Sabtu, 24 Julai 2010

The Diary of Eerie Liuvyx

3.59am 6/6/10
Cin..
Sesungguhnya aku merinduimu lebih dari apa yang engkau tahu,
Semoga engkau selami simpulan hatiku,
semoga engkau mengeti apa pun caraku,
bahawa sesungguhnya aku punya angan terhadapmu,
maaf aku mohon,
aku bukanlah setinggi mana yang aku selalu angan ada pada kamu,
dayusnya kudratku terhadap cintamu...

Dan biarkanlah anganku menjadi mimpi,
agar kita akan terus berlari..

I rindu peluk dan cium u cin..

11.37 pm 7/6/10

Tanggal 14 March 2009 merupakan kali pertama dia kucup bibirku.. Rasanya indah hingga aku terlupa segala bebanan yang menghimpit.. Sehingga ke hari ini kami tidak mengerti mengapa kami berkucupan walaupun masih belum mendalami antara satu sama lain.. aku belum pernah rasa menyesal keranadia kini laksana bintang yang tidak berhenti menyinar menghalakan arah tujuan hidup ku... Walaupun teruk aku pernah sakiti, pelbagai ragam kerenah, caci maki aku lempari, dia tetap begitu, memujaku setiap hari..Jarak membatasi kami, pertemuan yang masih boleh dibilang dengan jari.. Aku pasti sejak mula lagi, aku boleh pergi jauh dengan dia, dia bukan seperti yang lain.. Dia rare.. Aku tidak akan pernah puas dengan apa yang dia beri.. Sesungguhnya aku penagih tegar cinta Aiman Aziz...

2.31 am 10/7/10

Cin marah aku tidak solat, tidak pakai hijab.. Caranya sangat memaksa, katanya kepala batu aku sudah aku letakkan simen agar menjadi lebih keras.. Bagaimana aku mahu lakukan dalam sekejapan? Gara2 hanya aku tanyakan "cin, nape u dah lama tak call i lama2 macam dulu2, nape u layan i keras macam nih tak macam dulu yang i penah call u? nape u tak mahu letak status in relationship di facebook?".. Mungkinkah salah aku tanya begini... Sakitnyaa..... Selagi boleh sabar, aku akan sabar...

4.30 am 11/7/10

Aku flat malam tadi, melalak, migrain... Jam 3.30pm aku  terjaga lantas terus dapatkan hp..

18 Missed call from h.e.r.o
2 new message
cin i nak datang kl..
i dah otw kl, jumpa tempat biasa kalau u nak jumpa i

Sampai aja aku ke time square dengan muka pucat, lesu.. Aku cuba letakkan kebahagian di muka walaupun hati kata sakit.. Kawan2 plan nak pergi mandi sungai esok pagi, aku cuba pujuk cin semahu-mahunya.. Dia tak nak gara2 aku beritahu lewat.. Aku diam dan buat seperti biasa.. Kami lepak di tempat biasa, sesuai dengan suasana hujan dan guruh berdentum2, aku tanyakan soalan yang sama pada dia "cin, nape u dah lama tak call i lama2 macam dulu2, nape u layan i keras macam nih tak macam dulu yang i penah call u? nape u tak mahu letak status in relationship di facebook?"..dia kata "i rasa i sama je tak ada yang berubah, atau i yang tak perasan?".. Aku luahkan apa aku rasa, sampai sebak tak terbendung lagi, tercurah juga air jernih dimata.. Bengkak mata aku.. Dia cuma diam lihat aku menangis tanpa pinjamkan bahu untuk aku menangis.. Apabila aku menangis makin teruk, dia tawarkan tisu, dia berjanji, "ok2, i janji akan call u, layan u macam dulu..tapi u kene janji kita tak boleh pegang tangan, peluk2, kiss2 macam dulu, i nak berubah..sampai bila kita nak macam nih.." dan aku cakap aku takkan ada masalah dengan benda tu..dan aku cakap "ok cin, since kita dah lama tak spend time sama2, masing2 bz, apa kata malam ni u stay kl je rumah kawan i, so esok boleh kita pergi sungai picnic sama2, kita tak pernah ada moment macam nih kan?"..Dia cakap tak mahu...aku pujuk..dia tak mahu...aku merayu.. dia tak mahu.. sampai aku menangis.. dia masih tak mahu.. lalu terus pulang ke Shah Alam tanpa memikirkan aku.. Sebelum tu aku ada sms kawan aku mintak pujukkan dia.. Tapi tak ada tindak balas... Entah la...

2.15 am 12/7/10

Pagi tadi cin buat suprise untuk aku dan suprise itu langsung tak menjadi, tapi aku tetap happy dia datang semula ke kl atas pujukan kawan aku ambil dia di Shah Alam.. Aku terfikir mengapa aku yang memujuk  dengan rayuan dan tangisan tak mampu sejukkan hati dia, tapi kawan aku pujuk sekejap dia lembut hati.. Apa maksudnya? Dia sendiri cakap tak mahu bersentuh lagi, tapi dia yang memulakan lagi.. Aku fade-up dengan cara ini..

