Isnin, 30 Mac 2009

aku vs Parmela Anderson(maaf kalau salah eja)

Pada suatu hari,
Pahlawan, Slash, Aracy, Abg Askar, Hero, dan yang lain-lain lepak di Serdang tanpa kehadiran aku sebab pada masa tu aku di Nilai bersama keluarga aku.

Mereka lepak di Mapley, keadaan agak hambar kerana pada masa itu jam menunjukkan lebih kurang pukul 5.30 pagi. Masing-masing bateri dah low. Tunggu nak shut down jer.

Pada masa itu, mereka menonton Baywatch. Tak tahula siapa yang mulakan bualan ini.

"Korang agak2 kalau Slash pakai baju swimming suit Parmela Anderson nih hot tak?"
*semua diam...

"Uish, hot kot!"
"Kalau Aracy pakai?"

"Boleh la"
"Kalau Pahlawan pakai?"

"Wei, tak muat duh, ketat!"
"hahaha, cuba bayangkan kalau Ana pakai pulak?"

"hip-hop!"
sebulat suara mereka mengatakan "hahaha...wakakaka...kikikiki...muahahahah...hehehehe...." dan yang sewaktu dengannya.

Cube korang bayangkan betapa kejamnya penghinaan ini..Boobs tak besar nih la hot tau!

Sabtu, 28 Mac 2009

Shall we

Inilah hasil daripada kelas programming aku pagi tadi. Bosan kot

Shall I pass this season without moaning and sober?
Shall I pass this cold night without silent tears?
Shall I learn to smile and laugh along?
And shall I gasp the glory and exhale the misery?

Shall you take the pain that tormented me to cry?
Shall you take me as who I am, leave my pass?
Shall you teach me a new step and start to move?
And shall you shine the dark, so I can chase the light?

Shall we move on and start a new chapter?
Shall we share our smile and share our life?
Shall we believe in love at the first sight?
And shall we gain our love and spend the rest of our lifetime together?

Jumaat, 27 Mac 2009

Girls day out-curi time

Kelmarin merupakan hari sukan kolej aku. Acara sukan ini merupakan julung kalinya dilakukan. Acara perasmian dan semuanya dilakukan dengan cara yang sederhana dan meriah. Acara ini dilakukan di Kompleks Sukan Kampung Pandan.

Aku menang untuk acara 4x100 m tempat pertama,buat pengetahuan korang semua ini merupakan kali pertama aku memasuki acara jarak dekat. Bagi acara 400 m pula, pada peringkat separuh akhir aku berjaya tamat ke garisan penamat pada tempat pertama. Peringkat akhirnya pula dibuat pada bahagian petang. Cuaca semakin terik membuatkan aku pening kepala. Disebabkab oleh itu aku kalah pada peringkat akhir, tempat keempat. So sad=(

Cuaca semakin panas membakar kulit aku. Pulang sahaja kerumah aku menanggalkan baju, ah…kulit berbelang lagi.. Aku tidur tanpa pakai baju..
Sedar sahaja dari tidur, ada mesej=)

Dari Pahlawan : wei ko katne?
Dari Hero : I on9 nih, br lepas bersauna dalam kereta.
Dari Arm : Salam, bz ker..


Aik, banyak pula orang mahu mesej aku. Tapi semua aku tak layan sebab tak ada kredit. Beberapa minit selepas itu telefon aku berbunyi. **slash**

Slash : dimana kau?
Aku : Rumahla, baru bangun tido. Asal? Ko katner?
Slash : Aku kat Shah Alam nih, tak dap ape la, saje call rindu ko..


Aku pon macam….Tak pernah pulak dia buat macam nih…Ah…lantak la..

Baru sahaja aku ingin melelapkan semula mata pintu rumah dibuka.. Kus semangat.. Dahla pakai bra je ni tidur! Sekali tengok-tengok Slash dan Pahlawan sampai rumah.. Yea! Siot, dorang memang suka buat kejutan.

Pada masa itu kami bertiga memang sengkek, tak ada duit nak makan. Rumah aku hanya ada Maggie. Aku pula dari pagi tak makan lagi. Apa lagi, pergi rumah Pahlawan la bakau darah. Tak lupa aku bawa sekali semua baju kotor aku suruh maid Pahlawan basuh.. Rumah tak ada mesin basuh kot..

Setelah kenyang perut masing-masing, Slash cakap dia mahu jumpa cinta hati dia.. Kami pon ikutkan sahaja.. Jumpa sahaja, Asif (bf slash) berkata “aku belanja harini. Jom la pergi mana-mana korang nak” Dalam hati, aduh rugi jer makan kenyang-kenyang kat rumah Pahlawan. Ah, makan jer lagi, orang dah nak belanja.

Selepas habis makan semua, aku ikut Pahlawan dan Slash pulang ke rumah sewa mereka.
Pahlawan memandu, Slash duduk dibelakang dan aku pula duduk dihadapan.

