Rabu, 6 Oktober 2010

ye ye je kau nih!

ada ka patut,
sebab dia kawan aku cerita busuk2 aku dulu,
nasib baik aku tak bodoh dengan mulut manis kau,
dan nasib baik juga aku tak ikut cakap kau delete Montrebetia..
dan2 last2 aku yang salah,
dan2 last2 nampak aku yang jahat..

ceeeh.... padahal mula2 bercinta ye ye cakap,
"xpa yang i tak kesah u berkawan dengan siapa (lelaki) pon, yang i tau u sayang i dan tau limit"
"iye sayang, kalau ada masalah apa2 kita bincang elok2, tak mau buat keputusan apa2 terburu"
"i xkan ganggu privacy u, i xkan cek hp u, lagi2 facebook u.."

naaah.... tengok sekarang,
kawan2 lelaki aku semati2 boleh dia cakap aku berskandal,
baru masalah kecil kuman dah nak buat haluan masing2 sekarang,
bukan setakat hp aku dia cek, pakej sekali dengan facebook..

aku tak ada buat salah apa,
padahal punca gaduh diri dia sendiri
ye ye cakap "yang, demi u i dah berubah, i dah bagitau semua ex2 i, skandal2 i dulu2 semua i dah bagitau i dah ada gf sekarang, i dah cakap kat dorang jangan ganggu i sekarang"
naaaahh.......tengok2 dapat mesej "boo2 buat apa tu?"
amboi2, aku boleh buat relax lagi, cakap elok2 lagi dengan dia,
tengking sikit pon tak,
tapi gara2 dia terima bala,
kat aku kau lepas geram,
dekat aku kau nak maki...
woi, aku bukan patung la shial...

camgini kau cakap cinta,
dasar kata2 banjingan yang i dapat!
baru semalam kau cakap putus,
semalam jugak kau cakap kat dunia kau ni "single",
semalam jugak kau amik barang2 kau balik,
semalam jugak kau cabut sendiri gelang kaki yang kau hadiahkan kat aku dimana gelang tu tanda cinta yang pernah aku agungkan dulu....

bila dah puas hati kau lepaskan geram,
bila dah puas aku menangis bagai nak gila,
masa2 tu la kau nak terhegeh2 mintak maaf kat aku,
masa2 tu la kau cakap kau boleh bincang lagi masalah nih,
masa2 tu jugaklah kau nak buruk2kan kawan baik aku sendiri,
dan pada masa yang sama kau cakap aku tak akan berubah walau selama mana masa berubah..

untuk pengetahuan kau anjing,
kau memang xkenal dek untung,
tiap petang aku masak bagi kau makan,
tiap pagi aku buat breakfirst untuk kau,
tiap poket kau kosong aku bekup duet poket aku sendiri bagi kau makan!
aku takkan kira semua ni kalau kau sendiri tak cabut sendiri tanda cinta yang dulunya kau agung2kan..

jahat2 aku, aku tak pernah busuk2kan pekung kau dulu,
tak pernah aku ungkit sekali pon...
now apa kau dapat nih memang berbaloi dengan apa yang kau buat,
mungkin betol cakap mamie kau,
"mungkin hidup dia susah sekarang ni sebab dia terlalu banyak sakitkan hati orang"
life is a karma babe,
what goes around comes around,
zaman sekarang nih tuhan bayar cash dengan apa yang kau buat...

tak pa beb, kawan2 aku ramai,
dorang sayang aku,
aku sayang dorang..
jahat2 kami, kami tak busuk hati.

Ahad, 26 September 2010

Manusia Binatang

perbezaan manusia dan binatang adalah mudah,
manusia punya hati dan akal,
itu yang membuatkan kaum adam begitu sempurna..

bila disebut "berkeperimanusiaan" jelas maksudnya belas kasihan atau keprihatinan,
tapi bila disebut sahaja "kebinatangan" terang-terang menjelaskan sifat yang tidak ada belas kasihan dan kejam..

tapi bagi aku tidak adil,
bukan semua manusia itu manusia,
bukan semua binatang itu binatang,
ada manusia jadi binatang,
ada binatang akalnya lebih mulia dari manusia..

Rabu, 18 Ogos 2010

virus 3.20 am menghilang

dah 2 hari aku tunggu makhluk ni kelas,
dah 2 hari die tak datang kelas,
ditakdirkan pagi tadi aku datang lambat,
masuk2 kelas aku nampak dia,
darah aku dah menyirap sampai ke otak mahu baling kerusi kat dia,
aku relax lagi,
habis kelas aku pack2 bag mahu pergi pijak virus biar mati,
alangkah liciknya dia lari keluar sebelum aku sempat buat apa2..

nasib baik la ye..

