Jumaat, 29 Januari 2010

cin..

dah lama aku tak rasa nikmat bercinta,
berbahasa yang indah2,
baring di gelongsor taman mengira bintang,
dikendong seperti puteri,
berlari bertepuk tampar,
bertentang mata tanpa mengelip....

jarak kami mengajar aku,
bila berjauhan kasih dirindu,
yang dekat mengikut nafsu..

sekarang aku berada di Kuching Serawak, seronok betul shop..
sekarang seronoklah habiskan duit,
dah balik karang baru tahu makan maggie..

dekat sini banyak jual gambir dan alat2 untuk di ranjang,
siapa mahu kirim?

Selasa, 19 Januari 2010

this month

bulan ini merupakan bulan paling sengkek bagi aku,
dalam poket sekarang ini cuma ada RM3,
dalam bank ada RM30,
tu je yang ada sampai hujung bulan

bukan family tak mahu bantu,
tapi rasa segan nak minta,
selalunye aku je yang minta2,
entahla...

hari tu dah bagi tau kat bak aku tak ada duit nak bli buku dan yuran,
dia cuma bagi cukup2 untuk bayar yang sepatutnya,
baki untuk belanje makan RM3 je,
tak tahu la dia pikir apa,
tapi perkara tu buat aku rasa teruk sangat2...

kakak abang ada ramai yang boleh tolong,
tapi....
tak mahu susahkan dorang..

sekarang ni,
perut berbunyi,
padahal tadi baru lepas telan maggie,
dah berhenti rokok ni,
perut lapar je rasa..

dugaan betul bulan ni..

tak apa, aku kan kuat..

hero teman aku disini dua tiga hari yang lalu,
ada juga terasa hati aku bila dia gurau tentang perkara yang tak sepatutnya,
kami rancang mahu tengok "Merantau Warrior" di Pavillion,
dan dia dah pun tahu yang aku sengkek sangat2 bulan ni,
tiba2 dia tanya "nak tengok wayang camne? duit mane duit?"

aku terus diam,
berlinang air mata aku masa tu,
penat dia minta maaf sampai esok pagi aku masih marahkan dia,
kesian pulak dia,

nasib baik dia pujuk aku,
makan mcD,
beli cokelat favourite aku,
buat muka comel dia tu...
comel=)

sekarang nih perut tengah berbunyi,
tulis je entri nih so tak ada la aku focus sangat dengan keroncong di perut,
sambil kawan2 serumah menikmati pizza dengan lazatnya di luar,
tak pelawa aku sikit pun,
ya aku tak ada duit kongsi bersama,
bukan salah dorang kan?

sekarang nih aku sedang terbayang,
pahlawan peluk aku dari belakang..
rindu dia sangat2...

Sabtu, 16 Januari 2010

lake garden kl

walaupun sekarang ni keadaan ekomi aku agak gawat,
tapi semalam tanpa dirancang kakak aku, Chunk ajak pergi photoshoot Saidong di Lake Garden kl,
pada mulanya rasa tak mahu pergi sebab ada sedikit krisis pernah berlaku dan baru2 ini. "kawan" aku dia cakap Saidong macam ni dan ini..tapi aku jenis yang tak amik tahu hal orang kalau orang tu tak kacau aku, biarlah dorang nak cakap apa...

berbalik pada cerita,
semalam kelas aku sepatutnya tamat jam 1230pm, tapi tiba2 lec cakap ada kelas ganti petang sampai jam 430pm...rajin pulak aku hari jumaat nih nak balik lambat2,
aku pun dengan jayanya bersepakat rakan2 satu kuliah,
* *...ponteng...* *

hehehe...

tiba2 Chunk mesej dia cakap dia dah gerak dari nilai, dia dah pun sampai kajang,
aku dengan bergegas siap2 dan bergerak dengan menggunakan kenderaan awam,
**..Terima Kasih Kerajaan Malaysia..**

ada lagi seorang kawan Chunk teriya-iya mahu join,
kenalan di FB katanya,
tak pernah jumpa pon,
Chunk pon bagi jela dia ikut,
dia ni agak pelik,
ha..pelikla jugak....
aku tanya "kerja mana?"
dia jawab, "mana2 jela yang awak suka.."
aku respon "ooo...ha...ok..."
tak de la pelik sangat kot...ok

Kami berkumpul di KL Sentral,
Saidong sampai paling awal,
yang lain tiba tepat pada waktu,
tapi ada lah pulak sorang minah nih dia yang nak drive kami,
nama dia aku bagi non-stop sebab dia suka cakap non-stop,
salah jalan,
so dia terlambat sikit........ha..sikit..haha

setelah semua ahli anggota cukup,
kami pun bergegas ke Lake Garden,
sampai2 je abang pelik tadi dia terserempak dengan kawan dia,
jurugambar juga,
dengarnya dia pro,
dia bawak model,
tema mereka agak..hurm...
model dorang wuhuu...panas..
pillow fight, licking lollipop, and it made the guys turn pop pop yeah!

haha..

abang pelik yang pada mula2nya beriye2 nak ikut kami,
tiba pergi join kawan2 dia tadi dan shoot the pop pop yeah gurl..
what ever, we don't give a damn..

kami pun mula menangkap gambar Saidong,
terima kasih kepadanya kerana probs yang dia bawa semua memang macam apa yang kami suka dan sangat banyak=)

Saidong posing dengan girang nya,
girangnya meluap2 lagi apabila kekasih hatinya,
abang senada, tiba di Lake Garden,
DIA JALAN KAKI DARI KL SENTRAL KE LAKE GARDEN,
dia cakap dia tak tahu jalan,
jadi dia tanya abang polis jalan kebenaran..

setelah semua puas dengan hasil kerja masing2,
kami semua end-up dengan lepak di Alibi tanpa kehadiran abang pelik yang hilang entah kemana,
borak2 punya borak,
macam2 topik uu..panas... keluar,
pasal "kawan",
pasal Non-stop punya sir,
pasal Genting..
haa...

Ahad ni kami akan pergi keeeeee
**..Genting!!!..**
hahaha...

ni gambar fav aku..tatapkan..


**..Terima Kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat, apalah adanya diriku tanpa adanya kamu..haha!!..**