Dalam perjalanan pulang kami ternampak di tepi jalan lampu merah kelip yang selalu kontraktor pegang(ala….yang panjang cam pedang star wars tu), digantung di papan tanda awas. Kalau mahu dicapai boleh aja dari kereta.

Untuk pengetahuan anda, Pahlawan mempunyai tabiat untuk mencuri barang-barang tepi jalan, aku juga begitu. Hasil curian yang telah berjaya dikumpul setakat ini kon Parlimen Malaysia, kon Polis, lampu kelip-kelip bulat warna merah dan kuning, papan tanda “lampu isyarat dihadapan”, “dilarang masuk, kawasan pembentungan”, “stesen LRT Ampang”. Sudah lama kami mahu mencuri lampu kelip-kelip merah cam pedang star wars tu, sebab agak susah nak tengok dia gantung macam tu sahaja.

Aku suruh Pahlawan pusing semula ke tempat target tadi. Ah…banyak pula kereta.. Kami berhenti di tepi sebentar membenarkan kereta lain jalan dahulu. Jantung aku berdegup laju kerana aku yang perlu mencapai benda alah tu dari tingkap. Ah…nekad.
Kami pun melaui kawasan tadi, aku buka tingkap seluas-luasnya… Hampir sampai.. Aku pun mencapai benda alah tu, alamak, tersangkut! Aku pon tarik kuat2 Pahlawan memecutkan keretanya..

Yea! Dapat juga benda alah ni.. Hahahaha…. Korang nak cakap apa cakaplah, tapi memang ini hobi kami. Perjalan pulang ke Shah Alam diiringi dengan ketawa orang kaya aku dan perasaan puas hati. Good job team! (bajet counter strike).

Target kami yang seterusnya adalah, lampu kelip-kelip bulat warna biru, agak sukar mendapatkannya sebab itu hak polis dan juga lampu merah pusing-pusing yang selalu diletak di atas kon…

Tunggu la, one day we will get it!

Isnin, 23 Mac 2009

HERO

Kehebatan seorang Hero sepatutnya bukan dipandang pada kekuatannya, tetapi pada hatinya sendiri.

He came to shine after the dark,
Bring a smile when I’d been force to cry,
Save me from falling apart.
Thanks for the new hope u brought to me.
But listen here,
I am the unwritten blank old page,
Could you be the pen who will write the new chapter of my life?
And be a liquid paper that can erase all the writing error.
I know this sound silly, but it the only thing I’m thinking.

hahahahah kuasa empat

dah lama tak tulis entri dengan cerita-cerita bodoh. Asyik nak cerita sedih jer, entri kali ini mempunyai unsur-unsur 18sg.

Semua jalan cerita telah diterjemah ke dalam bahasa melayu
Tersebut Al-kisah, pelancong Malaysia melancong ke Arab. Sedang dia melancong di kawasan penternakan unta, dia ternampak papan iklan "2 riyal untuk menaiki unta". Hati pelancong itu pon sangat gembira.

Dia pun pergi bertanyakan kepada pengembala
Pelancong : Wa nak naik unta.
Pengembala : 2 riyal, goverment tax 1 riyal. Semuanya 3 riyal.
Pelancong : Amik kau.
Pengembala : Cop, cop.. Nak naik unta ini ada caranya. Kalau nak jalan cakap ALHAMDULILLAH, nak berhenti cakap ALLAH HUAKHBAR.
Pelancong : Okie dokie

Pelancong itu pon menaiki unta dengan suka hati. "Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah" Makin laju unta itu berlari. Pelancong cuba breaknya makan atau tidak "Allah huakbar" *eeet... Unta pon berhenti."bagus, bagus".

Semakin gembira hati pelancong itu. Maka dia pon sebut "Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah" kedegek-kedegek unta itu berlari. Lajunya tidak berkeperi. Macam-macam aksi yang dilakukan. Drift, wekang, wili suma buat juga.

Tiba-tiba dia ternampak tebing curam. "Alamak! Lagu mana nak break nih! Astaghfirullahhalazim, Innalillah" Semakin menghampiri tebing. "Ah!!! Allah huakhbar!" *eeeeeeeet... Unta pon berhenti. "Alhamdullilah"

Innalillah hi wainnalillah hirajiun..

Ahad, 22 Mac 2009

Tembakan gambar (photoshoot)

Semalam, sekitar jam 12.30p.m, suatu tangkapan gambar dilakukan.

Model: Aku
Penangkap gambar: Keyon, Dom, Apis dan Waja
Lokasi: Banggunan lama berdekatan dengan Muzium Telekom

Ini merupakan pengalaman baru bagi aku. Pertama kali aku jadi model. Sebelum ini cuma bergambar dengan kawan-kawan dan family.