Isnin, 16 Ogos 2010

virus 3.20 am

ouh..ouh...
tak cukup  dengan kesusahan dan kepayahan yang virus ini menyusahkan hidup aku,
kelmarin dia menyerang lagi,
konon-konon dia nak neutralize dirinya dengan sms "selamat berpuasa" dengan aku
come on laaa,
kau lagi teruk dari si trojan dan worms
kau ingat aku nak simpan kau lagi ke??
hal itu tak apa lagi,
masih boleh dimaafkan
tengah-tengah malam jam 3.20 am
sedang aku cuba ingin berbuai manja dengan mimpi,
tiba-tiba dia datang menyerang lagi
nasib baik aku pakai anti-virus yang sangat kuat
penceroboh tu call aku banyak-banyak kali,
aku jawab dan biarkan dia merepek sorang-sorang sampai habis kreadit dia,
puas dia call dia ada hantar satu mesej merepek yang aku dapat aku terus delete,
tanpa berlengah aku terus call gf dia report apa dia buat,
kesian gf hang dol...elok la korang berdua nih,
sumdol badigol sood
nanti dah kahwin korang letak nama anak korang macam ni ok
padanla dengan korang
nak bercinta tapi susahkan orang

rasa jijik dengan apa kau penah buat kat aku,
orang macam kau tak patut dipanggil manusia,
pulak tu...kau satu kelas dengan aku,
nasib baik kau tak datang kelas hari ni,
kalau tak batal puasa ko aku sumbat heels aku,
jangan ingat aku diam aku tak kisah..

Sabtu, 7 Ogos 2010

neutron neutron hebat bersatu...

dua tiga menjak nih aku kehilangan suatu perkara,
yang membuatkan aku kurang satu sifat manusia,
aku rasa hilang,
seolah2 tak pernah wujud dalam diri,
buat aku jadi keras,
buat aku berbeza dengan hari2 yang lain..

tak tahu sampai bila benda yang hilang nih akan kembali semula,
mungkin elok juga DIA pergi main jauh2,
supaya aku tak lemah melayan DIA,
biar DIA hilang bersama angan yang pernah aku puja...

DIA dan perasaan suatu perkara yang sama,
apa yang beza hanyalah ejaan..

Sabtu, 24 Julai 2010

The Diary of Eerie Liuvyx

3.59am 6/6/10
Cin..
Sesungguhnya aku merinduimu lebih dari apa yang engkau tahu,
Semoga engkau selami simpulan hatiku,
semoga engkau mengeti apa pun caraku,
bahawa sesungguhnya aku punya angan terhadapmu,
maaf aku mohon,
aku bukanlah setinggi mana yang aku selalu angan ada pada kamu,
dayusnya kudratku terhadap cintamu...

Dan biarkanlah anganku menjadi mimpi,
agar kita akan terus berlari..

I rindu peluk dan cium u cin..

11.37 pm 7/6/10

Tanggal 14 March 2009 merupakan kali pertama dia kucup bibirku.. Rasanya indah hingga aku terlupa segala bebanan yang menghimpit.. Sehingga ke hari ini kami tidak mengerti mengapa kami berkucupan walaupun masih belum mendalami antara satu sama lain.. aku belum pernah rasa menyesal keranadia kini laksana bintang yang tidak berhenti menyinar menghalakan arah tujuan hidup ku... Walaupun teruk aku pernah sakiti, pelbagai ragam kerenah, caci maki aku lempari, dia tetap begitu, memujaku setiap hari..Jarak membatasi kami, pertemuan yang masih boleh dibilang dengan jari.. Aku pasti sejak mula lagi, aku boleh pergi jauh dengan dia, dia bukan seperti yang lain.. Dia rare.. Aku tidak akan pernah puas dengan apa yang dia beri.. Sesungguhnya aku penagih tegar cinta Aiman Aziz...

2.31 am 10/7/10

Cin marah aku tidak solat, tidak pakai hijab.. Caranya sangat memaksa, katanya kepala batu aku sudah aku letakkan simen agar menjadi lebih keras.. Bagaimana aku mahu lakukan dalam sekejapan? Gara2 hanya aku tanyakan "cin, nape u dah lama tak call i lama2 macam dulu2, nape u layan i keras macam nih tak macam dulu yang i penah call u? nape u tak mahu letak status in relationship di facebook?".. Mungkinkah salah aku tanya begini... Sakitnyaa..... Selagi boleh sabar, aku akan sabar...

4.30 am 11/7/10

Aku flat malam tadi, melalak, migrain... Jam 3.30pm aku  terjaga lantas terus dapatkan hp..