12.00 am 15/7/10

Tadi cin call.. Tapi aku rasa pudar... Pudar.. pudar.. Dia lakukan apa yang dia janjikan, tapi aku masih rasa pudar, mungkin kerana peristiwa tempoh hari.. Mungkin..

3.24am 20/7/10

Semakin hari aku rasa pudar, bukan kerana orang lain, aku tidak dipengaruhi sesiapa, cuma aku dan jiwaku.. Aku lafazkan kata putus kepada cin.. aku minta dalam tempoh 1 minggu aku ingin berdiam, ingin rasa apa jadi jika bersendirian  tanpa dia.. Dia minta aku ingat semula perkara2 yang kami pernah janji untuk lakukan bersama tapi masih belum ada kesempatan...

12.46 am 24/7/10

Aku cuba hargai semua yang aku pernah lalui dengan cin.. tak banyak kenangan kami kerana jarang berjumpa.. aku bongkar kotak memori aku, aku terjumpa tiket bas kemaman-kl, tangkak-kl, tiket wayang, tiket parkir ketika kami di melaka, kad pelajar dia ketika di sekolah dahulu... Sebak seribu kali sebak.. Tetapi apabila aku teliti tiket wayang "The Merantau Warrior" waktu inilah dia buat aku menangis.. Kerana pada waktu tu aku tak ada duit mahu menonton wayang, dia sudahpun tahu hal tu...tapi bila aku ajak dia kata "u nak tengok wayang macam mana? duit mana duit?".. Padahal waktu tu dia baru dapat duit dari Matrik... Bila tengok tiket bas aku teringat dia kata "u tak pikir i tak mahu jumpa u? yang i ulang alik kemaman-kl, tangkak-kl u tak pikir?".. Dalam manis ada sakitnya, dalam sakit ada ceritanya...



Eerie Liuvyx

i miss the way he treat me nicely, gently...but now evrytg is coming to the end, and i cant fix it...do i need "Bob the builder" coz "yes we can fix it"..12 hours ago clear

Jumaat, 23 Julai 2010

Syorga ku...

My stuff
my room





dapur br lepas kenduri
ruang tamu
bilik "pancut" basah
reading corner
dvd corner
 macam nih 24 jam di rumah pon tak ape...

Katering ANBM

Semalam aku dan rumies berjaya melakukan satu perkara yang hampir mustahil untuk gadis2 sunti zaman sekarang lakukan,

 kenduri dengan hidangan untuk 50 orang dan kami masak sendiri!

semua puji makanan kami sedap, macam orang pro masak, walaupun kami masih amatur dan itu semua merupakan pengalaman pertama kami masak banyak macam nih,
hidangan yang ada semalam

mee hun goreng cukup rasa
hot dog dan nudget goreng
ais cream
biskut batik
telur dadar sedap
air bandung soda
snek2 ringan...

waktu nak masak memang nervous nak mampos sebab aku dan rumies memang tak da pengalaman,
tapi kami redah jee..

jangan disangka tangan yang keras nih tak pandai memasak dan kami dapat pujian..

dengan itu aku dan rumies bercadang nak buat bisnes katering ANBM,
it stand for Ana Nurul Bergabung Meletup!

Selasa, 20 Julai 2010

cin..

bagai telur di hujung tanduk,
jika dihela nafas masih terasa sesak didada,
jika ditahan nafas mungkin lain jadinya..

mungkin ini malam akhir kita
cin suruh aku ingat semula semua perkara yang kami plan tapi masih belum ada kesempatan agar aku boleh buat pilihan...

biar aku cuba ingat...
backpacking around the world
ada rumah decorate vantage
ada anak nama Arasi
pergi sky bridge klcc
 photoshoot sama2
masuk dance class
beli pair shoes mcbeth
masuk kolej yang sama time degree
solat dan mengaji sama2
beli hp 3g dan 3g selalu
bawa aku jumpa parent dia
shopping raya sama2

1 tahun, 6 bulan, 20 hari
bukan sekejap
dicampur dengan hari2 dia membebel suruh aku berubah
dicampur dengan kerasnya hati dia
dicampur dengan betapa sabarnya dia

migraine....migraine...
aku mungkin hilang masa depan aku
aku mungkin ubah masa depan aku
aku mungkin salah dan salah lagi

choice...choice...
mahu pilih yang mana terbaik
bagai ditelan mati emak, diluah mati bapak

oh lelaki, kenapa bila aku ada engkau keras melayan
bila aku mahu pergi engkau begini...

Jumaat, 16 Julai 2010

can ur ex bf be ur bestfren?