Pada mula aku agak kekok, dengan cuaca panas bertambah dengan reflector yang menyilaukan mata. Sebenarnya penembakan (shooting) bukanlah perkara yang mudah. Ada juga perlu duduk di atas tempat kotor tanpa kasut, panjat tingkap tunggu nak roboh. Agak merbahaya semuanya pada hari itu, tapi hasilnya…Naaah…Lumayan!



converse always look best

Seorang penangkap gambar bernama Dom suka menembak dengan aku. Katanya aku fotogenik. Dia juga ada meminta aku menyain beberapa kertas pada masa akan datang, katanya dia mahu terbitkan gambar aku di majalah. Aku akan dibayar dengan mata wang USD. Mudah-mudahan perkara yang dikatanya semua benar semuanya.

Perkara yang paling tak boleh dilupakan, aku terpaksa panjat tingkap tinggi, moodnya terbaik. Mereka shoot dari bawah dan aku di atas. Agak merbahaya, tapi aku bukan jenis perempuan yang mengada-ngada lembik dimana-mana. Kata Waja “Selamat Keyon bawak model ganas-ganas, senang kerja kita hari ini”

Dom cakap esok-esok dia mahu menembak dengan aku lagi. Tema kali ini gothic. Aku sukakan bahagian itu, aku sudah pikirkan apa yang mahu dipadankan besertakan dengan dandanan hantu itu. Ah, tak sabar ni!

Sabtu, 21 Mac 2009

tidak, aku bukan plastik


telah aku terangkan betapa bencinya aku kepada engkau,
telah aku olahkan kesakitan yang aku rasa,
telah aku lemparkan kata-kata kebencian itu,
telah juga aku suarakan rasa kesedihan itu.

Engkau tidak juga mengerti,
engkau tidak juga peduli,
tidak juga engkau fahami.

Aku terasa plastik dengan hubungan ini,
sakastik pula jiga dipikirkan,
dengan menggunakan kata-kata bombastik.

Plastik,
jangan ganggu aku lagi,
aku sudah cuba terangkan,
hanya dia yang tidak mengerti.

Bukan cuba untuk berlagak malaikat disini,
aku akui aku yang membencinya pada masa ini,
tetapi itu cukup setimpal dengan apa yang aku rasai,
mungkin kasih itu telah pergi,
tapi sayangku seorang ini tidak mahu pergi.

Sampai kapan lagi harus aku mendahului,
kata keramat itu perlukah aku katakan,
atau aku perlu pergi begitu sahaja.

Ah, perkara ini bukan mudah,
apabila kita pernah membalas cinta,
memberi dah bermanja.

Maafkan aku, ini bukan mudah untuk aku

untuk morphine

kebelakangan ini hubungan aku dengan Morphine seperti telur dihujung tanduk,
seperti awan yang mendung tanpa hujan,
hari yang terik tanpa cahaya.

Lagu ini untuk engkau Morphine,



How can I decide what's right
When you're clouding up my mind?
I can't win your losing fight
All the time.
Nor can I ever own what's mine
When you're always taking sides
But you won't take away my pride.
No, not this time.Not this time.
How did we get here?
When I used to know you so well.
But how did we get here?
Well, I think I know.
The truth is hiding in your eyes
And it's hanging on your tongue.
Just boiling in my blood.
But you think that I can't see
What kind of man that you are,
If you're a man at all.
Well, I will figure this one out
On my own.
(I'm screaming, "I love you so.")
On my own.
(My thoughts you can't decode)
How did we get here?
Well, I used to know you so well, yeah.
But how did we get here?
Well, I think I know.
Do you see what we've done?
We've gone and made such fools Of ourselves.
Do you see what we've done?
We've gone and made such fools
Of ourselves.Yeah.
Yeah.How did we get here?
Well, I used to know you so well, yeah, yeah.
How did we get here?
Well, I used to know you so well.
I think I know.
I think I know.
There is something I see in you.
It might kill me.
I want it to be true.

Selasa, 17 Mac 2009

kena tag lah pulak..

Di tag oleh Aida

Rules to the tag:
1) List these rules on your blog
2) Share 7 facts about yourself on your blog
3) Tell 6 unspectacular quirks of yours
4) Tag some friends at the end of your blog post by leaving their names as well as links to their blogs

Seven facts about me:

1) aku kacak

2) aku kasar

3) aku pakai bra cup A jer

4) aku mohawk

5) suka cokelat

6)suka jerit

7) kawan-kawan aku semua dicurahkan dengan kasih sayang yang mencurah-curah seperti di ladang gandum


Six unspectacular quirks:

1) aku sendawa kuat tapi tak berbau.

2) aku jalan kenkang, tapi still ramai orang minat.

3) suka dirty-jokes

4) I talk 18sx.

5) kadang-kadang aku gagap

6) tak pernah rambut panjang, yes, dari kecil dulu

red alert!
anda di tag
1. Linda
2. Didi / Diana
3. Petot
4. fair maiden

hahahaha kuasa tiga

thank kepada Asif yang bagi aku idea baru untuk tulis blog. Entri kali ini berisar 18sx. Kepada yang bawah umur, don't try this at home.