18 Missed call from h.e.r.o
2 new message
cin i nak datang kl..
i dah otw kl, jumpa tempat biasa kalau u nak jumpa i

Sampai aja aku ke time square dengan muka pucat, lesu.. Aku cuba letakkan kebahagian di muka walaupun hati kata sakit.. Kawan2 plan nak pergi mandi sungai esok pagi, aku cuba pujuk cin semahu-mahunya.. Dia tak nak gara2 aku beritahu lewat.. Aku diam dan buat seperti biasa.. Kami lepak di tempat biasa, sesuai dengan suasana hujan dan guruh berdentum2, aku tanyakan soalan yang sama pada dia "cin, nape u dah lama tak call i lama2 macam dulu2, nape u layan i keras macam nih tak macam dulu yang i penah call u? nape u tak mahu letak status in relationship di facebook?"..dia kata "i rasa i sama je tak ada yang berubah, atau i yang tak perasan?".. Aku luahkan apa aku rasa, sampai sebak tak terbendung lagi, tercurah juga air jernih dimata.. Bengkak mata aku.. Dia cuma diam lihat aku menangis tanpa pinjamkan bahu untuk aku menangis.. Apabila aku menangis makin teruk, dia tawarkan tisu, dia berjanji, "ok2, i janji akan call u, layan u macam dulu..tapi u kene janji kita tak boleh pegang tangan, peluk2, kiss2 macam dulu, i nak berubah..sampai bila kita nak macam nih.." dan aku cakap aku takkan ada masalah dengan benda tu..dan aku cakap "ok cin, since kita dah lama tak spend time sama2, masing2 bz, apa kata malam ni u stay kl je rumah kawan i, so esok boleh kita pergi sungai picnic sama2, kita tak pernah ada moment macam nih kan?"..Dia cakap tak mahu...aku pujuk..dia tak mahu...aku merayu.. dia tak mahu.. sampai aku menangis.. dia masih tak mahu.. lalu terus pulang ke Shah Alam tanpa memikirkan aku.. Sebelum tu aku ada sms kawan aku mintak pujukkan dia.. Tapi tak ada tindak balas... Entah la...

2.15 am 12/7/10

Pagi tadi cin buat suprise untuk aku dan suprise itu langsung tak menjadi, tapi aku tetap happy dia datang semula ke kl atas pujukan kawan aku ambil dia di Shah Alam.. Aku terfikir mengapa aku yang memujuk  dengan rayuan dan tangisan tak mampu sejukkan hati dia, tapi kawan aku pujuk sekejap dia lembut hati.. Apa maksudnya? Dia sendiri cakap tak mahu bersentuh lagi, tapi dia yang memulakan lagi.. Aku fade-up dengan cara ini..

12.00 am 15/7/10

Tadi cin call.. Tapi aku rasa pudar... Pudar.. pudar.. Dia lakukan apa yang dia janjikan, tapi aku masih rasa pudar, mungkin kerana peristiwa tempoh hari.. Mungkin..

3.24am 20/7/10

Semakin hari aku rasa pudar, bukan kerana orang lain, aku tidak dipengaruhi sesiapa, cuma aku dan jiwaku.. Aku lafazkan kata putus kepada cin.. aku minta dalam tempoh 1 minggu aku ingin berdiam, ingin rasa apa jadi jika bersendirian  tanpa dia.. Dia minta aku ingat semula perkara2 yang kami pernah janji untuk lakukan bersama tapi masih belum ada kesempatan...

12.46 am 24/7/10

Aku cuba hargai semua yang aku pernah lalui dengan cin.. tak banyak kenangan kami kerana jarang berjumpa.. aku bongkar kotak memori aku, aku terjumpa tiket bas kemaman-kl, tangkak-kl, tiket wayang, tiket parkir ketika kami di melaka, kad pelajar dia ketika di sekolah dahulu... Sebak seribu kali sebak.. Tetapi apabila aku teliti tiket wayang "The Merantau Warrior" waktu inilah dia buat aku menangis.. Kerana pada waktu tu aku tak ada duit mahu menonton wayang, dia sudahpun tahu hal tu...tapi bila aku ajak dia kata "u nak tengok wayang macam mana? duit mana duit?".. Padahal waktu tu dia baru dapat duit dari Matrik... Bila tengok tiket bas aku teringat dia kata "u tak pikir i tak mahu jumpa u? yang i ulang alik kemaman-kl, tangkak-kl u tak pikir?".. Dalam manis ada sakitnya, dalam sakit ada ceritanya...



Eerie Liuvyx

i miss the way he treat me nicely, gently...but now evrytg is coming to the end, and i cant fix it...do i need "Bob the builder" coz "yes we can fix it"..12 hours ago clear

Jumaat, 23 Julai 2010

Syorga ku...

My stuff
my room





dapur br lepas kenduri
ruang tamu
bilik "pancut" basah
reading corner
dvd corner
 macam nih 24 jam di rumah pon tak ape...

Katering ANBM

Semalam aku dan rumies berjaya melakukan satu perkara yang hampir mustahil untuk gadis2 sunti zaman sekarang lakukan,

 kenduri dengan hidangan untuk 50 orang dan kami masak sendiri!

semua puji makanan kami sedap, macam orang pro masak, walaupun kami masih amatur dan itu semua merupakan pengalaman pertama kami masak banyak macam nih,
hidangan yang ada semalam

mee hun goreng cukup rasa
hot dog dan nudget goreng
ais cream
biskut batik
telur dadar sedap
air bandung soda
snek2 ringan...

waktu nak masak memang nervous nak mampos sebab aku dan rumies memang tak da pengalaman,
tapi kami redah jee..

jangan disangka tangan yang keras nih tak pandai memasak dan kami dapat pujian..

dengan itu aku dan rumies bercadang nak buat bisnes katering ANBM,
it stand for Ana Nurul Bergabung Meletup!