...alhamdulillah.. di atas segala dugaan aku tempuhi selama ini, aku rasa inilah cara yang paling bagus untuk menghargaiNya, menghormatiNya, menghambakan diri terhadapNya.

aku mahu pakai tudung, mahu berubah, tapi aku tidak punya baju dan tudung yang sesuai untuk dipakai.

terima kasih rakan sebilik aku yang senget sebab bagi aku pinjam baju dan tudung=)

berbalik cerita tentang hero, aku bawa dia pulang ke nilai, kenalkan dia kepada keluarga buat pertama kali.

semua gembira aku berubah,
semua gembira hero punya attitude,
semua gembira...

soalan yang mak aku tanya pada hero
"pernah khatam Quran berapa kali"
aku pun pelik juga tiba-tiba mak tanya macam tu, aku yang turut ada ditempat kejadian tergelak besar bila dengar jawapan hero
"tak pernah khatam, duduk asrama tak pernah nak sempat berguru, tapi saya boleh mengaji"

soalan triky lagi 1,
"umur kamu berapa"
"setahun lagi muda dari ana, 18 tahun"
mak terkejut, keluarga tertawa..

tiba waktu berbuka puasa pertama kali bersama keluarga dan hero
mak, "bujang, baca doa ok"

alhamdullilah, semua ujian dia lepas, tak ada komen yang buruk tentang dia, tak ada rungutan atau apa-apa dari dia.

semalam, hero sudah mahu pulang ke matrikulasi tangkak, johor

aku, aracy dan arianto hantar dia kesana dengan menaiki kereta myvi emak arianto, bajet kami rm70.

kami bertolak dalam pukul 1230 pm. pada mulanya kami cuma ingin menghantar dan pulang semula ke kl. tapi kami seperti biasa, sentiasa berubah plan pada akhirnya.

plan kami,
singgah seremban buat bisnes di rumah mak cik aracy,
singgah melaka untuk berbuka bersama,
ke tangkak hantar hero,
pulang kl sambung bisnes.

tiba sahaja ke seremban, rezeki murah, barang dapat dijual.
tiba sahaja ke melaka, kami buntu tak tahu mahu buat apa di tempat orang ini untuk menunggu hingga berbuka..
tengok wayang, cerita setem, sangat best!
berbuka di mcd,
tangkap gambar ini

saat sedih bermula lagi,
aku terpaksa meninggalkan dia di tangkak...
entah bila lagi mahu berjumpa...

Khamis, 20 Ogos 2009

when love and death embrace

he is teaching me,
what love realy means

Banner kali ini tersirat dengan 1000 erti,

When love and death embrace-him
Lagu yang ditujukan oleh sinner pada aku,

Dia tidak bersalah, Cuma mangsa keadaan aku,
mangsa untuk aku mengadu masalah,
mangsa manjaan aku.

Walaupun hanya sempat berkongsi detik selama 10 hari, dia telah tinggalkan kesan yang amat dalam..

Selama 10 hari aku lemas dalam cinta sinner,
10 hari aku tutup mata untuk memandang hero,
10 hari aku harap tak pernah terjadi agar tidak menyakitkan hati kedua-duanya.

Apa yang aku impikan selama ini ada pada dia, telah aku lakukan bersama dia,
dance with the music
chow-tot bersama
Thx for the memory sinner,

Untuk hero, “I minta maaf cin, I sesat selama 10 hari”.

ya atau tidak..

Pernah tak kalian rasa seperti hendak melepasi garisan batasan tu, tapi takut dianggap derhaka?

Pernah tak kalian terasa seperti mahu berlari meninggalkan dunia, tapi realitinya, tidak mungkin?

Pernah tak kalian ingin cuba melakukan sesuatu yang terbaik, semua usaha dah dicuba, tapi akhirnya tersungkur juga?

Pernah tak kalian rasa seperti hendak menjerit, tapi takut orang cakap “gila apa budak ni?”.

Pernah tak kalian merasa kehampaan dunia, dan pada masa itu tiada orang mahu bagi pinjam bahu?

Pernah tak kalian berfikir terlalu ke dasar sehingga pada satu tahap itu terasa seperti kepala dipijak seperti anjing bangsat?

Pernah tak? Adakah kita sama?

Selasa, 18 Ogos 2009

fallen angel

lokasi : dirahsiakan
jurufoto : keyon, apis, dom, biskuat, kamil
jurusolek : awin










penggambaran diadakan seawal 8 pagi, dimulakan dengan solekan dari awin. ini merupakan pertama kali bagi aku disolek setebal ini, dipakaikan rambut palsu, dan cukur kening. agak cuak pada mula2 disolekkan, takot kening kesayangan hilang...tapi alhamdulillah, solekan mengancam dari awin buatkan aku nampak seram dan aku sendiri tak percaya gambar semua ini adalah gambar aku.

dom mula tunjuk ajar, posisi macam mana aku perlu buat...pada mulanya aku berasa agak kekok, aksi pertama seperti ingin menjerit...damn, bahagian itu sangat sukar..yang kedua seperti ingin terbang.....dan lain2 lagi biasa2 seperti gambar d iatas..

pada gambar ketiga agak sukar kerana aku terpaksa panjat pada tingkap tinggi...aku panjat tanpa bantuan sesiapa..

secara keseluruhannya, pergambaran kali ini berjalan agak lancar..terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada keyon sebab sudi invite aku=)