Tersebutlah kisah, sepasang suami isteri yang sangat terkenal dengan kebahagiaan mereka. Si isteri bernama Milah, suaminya pula bernama Pandir.

Rahsia kebahagian rumah mereka adalah,
Ketika Milah berada dirumah, dia akan berbogel sementara menunggu kepulangan suaminya daripada tempat kerja.

Pada suatu hari, emak Milah dari kampung datang tanpa diduga. Betapa terperanjatnya emaknya melihat anaknya yang berbogel di rumah.

emaknya : Milah oi! Buang tebiat apa. Await bogel2 ni, nanti orang tengok malu karang!
anaknya : Milah memang tetiap hari macam ni. Kalau tunggu suami pulang Milah mesti bogel.
emaknya : Oh, patutlah rumah tangga kamu bahagia. Kalau macam tu mak pon nak try la kat kampung nanti, mana tau bahagia macam kau jugak.

Pulang sahaja emaknya kekampung, dia melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh anaknya dibandar. Apabila suaminya pulang, suaminya berkata

Suaminya : Emaknya. kenapa pakai baju tak gosok nih, kedut2 tak ingat dunia punya. Pergi tukar, malu jiran2 tengok!

Moral : work out la macam Madonna dan Ciara, komfem badan tak kedut

at the top of my lungs in my arm

sorry Morphine,
aku bukan Ana yang engkau kenal dulu,

sorry Morphine,
tak akan ada rasa macam dulu lagi.

Kau dah lebih sangat,
jangan kau ingat aku lemah macam dulu.

Diingatkan bahawa aku bukan selemah itu untuk melutut depan kau,
menangis dan minta maaf.
Oh, tidak..bukan sekali lagi.

Terima kasih diatas kebencian itu,
engkau mengajar aku menghargai kebahagiaan yang pernah ada.

Kata-kata terakhir,
jangan pernah mengharap Ana akan lupa kata-kata kebencian tu, pandai-pandailah engkau tanggung.

Isnin, 16 Mac 2009

masa keras (hardtime)

Masuk harini, dah 4hari Morphine tak call aku. Aku da janji kat diri sendiri takkan call dia sebab aku dah mintak maaf kalau aku ada buat salah, tapi dia still nak gaduh...

Hari ini dia call, dalam pukul 12.30pm tadi..

morphine : Zizi nak jumpa Ana harini.
Aku : Sorry, i'm busy today
Morphine : Ada benda penting nak cakap ni
Aku : Mende, cakap je la
Morphine : Tak boleh, kena jumpa jugak
Aku : Orang nak keluar la, jumpa malam bolehla
Morphine : Petangla
Aku : ok, pukul 6

*aku letak

Aku pun tak tau apa yang akan dia cakap sebab dah lebih seminggu kami tak berjumpa, 4hari tak berhubung.

Apa pun yang akan terjadi harini, aku takkan jadi lemah lagi. Aku takkan takutkan kau lagi, aku takkan merayu pada kau apa-apa lagi.

Sabtu, 14 Mac 2009

an evil looks of an angel

Dia bukanlah malaikat,
Dia bukanlah syaitan,


Kata Pahlawanku, dia “boleh tahan la hensem dia, chubby, hitam manis. Manis orangya.”
Kata ibuku, dia “anak mithali yang sangat rajin menolong ibunya dirumah, ringan tulang orangnya. Kalau dia tak ada, hura-hara satu rumah.”
Kata kekasihnya, dia “lelaki yang sangat setia, seumur hidupnya, hanya pernah bercinta 2kali. Umurnya sudah mencecah 26 tahun.”


Lihatlah, bertapa untungnya wanita itu, dicinta dan disayangi bagai nak mati.


Kata orang ramai, dia “ah, budak jahat. Setan, sialan! Semasa di sekolah menengah sudah dimasukkan lokap. Kesalahan cubaan membunuh. Hendak tau apa yang dia telah lakukan? Dia telah melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang pemandu teksi, dijerut lehernya, diambil duitnya. Pernah juga larikan diri daripada polis, pulang kerumah dengan tangan bergari. Ah, engkau lihat saja matanya, ketagihan dadah yang sudah di tahap kritikal. Keluarganya sendiri dicuri duit mereka untuk mendapatkan bekalan. “


Tetapi engkau itu yang sialan sebenar, mana engkau tahu apa itu dirinya, mana engkau mahu selidik disebaliknya. Aku telah melihat kesedihannya, aku bukan siapa untuk menyanjungnya, tetapi aku tahu siapa dirinya.