Malam yang lena untuk aku tidur sampai kan dua kali aku snooze alarm untuk bangun pagi,
dan sekarang ni aku rasa macam nak menyanyi lagu "teman tapi mesra",
1 lagu indah telah pun siap kerana dia,
dan semalam pertama kali aku main gitar live untuk dia di skype..

hampir setengah tahun kami x webcam, xlepak, xborak hanya kerana mahu menjaga hati pasangan masing2,
masing2 kini punya hala tuju masing2, punya mimpi untuk dicapai,
bertakung juga hingus aku ketika memori lama menghentam2 kepala,
celaka...adakah salah aku begini??



(2008)

cin, i'm such a selfish fake......

Selasa, 6 Julai 2010

Sonic si Hedgehogs..meow!



Tahukah anda bahawa sonic kartun yang kita selalu tengok masa kecik2 dulu adalah hedgehod?haha..Sejak kebelakangan ni ketaksuban aku terdapan hedgehog semakin melampau2, kalau boleh aku nak satu!

Apakah itu hedgehog?


ini si comel tu..




yg ini masih baby=)



yang ini sudah remaja=)

Hedgehog ni bukanlah seekor landak ataupun hamster, nama betul dia adalah hegdehog. Si comel ini berasal dari North America yang didatangi dengan pelbagai spesis. Bahagian belakangnya ada banyak duri yang tajam dan bahagian perutnya ada bulu2 yang lembut..

Bila rasa terancam si comel ni akan berguling macam bola dan melepaskan duri2 tajam dia tapi kalau relax duri dia akan flat macam kat dalam gambar tu.

Si comel ni boleh membesar dari 5-8 inchi dan mampu hidup selama 3-8 tahun..

Nak dapatkan satu?

Cara2 untuk memilih si comel

kalau boleh pilih yang masih baby berumur linkungan 6-8 minggu so senang untuk kita jinakkan.
jangan pilih si comel yang ganas dimana bila kita pegang dia berguling2 macam bola..
pilih si comel yang mata ok, hidung bersih tak ada hingus2, duri dan kulit yang nampak sihat. jangan pilih yang ada masalah kulit dan sebagainya.

Nak bela seekor ke dua eko?

Di atas nasihat pakar, si comel ini lebih elok kalau kita bela seekor sahaja sebab dorang ni susah nak ngam dengan spesis dorang sendiri dan akan bergaduh hingga menimbulkan kecelakaan.
Jika anda berniat untuk membela 2 ekor, saya sarankan beli dua2 ekor betina sebab si comel yang betina lebih mudah untuk get along with each other. Sebelum satukan si comel nih, pastikan anda anda spare cage sebab takut dorang bergaduh korang kena separatekan dulu..
Jikalau kedua2 ekor si comel dapat disatukan dengan aman dan damai, tiba2 seekor mati..Si comel yang masih hidup boleh menghadapi masalah mental dan fizikal sikit..ini betul dowh..bukan tipu!

Cara2 nak berkenalan dengan si comel anda

Difficulty: Easy
Time Required: 20 minutes

Ini adalah cara2nya..
  1. bila si comel anda dah bangun, biarkan dia cium2 bau tangan anda dulu. (sesi perkenalan).
  2. perlahan2 masukkan tangan bawah si comel dan angkat dia dengan penuh kasih sayang
  3. kalau tiba2 dia berpusing macam bola, tak jadi masalah kalau korang peluk dia dengan tangan.
  4. bila si comel dah nampak tenang cuba letakkan dia atas riba, biarkan dia selesa dengan persekitaran.
  5. jangan gunakan glove untuk pegang si comel anda sebab cara ini akan membuatkan si comel keliru dengan bau tuannya.
  6. untuk si comel yang degil, gunakan tuala adalah lebih bagus daripada glove
  7. jangan pegang si comel terus dari atas! auuch!
  8. mungkin pada permulaan anda akan terkena duri dia, tapi lama2 dia akan jinak..dont worry=)
Tips
Letakkan baju busuk anda kedalam kandang si comel supaya si comel lebih mudah untuk dijinakkan dengna anda=)



Kehadapan kamu2 yang berkenaan..

Siapapun diri kamu,
tinggi mana pun mereka apung kamu,
banyak mana pun harta kamu,
cantik rupawan mana pun kamu,
bahagia mana pun kamu,
vogue kelas atasan mana pun kamu,
cerdik pintar mana pun kamu,
kuat dan tangkas mana pun kamu,
jauhnya putaran hebat belitan mana pun cerita kamu,

ingat sikit,
dunia ni bulat,
tak semestinya yang ia akan tetap kaku macam tu,
hebat mana pun,
ia tetap berputar pada paksinya,
ia tetap ada pasang surutnya..

mana2 kamu2 yang pernah anggap aku dah jatuh tersungkur dibawah naungan kamu,
ingat sikit,
bukan setiap masa aku akan lemah,
bukan setiap masa aku akan kalah,

dan terima kasih kerana semua ini bagi semangat untuk aku jadi lebih kuat=)