seperti yang dirancang, aku berjumpa dengan dia di times square. dari jauh lagi aku nampak dia,si tinggi lampai berbaju hitam kegemaran dia "astro boy". ah....leganya rasa hati setelah lama berjauhan.
tetapi kali ini berbeza, dia tidak peluk aku tanda rindu, tidak kucup aku tanda sayang...tapi dia cuma terpaku melihat aku dengan senyuman hingga ketelinga, katanya "u cantik macam nih, u nampak lain"
ini kerana aku melakukan perubahan yang paling besar dalam hidup aku
bertudung
ya aku sudah bertudung, sekeras-keras seketul hati ini, akhirnya lembut juga...alhamdulillah.. di atas segala dugaan aku tempuhi selama ini, aku rasa inilah cara yang paling bagus untuk menghargaiNya, menghormatiNya, menghambakan diri terhadapNya.
aku mahu pakai tudung, mahu berubah, tapi aku tidak punya baju dan tudung yang sesuai untuk dipakai.
terima kasih rakan sebilik aku yang senget sebab bagi aku pinjam baju dan tudung=)
berbalik cerita tentang hero, aku bawa dia pulang ke nilai, kenalkan dia kepada keluarga buat pertama kali.
semua gembira aku berubah,
semua gembira hero punya attitude,
semua gembira...
soalan yang mak aku tanya pada hero
"pernah khatam Quran berapa kali"
aku pun pelik juga tiba-tiba mak tanya macam tu, aku yang turut ada ditempat kejadian tergelak besar bila dengar jawapan hero
"tak pernah khatam, duduk asrama tak pernah nak sempat berguru, tapi saya boleh mengaji"
soalan triky lagi 1,
"umur kamu berapa"
"setahun lagi muda dari ana, 18 tahun"
mak terkejut, keluarga tertawa..
tiba waktu berbuka puasa pertama kali bersama keluarga dan hero
mak, "bujang, baca doa ok"
alhamdullilah, semua ujian dia lepas, tak ada komen yang buruk tentang dia, tak ada rungutan atau apa-apa dari dia.
semalam, hero sudah mahu pulang ke matrikulasi tangkak, johor
aku, aracy dan arianto hantar dia kesana dengan menaiki kereta myvi emak arianto, bajet kami rm70.
kami bertolak dalam pukul 1230 pm. pada mulanya kami cuma ingin menghantar dan pulang semula ke kl. tapi kami seperti biasa, sentiasa berubah plan pada akhirnya.
plan kami,
singgah seremban buat bisnes di rumah mak cik aracy,
singgah melaka untuk berbuka bersama,
ke tangkak hantar hero,
pulang kl sambung bisnes.
tiba sahaja ke seremban, rezeki murah, barang dapat dijual.
tiba sahaja ke melaka, kami buntu tak tahu mahu buat apa di tempat orang ini untuk menunggu hingga berbuka..
tengok wayang, cerita setem, sangat best!
berbuka di mcd,
tangkap gambar ini
aku terpaksa meninggalkan dia di tangkak...
entah bila lagi mahu berjumpa...
5 ulasan:
ana ke ni??
hahaha~
alhamdullilah bulan ramdhan ni memberi rahmat kepada ko..
a
ur look nice wearing tudung..
senyum lebar hero ko 2..
tp temuduga hero ko sungguh lawak..
hahahahah~
alhamdulillah ana..
keyon bangge ngan ana..
moga tuhan lindungi ana...
amin
i'm speechless but i do proud in you. sorry 4 messing ur head out.
*rasa bersalah tersangat2!
i still trying to change.
tq sbah=)
tq keyon=)
tq seth, xda ape dah nak disesalkan=)
assalamuilakom!
1st of all alhamdullilah dengan perubahan ana dengan bertudung!
reen harap bukan sahaja perubahan dari luaran sahaja, perlulah dalaman sekali! biarlah perubahan ini akan mengubah hidop ana agar lebih bahagia! harap "BAK" akan berubah pandangan dengan perubahan ana sekarang!
and reen harap ana akan terus bertudung dan menutup aurat!......
Setelah sekian lama tidak dapat bertemu dengan ana sekeluarga! Ape kabar? harap sentiasa dalam keadaan sihat selalu! Ade perasaan rindu ingin berjumpe dengan kalian semua! reen dah angap ana sekeluarga mcm keluarga reen sendiri juga! how is your life now?
reen ingin tahu mcm manekah perjalanan hidop ana sekarang? agak susah juga reen nak contect ana coz reen kehilangn no hp ana!
myspace ana pon dah xde! xpe lah ape2 pon reen harap koreang semua masih ingat kat reen!
B4 reen terlupa, reen nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin! halal kan makan minom reen! kalau ade mase jempot2 lah datang umah reen! tapi kalau nak dtg juang lupe call dulu coz mayb time tu reen xde umah ke hehe.. ok! happy holiday!
tahun depan kite plan for family holiday!
harap ana dpt join!....
ade mase agi nnti reen comment agi!
i like your blog! gempak!
your friend/brother
~ReenLongLostFWeN~
Catat Ulasan