Aku sendiri melihat dengan biji mataku, betapa tersiksanya dia ingin keluar dari kelompok penagihan itu. Dengan mata aku sendiri aku melihat keratapannya terpaksa meninggalkan kekasih yang ditatang bagai minyak yang penuh, tetapi akhirnya tertumpah juga dan meninggalkan kesan yang amat sukar ditanggalkan. Tidak pernah satu hari pun dia melelapkan mata tanpa memikirkan kekasihnya, diiringi dengan potret yang ditampal elok disekelilingnya, tidak cukup dua ditangannya. Tidak lupa tangisan kekesalan.


Mohd. Fairus b. Pungut, ya, aku adik manjamu.
*Ah, jatuh juga takungan air mata ini.


Sudah terlalu lama aku merindukan dirimu yang dahulu, terlalu lama aku pendamkan kasih sayangku, terlalu lama aku menyusun kata-kataku.


Teman sebantalku, teman bertinju aku, teman pekikan suaraku malah taman kasih sayangku.
Aku bersyukur pada tuhan, engkau telah pulih, walaupun bukan sepenuhnya, tapi aku tahu engkau lebih hebat dari itu. Lebarkan sayapmu, terbanglah dari situ, aku setia menunggumu, malah menyanjung dirimu sehinggalah keakhir waktu.

Friend or foe?

Love for another,
live for each other,
lie on the cover so,
are we friend or foe? –T.A.t.U(friend or foe)

Entah kenapa, lagu itu yang kerap bermain dalam hati. Berulang kali pada baris yang sama. Sejak mata ini dibuka pagi tadi.
Malam tadi merupakan malam yang panjang. Ah, bergaduh lagi dengan Morphine.
Kata-katanya masih terngiang-ngiang di telinga
“Kata-kata Ana semua tak boleh pakai.”
“Ana nih memang tak boleh pakai.”
“Banyak lagi perempuan yang lagi bagus daripada Ana nih.”
“Patutlah bf sebelum ni tinggalkan Ana, rupanya dorang dah tak tahan dengan perangai Ana sendiri.”
“Ana memang, LEBIH PENTINGKAN KAWAN-KAWAN DARI BF SENDIRI.”
*flashback
Minggu ini aku meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Pada petang yang lalu aku ada berborak bersama Kak Uteh, kakak aku. Dia merupakan pendengar setia kepada adik angkat aku yang juga merupakan kawan baik aku. Aracy namanya disini. Aracy ada menceritakan masalah aku dengannya pada Kak Uteh, dia kata “Since Ana dah couple dengan Zizi, saya terasa dipinggirkan juga. Kiteorang dah tak rapat macam dulu. Terasalah jugak”
Pada petang itu, Kak Uteh ajak aku untuk berjalan bersama membawa anaknya ditaman. Sambil berjalan kami berborak.

Kak Uteh : Kau serius ke dengan Zizi?
Aku : Boleh tahanla.
Kak Uteh : Macam mana pun seriusnya korang, jangan lupa KAWAN LAGI PENTING DARI SEGALA-GALANYA. Kalau kena tinggal dengan bf sapa juga yang kau cari? Lainlah kalau kau dah kahwin, kau nak hidup berdua selama-lamanya tanpa orang lain pun taka pa, tak ada orang yang kisah. Kesian Aracy, time dia perlukan kau, kau tak ada.

Ah, bertepek aku kena.
Telah aku bincangkan perkara ini dengan Morphine. Sejak 1 Nov kami berkenalan, kami hanya akan bergaduh tentang perkara yang sama, KAWAN. Telah aku ingatkan kepadanya dari awal, kawan-kawan aku lebih penting dari segala-galanya.

Aku tidak bermaksud untuk berkata yang buruk tentang engkau Mohd Azizi b Azman b Hamsah. Tetapi ini cerita patut dikongsi dengan semua. Sebenarnya betapa bagai nak gila aku ingin selesaikan perkara yang selalu terjadi berulang kali.

Aku ingat kata-katanya,
“Zizi tak boleh nak terima kawan-kawan Ana, telah dicuba tapi tak mampu.”
Bagi aku, baik buruk kawan-kawan aku, mereka tetap kawan-kawan aku.

Engkau ada kawan-kawan yang sanggup datang dari Shah Alam ke Nilai, tengah-tengah malam, semata-mata rindukan kau, nak lepak sekejap pun, jadi?

Engkau ada kawan-kawan yang berkata, “Aku sayang kat kau” dengan muka yang sangat serius dan amat-amat memaksudkannya?

Engkau ada kawan-kawan yang pernah mandi bogel bersama (Slash, relaks sudah)?

Engkau ada kawan-kawan yang sentiasa ada dengan engkau walaupun engkau dah banyak kali buang dan kutip mereka semula?

Dan paling penting sekarang, engkau ada kawan-kawan yang sayang engkau lebih dari kekasih engkau, sanggup utamakan engkau dari kekasihnya, sanggup lakukan apa-apa sahaja untuk engkau?

Mereka segala-galanya untuk aku Morphine. Engkau terima sahajalah hakikat ini. Telah aku peruntukkan Ahad hingga Khamis untuk engkau, dua hari sahaja masa aku bersama kawan-kawan. Masih tidak mengerti? Tidak cukupkah masa yang selama ini kita luangkan bersama tanpa gangguan oleh mereka? Tidak cukupkah kasih sayang yang aku berikan ini sehingga aku seringkali menangis tentang engkau hampir setiap malam.
*Ana penat sayang…Please…
Semalam kita bergaduh lagi tentang perkara yang sama, walau seribu kali pun pergaduhan kita, tentang benda yang sama. Engkau kata “Kalau Zizi sanggup korbankan kawan-kawan Zizi untuk Ana, kenapa Ana tak boleh.”
*Jangan sayang.
Tak pikir apa riaksi kawan-kawan engkau kalau mereka dengar macam tu? Engkau lain Morphine, aku lain.
Kata-kata terakhir yang Morphine katakan pada aku malam tadi
Zizi dah tak kisah dengan apa yang akan berlaku dah.”
“Lepastu, kalau Ana nak blah pon sayang tak kisah dah?”
“Zizi dah tak pikir apa-apa, dah tak kisah langsung. Ana lepaklah dengan kawan-kawan Ana tu, Ana pikirlah dengan kawan-kawan Ana tu, Ana pikir sendiri.”


Aku tidak mengerti kata-kata itu dan ianya masih menghantui pemikiran aku.

Isnin, 9 Mac 2009


cuti pertengahan tahun telah pun bermula,

*bosan*,

aku pulang ke Nilai ke pangkuan appa, amma.
Sampai sahaja aku kerumah berlari keatas untuk berjumpa dengan amma
*peluk.

Amma : Kenapa lama sangat tak balik nih, mak menangis haritu rindu sangat kat kau, call pon tak
Ana : Yela, nak call apanya mak, kredit pon tak ada.

*cium



Aku berbual panjang dengan amma pada hari itu, sambil baring di pelukannya, bau badannya yang sangat aku rindukan. Pada ketika itu barulah aku sedar, hidup aku tak akan bahagia tanpa amma aku seorang nih ZAHARAH BT MOHD ALI.

Amma aku yang selalu aku panggil MAK, barangkali bukan sesiapa bagi kamu semua, tapi bagi aku dia adalah sesiapa(ha?). Satu-satunya pendengar yang setia, hampir setiap masalah aku akan aku khabarkan padanya, hampir semua hidupkan dihabiskan bersamanya.Seseorang yang tak mungkin digantikan, oh..tidak sama sekali.

Amma aku pandai memasak, bukan setakat pandai, tapi sedapnya masakan dia sehingga membuat aku menangis ketika sedang menghirup maggie di rumah sewa. Sedapnya masakan dia sehingga aku termimpi, bangun sahaja dari tidur perkara pertama yang akan difikirkan "mak masak apa ya hari ni?". Sedapnya sehingga membuatkan makanan di luar tiada tandingannya. Amma is my best cheff.

Amma aku pandai menjahit, hampir setiap tahun baju raya aku amma yang jahitkan. Bukan sebab apa, tapi memang Amma jahit sahaja yang buatkan aku rasa selesa. Jika mahu diceritakan, barangkali korang tak percaya, aku tak pernah beli baju sekolah yang dah siap, setiap tahun Amma yang jahitkan. Disebabkan beli kain lebih murah daripada beli yang dah siap, baju sekolah aku lebih banyak daripada kawan2 yang lain.

Aku masih ingat ketika Appa aku tendang pintu bilik aku bagai nak roboh, aku didalam bilik ketakutan, Amma superhero aku pada waktu tu. Amma yang selamatkan aku daripada tendangan maut Appa. Selepas kejadian tu, aku lari rumah selama hampir sebulan. Hari ibu pada waktu itu, aku masih ingat betapa rindunya aku dan betapa bersalahnya aku. Aku menghantar kad Hari Ibu kepadanya dengan diiringi seribu tangisan. Ada juga aku menelifonnya, tangisannya membuat hati sekeras batu ini pecah keegoannya. Aku pulang juga tanpa berkata sepatah haram dengan ayah sehinggalah hari pendaftaran kolej.

Amma selalu jadi guardian angel aku. Amma selalu masak makanan fav aku. Amma cun waktu muda2 dulu, saloma pon kalah. Aku pon tak secantik dia. Amma selalu bercerita tentang zaman kanak2 sehinggalah zaman percintaan dengan Appa.. Amma selalu pesan "jangan penah berjanji apa2 dengan lelaki sebab kita tak tau siapa jodoh kita" Tapi aku tak pernah dengar pon.

Perkara pertama yang kami lakukan bersama pada hari itu adalah, aku ajar Amma pakai handphone. Amma penah ada handphone sebelum ini, tapi aku guna sehingga bil mencecah RM1000++. Setelah hampir 5tahun baru dia sambung guna hp semula.

Pulang sahaja kerumah, seperti yang aku harapkan, Amma masak lauk kegemaran aku. *dengan mata bersinar-sinar

Sekarang Amma perlu jaga anak buah tunggal aku. Nakalnya dia.. Habis Amma aku di Smack Down. Aku anak yang bungsu, aku akui aku cemburu Amma sayang anak buah aku lebih2. ahahahah
Sayang Amma Sgt2!

Sabtu, 7 Mac 2009

hahahaha kuasa dua

entri kali ini pula mempunyai unsur2 berbaur 18sx dan 18sg. Kepada yang masih belum cukup umur, sila dapatkan pemerhatian daripada ibu bapa anda.

Al-kisah, tersebutlah suatu kisah (berapa kali kisah daa..) 3orang pengembara sesat dihutan amazon. Mereka berjalan hari demi hari, langkah demi langkah, tetapi tidak jumpa juga jalan keluar.

Secara kemalangannya (accidently), mereka telah ditawan oleh sekumpulan orang asli batak Amazon. 3 orang pengembara itu diikat dan diheret ke penempatan orang asli itu.

Saat mendebarkan telah tiba, ketua segala orang asli keluar untuk berjumpa dengan tiga orang pengembara itu.

dengan bengisnya dia berkata,
ketua orang asli : abunya hasunela sdhea ksdebehehaki, tutusula abusaiya abunawas ketitinting.

(maksudnya : "jikalau kamu semua mahu selamat daripada direbus hidup2, kamu semua dikehendaki pergi kehutan dan mencari 1jenis buah, aku nak 10 biji dalam masa 30 minit!")

pengembara pertama : akodokie persuenala kokokoo!

(maksudnya : "small the pieces, ok!")


3 orang pengembara itu dengan rasa senang hati berlari ke hutan untuk menunaikan permintaan ketua orang asli itu.

Pegembara pertama telah sampai membawa 10 biji buah manggis.

Ketua orang asli : hodekiki lala, beuasjeilo kiko coki-coki, heuahad hantu huhu raya sakan.

(maksudnya : Bagus! Tapi engkau masih belum selamat, sekarang pengikut2 aku akan memasukkan 10 biji buah manggis itu kedalam ******(tempat buang air besar). tetapi engkau tidak boleh gelak, tidak boleh menjerit, tidak boleh senyum atau yang sama waktu dengannya. Jika tidak, engkau akan jadi santapan kami pada hari ini.

pengembara pertama : akodokie persuenala kokokoo!

(maksudnya : "small the pieces, ok!")

pengembara pon diikat, dan dimasukkan buah manggis ke ******nya satu persatu. Baru sampai buah manggis yang ketiga dia menjerit "maaaaaaaaaaak!"

Ketua orang asli : hahahaha, okejaedjf!

(maksudnya, "hahaha, rebus!")

Pengembara kedua pon sampai membawa 10biji buah rasberi.
--nasib baik dalam hatinya, buah rasberi kan kecil--

Pegembara kedua pon diikat, buah rasberi dimasukkan dengan mudahnya kedalam ******nya. Semuanya berjalan lancar.

Sampai sahaja ke biji yang kelapan, dia ketawa sekuat-kuat hatinya, "hahahahaha"

**cuba korang teka kenapa dia gelak











Sebab dia ternampak pengembara yang ketiga sampai, dengan terkenkang-kenkang bawa 10 biji buah durian.

moral : jangan masuk hutan amazon.

Jumaat, 6 Mac 2009

hahahaha

p/s: cerita ini 18sx. Kepada yang belum cukup umur, pastikan anda mendapat bimbingan daripada ibu bapa anda.

Pada suatu hari di sebuah istana Far, Far Away,
terdapat sepasang Raja dan permaisuri yang sangat bahagia hidup mereka. Si puteri merupakan perempuan yang paling jelita di wilayah itu. Si raja pula merupakan raja yang berdarah pahlawan termasyur di negeri itu.

Pada suatu hari, raja terpaksa berjuang di luar negeri demi mempertahankan negeri tercinta. Hari demi hari si puteri menunggu suaminya, tetapi masih tidak pulang juga. Tersebutlah kisah si puteri teramatlah gersang, tidak dapat melawan nafsu syawatnya. Si puteri berjumpalah dengan Temenggung, Bendahara dan Laksamana istana untuk memuaskan nafsunya.

Tiga bulan berlalu, raja pun pulang ke pangkuan isteri tercinta dengan semangat untuk bermalaman dengan puteri. Kecundang rasa hati apabila mendapati si puteri teramat bolos walaupun sudah tiga bulan ditinggalkan.

Raja tidak dapat tidur pada malam itu. Pelbagai perkara yang dipikirkan untuk menyiasat lebih dalam.
***idea pon datang***

Beberapa minggu selepas itu, raja mendapat berita daripada sempadan negeri bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu beliau selesaikan. Sebelum bergerak ke sempadan, Raja memasang perangkap tikus yang telah disiapkan sejak berminggu yang lalu pada kemaluan si puteri agar dapat dia menangkap siapa yang bersalah dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi.

Hari demi hari si puteri menunggu suaminya, tetapi tidak pulang juga.Si puteri pun teramatlah gersang, tidak dapat melawan nafsu syawatnya. Si puteri berjumpalah dengan Temenggung, Bendahara dan Laksama istana untuk memuaskan nafsunya tanpa memikirkan akibat yang akan terjadi.

Beberapa bulan selepas itu, raja pulang. Apa lagi cek it out lah kan. Raja teramatla durka apabila mendapati keadaan yang sama berlaku, lobos juga..puteri...puteri...

Raja bertitah "semua penduduk istana perlu berkumpul sekarang juga! Beta ada perkara yang perlu diselesaikan secepat mungkin."

*Seluruh penduduk istana berkumpul*

Raja : Temenggung, buka seluar!
Aik! Hilang! Mati kau, pancong!
Laksama, buka seluar!
Aik! Hilang juga! Pancong!
Bendahara, buka seluar!
Haa....Bagus, ada lagi. Baiklah Bendahara, engkaulah pengikut beta yang paling setia.
Sekarang engkau cakap sahaja apa yang engkau mau, semua beta akan tunaikan.
Bendahara: Auaa auauaua!*lidah hilang
Raja : Pancung!

Rabu, 4 Mac 2009

mimpi basah


malam semakin larut, aku masih belum dapat melelapkan mata. Jam menunjukkan hampir jam 3 pagi, tetapi fikiran aku masih berkisar-kisar dengan formula-formula yang baru sahaja dihafal.

Hati aku kerap berkata "tidurla Ana, esok exam pukul 9kan, pukul 7.30 dah kena bangun siap-siap".

Nak tak nak aku pon cubala lelapkan mata.

*aku dibuai mimpi*

Pada mulanya aku bermimpi aku berada di rumah baru. Rumahnya sangat besar. Perasan aku di rumah tu ada kawan-kawan sekolah menengah aku. Kami semua mandi bersama mereka BOGEL, aku TIDAK. Kata orang tua-tua, kalau mimpi kita berbogel depan orang ramai, alamatnya kita akan dimalukan.

Aku dibuai dengan mimpi semakin dalam,

apa yang terjadi selepas pesta mandi itu tidak aku ingat lagi. Babak seterusnya aku menolong emak kemas kawasan rumah. Seingat aku, aku tolong mak angkat batu-bata yang bersepah-sepah. Aku pun angkat batu-batu tu semua satu persatu. Sedang aku mengangkat salah satu batu yang kelihatan agak buruk, aku ternampak seekor lipan warna merah hati, panjang sejengkal berjalan mencecet-cecet. Lepas tu aku pon melompatla. Aku tengok kemana lipan tu pergi, tiba-tiba lipan tu datang kearah aku dan melompat kemuka aku.

*aku pon tersedar*

Bangun je dari mimpi, dengan keadaan mamai nih, aku lihat ketingkap. Mungkin mimpi mengarut tu ddah kuasai minda aku, aku perasan banyak lipan berjalan-jalan kat tingkap rumah aku. Aku pon dengan terkejutnya terus melompat bangun. Mengucap aku dua tiga kali. Kali ini aku betol-betol sedar.

Tetapi masih ada sesuatu yang serba tak kena, aku merasa seluar aku, alamak basah. tidak, bukan kencing malam, rupanya bulan mengambang penuh. ahaaaa......period lagi!!


moral: lain kali sebelom tidur bacala doa

Selasa, 3 Mac 2009

heaven may cry

I ate the soul who crumbled the earth
Tight them with cretonne
And crevice their skull

I ate the crimson heart of those cowards knavish
Kill them brutally
Well it must be difficult,
For being so gorgeous.

I’m gonna pray for you
For the one who juggle the truth and lies
I’m gonna die for you
To fight back for our possession

Our life is not pornography for you to feel horny
Decode the meanings of humanism
You won’t be regret.

siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya

indahnya bahasa yang dituturkan,
sehingga menutup nanah dimukanya,
sehingga diangkat tinggi kelangit.

indahnya janji yang disematkan,
sehingga mengaburkan pemandangan,
sehingga menidakkan segala kesangsian.

tidak apa, hari ini hari dia.
mungkin esok dia akan terjelepuk jatuh,
lalu membingkis apa yang perlu,
menerangkan apa yang bindeng,
melenyapkan kebingitan itu.

iya, engkaulah pahlawan,
mampu menawan kawasan taklukan,
di atas naungan kepincangan,
lalu engkaulah raja, enkaulah pahlawan.

terima kasih kawan engkaulah teman,
tidak lupa juga terima kasih kerana memakan secara diam,
keatas kata-kata selongkang itu.

engkau telah mengajar aku erti hidup